Sunday, 22 June 2014

BOLA ! BOLA ! BOLA ! ...NILAI DAN MARUAH...

ASSALAMUALAIKUM..
Beberapa keputusan mengejut dalam kejohanan bola sepak Piala Dunia di Brazil, terus menjadi bualan hangat terutama para peminat sukan. Juara bertahan,

 Sepanyol tersingkir awal. Ternyata pasukan yang dibarisi ramai bintang, tidak semestinya hebat. Corak permainan Sepanyol membosankan dan tidak mampu beri saingan kepada pasukan bukan pilihan. Tiada aura - tidak sebagaimana yang biasa diperlihatkan. 

Rasanya, lebih seronok tengok Harimau Malaya beraksi. Begitu juga dengan England yang tewas kepada Uruguay sebelum pulang awal. Liga dan tradisi bola sepak yang gah tidak menjadikan pasukan negara itu cemerlang di peringkat antarabangsa.

 Awang bersimpati ke atas nasib Sepanyol dan England, yang kedua-dua pasukan itu mempunyai ramai peminatnya di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Penyerang Uruguay, Luis Suarez yang mencari makan dalam Liga Perdana England menerusi pasukan Liverpool merobek perasaan penyokong England dengan dua jaringannya.

Suarez antara bintang yang menyerlah saingan Piala Dunia setakat ini selain Arjen Robben dan Robin van Persie (Belanda), Kareem Benzema (Perancis) serta Lionel Messi (Argentina).

Tidak kurang menarik perhatian pasukan Equador yang mencatat satu kemenangan setakat ini.

Negara itu walaupun agak miskin, sudah tiga kali layak ke Piala Dunia. Sepuluh daripada 23 pemain dalam skuad Equador datang dari wilayah Esmeraldas di pinggir Pasifik. 

Di wilayah itu hanya terdapat lima padang, itu pun yang ditumbuhi rumput liar. Stadium utamanya pula tiada air untuk pemain mandi selepas perlawanan. Kebanyakan remaja mengasah bakat bermain bola di pantai kerana tiada padang yang bersesuaian. 

Berbanding Equador, kemudahan bola sepak Malaysia jauh lebih hebat bertaraf negara maju. Pun begitu, Equador ada kelebihan - jiwa dan maruah - dalam pengisian misi bola sepaknya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.m

4 comments:

  1. saya tak minat bola.. world cup kali ni pun x tengok lagi mana2 game..

    ReplyDelete
  2. yeke mcm xcaya jer...kak tu tumpang sibuk jer heh..heh..tq
    yeke..minat masing2 ni berbeza kan...tq Pha Is.













    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”