Monday, 2 June 2014

REJAB TELAH BERLALU...SYA'BAN SUDAH TIBA..

ASSALAMUALAIKUM...

MASA TERLALU CEPAT BERLALU DETIK DEMI DETIK...CAMANA DAH GANTI PUASA?

Rejab telah berlalu dan kita kini memasuki bulan Syaaban. Apakah ibadat yang perlu diperkasakan memandangkan Ramadan yang mulia bakal menjelma tidak lama lagi.

Jawapan

Dalam bulan Syaaban, antara ibadat khusus yang diberi fokus oleh Nabi Muhammad SAW ialah puasa sunat. Maka baginda Rasulullah SAW banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Kenapa pula Nabi SAW banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban? Antaranya;

1. Ialah kebiasaan golongan masyarakat yang terlalai dengan bulan Syaaban. Ini mungkin kerana sebahagian golongan masyarakat Muslim lebih mengutamakan bulan Rejab dan seterusnya bulan Ramadan. Bulan Rejab adalah bulan haram manakala bulan Ramadan adalah bulan puasa fardu. Maka masyarakat mungkin sedikit lalai dengan bulan Syaaban.

2. Sebab yang kedua ialah berlakunya proses pengangkatan ibadat tahunan pada bulan Ramadan. Dalam riwayat hadis sahih, tidak ditentukan bilakah berlakunya proses tersebut. Namun begitu, riwayat beberapa hadis dhaif menunjukkan kelebihan malam Nisfu Syaaban. Maka kemungkinan besar proses berlakunya pengangkatan amalan tahunan berlaku pada malam Nisfu Syaaban iaitu malam 15 Syaaban.

Apapun perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama tentang isu ini, namun Nabi SAW menekankan amalan berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Bagi wanita Muslimah yang masih mempunyai baki puasa yang belum diqadakan, maka bulan Syaaban merupakan peluang untuk melunaskan qada puasa tersebut.

UTUSAN.com.my

13 comments:

  1. belom ganti lagiiiiiiiiii arrrghhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat gantinya...bukan banyak pun kan....tq Khairin anies.

      Delete
  2. persediaan menuju Ramadhan Kareem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya persiapkan jiwa raga sebaiknya...tq nohas.

      Delete
  3. Sekejap sungguh masa berlalu...xlama je lagi dah akan tiba bulan Ramadan. Kalau kita tidak menghargai masa...kita kan dilupakan oleh masa...
    Salam Syaban kak Paridah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar jikalau lalai n alpa kita akan kerugian ditinggalkan masa...salam sya'ban dik Bin Muhammad...tq

      Delete
  4. jadikan syaaban utk membiasakan diri kita puasa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mulakan dgn rejab n teruskan pada sya'ban n sambung ramadan...tq QASEH VEE

      Delete
  5. Alhamdulilah dapat peringatan menuju Ramadhan. PI, tolong tinggal nombor telefon sebab saya pos dengan poslaju. Tk:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALING MENGINGATKAN TANDA SAYANG...TQ babYpose bersusahppayah nk kirim hadiah pada kak.

      Delete
  6. masa berlalu dengan cepat . yeah nak bulan ramadhan dah

    ReplyDelete
  7. sekejap benar putaran masa dirasakan...moga kita masih dirahmati dgn nikmat ramadan tahun ini...tq acik Aku Penghibur.

    ReplyDelete
  8. Aww.. patutlah banyak kawan saye yang puasa ^^

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”