ZAMAN sekarang ramai ibu melahirkan 'tuan'. Kenyataan ini sudah banyak berlaku. Biarpun tidak semua, hakikatnya ramai anak perlakukan ibu sebagai 'amah'. Tidak cukup itu, tanggungjawab menjaga cucu juga diserahkan bulat-bulat kepada ibu.
Setidak-tidaknya, itulah senario bagi sebahagian ibu tunggal atau balu yang menumpang kasih hidup bersama anaknya yang berkeluarga. Mereka diminta anak untuk tinggal bersama atas alasan kasihankan ibu yang tinggal berseorangan di kampung dan risaukan keselamatan.
Dilema si ibu pula, jika terus tinggal di kampung, anak-anak bukan sahaja jarang pulang bahkan menelefon pun liat, alasan diberi sibuk dengan kerjaya dan urusan keluarga. Mungkin simpati rutin anak yang terkejar-kejar menghantar cucu ke nurseri, maka ibu mengalah menuruti permintaan si anak untuk tinggal bersama.
Malangnya, pengorbanan ibu dibalas sedemikian rupa maka terperangkaplah mereka dengan jerat perasaan rentetan sikap anak yang mengambil kesempatan kehadiran ibu untuk memikul tugas sebagai pengurus rumahtangga secara total. Itu hanya cebisan kisah.
Kisah lain mengenai seorang anak lelaki tergamak menikam ibunya gara-gara tidak dibelikan telefon pintar yang berlaku di Miri, Sarawak awal bulan lalu. Sekitar tahun lepas, dunia hiburan digemparkan dengan berita mengenai perbalahan antara pelakon kacak, Afiq Muiz dan ibu kandungnya hingga Afiq dilabel si tanggang moden
.
Seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Ungkapan ini biasa kedengaran malah realitinya ada ibu yang terpaksa merempat menyertai gelandangan setelah anak-anak mengabaikan kebajikan ibu biarpun ada kalangan anak berjawatan profesional!
Terkenang penulis akan kecekalan ibu semasa membesarkan kami lima beradik. Seawal pukul 4 pagi sudah bangun masak untuk sediakan bekal makan ke sekolah. Semua ini dibuat demi memastikan kami mendapat pemakanan berkhasiat. Secara tidak langsung kami terdidik untuk menabung duit belanja.
Kebanyakan masa, ibu menguruskan hal ehwal keluarga. Arwah ayah wartawan di meja jenayah semasa era Botak Chin - tetapi ibu memahami rutin kerja ayah yang sibuk tidak menentu masa. Anak sakit, ibu bersengkang mata. Anak selesema, ibu ketepikan jijik menyedut keluar hingus kami semasa bayi dengan mulutnya.
Jasa ibu sangat besar, nilainya tidak terbayar dengan wang ringgit. Selama sembilan bulan ibu setia bersama anak, kita mendiami rahimnya, sebelum kita melihat dunia. Malah, ada ibu sanggup pertaruh nyawa meneruskan kandungan berisiko demi untuk melahirkan permata hatinya ke dunia.
Umum tentu tahu esok adalah sambutan Hari Ibu peringkat kebangsaan di negara ini. Hari Ibu, yang direncanakan pada setiap Ahad kedua dalam bulan Mei, diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia bertujuan menggembirakan, menghargai dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang bergelar ibu, mama, emak atau apa sahaja panggilannya.
Pada hari berkenaan, senarionya boleh dikategorikan sebagai sebuah pesta apabila kemeriahannya dilatari dengan kepelbagaian kreativiti anak dalam mengucapkan terima kasih kepada insan istimewa ini.
Namun, terdapat sesetengah pihak mengatakan umat Islam diharamkan meraikan hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari Mother of Church selain Roman kuno pula meraikan hari Matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada Juventas, Vulcan dan Mars.
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam menyambutnya? Bukankah kita sepatutnya meraikan ibu dan bapa setiap hari sebagaimana tuntuan Islam, justeru wajarkah ada ketetapan hari tertentu untuk sambutan Hari Ibu sehingga perlu diangkat menjadi signifikan dalam budaya masyarakat Malaysia?
Bagi Pensyarah Kanan Jabatan Antroplogi dan Sosiologi Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad, sambutan Hari Ibu hakikatnya sangat relevan untuk diraikan oleh seluruh dunia namun di Malaysia, sambutannya perlu bersesuaian dengan konteks budaya Timur serta tidak melanggar hukum syariat.
Menurutnya, cetusan Hari Ibu kerana doktrin Barat memikirkan bahawa itulah cara terbaik untuk menarik minat anak-anak remaja agar menghormati orang tua memandangkan masyarakat mereka amat tipis dengan adab tatasusila.
"Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan begitulah sebaliknya. Dalam hal ini, Hari Ibu telah melalui evolusi yang pada hari ini sudah tidak kena-mengena pun dengan mitos.
"Sambutan Hari Ibu berbeza sama sekali dengan Hari Valentine kerana kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Malah, menghargai jasa ibu adalah anjuran agama. Asalkan niat baik dan cara sambutan tidak melanggar syariat Islam, tidak salah untuk meraikannya," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Mengulas senario si tanggang moden dan ibu lahirkan tuan semakin membimbangkan, beliau yakin sambutan komersial Hari Ibu masa kini mampu menjadi wadah kepada pelbagai pihak melahirkan generasi yang lebih baik, anak-anak yang bertanggungjawab dan memupuk kasih sayang dalam keluarga
.
Dengan sambutan Hari Ibu yang diperhebatkan oleh media juga memberi kesan hebat terhadap peranan psikologi sosial khususnya dalam menerapkan ingatan terhadap ibu.
"Media memainkan peranan dengan menyiarkan drama atau artikel tentang kasih ibu atau anak-anak derhaka bagi menimbulkan keinsafan.
"Kemudian mereka memperbaiki kekurangan itu. Itu lebih relevan dan terbaik bagi seorang anak mengisi hari istimewa kepada insan bergelar ibu," katanya
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Selamat hari ibu Kak Paridah, moga disayangi setiap hari sentiasa. Hari valentine dulu, saya dapat hadiah dari kakak angkat :) sekarang dah tak ada :)
ReplyDeleteselamat hari ibu babYpose..tq hari ibu ni boleh kita raikan dgn rasa kasih syg terhadap ibu kita tapi valentine tu dh dikatakan menyesatkan akidah.
DeleteHadirr gan,,
ReplyDeleteterima kasih Febri Gamesoft selalu hadir..bes fren ni heh..heh..
Deletetq sudi hadir Febri Gamesoft.
DeleteSelamat hari ibu sis
ReplyDeleteselamat hari ibu MaMa Mursyid...tq
Deletebila menjaga ibu yg sdg uzur , maka barulah saya faham kenapa 10 anak x blh jaga 1 ibu . apa yg kita buat pd ibu hari ini , itulah yg akan dibuat oleh anak kita pada kita stu hari nanti ... renungkanlah
ReplyDeletebertuah ibu yg punyai anak sebaik Qaseh Wee yg sanggup bersama ibu yg uzur n merawat kesakitannya tanpa berkira...besar ganjaran pahalanya tu...tq
DeleteSelamat hari ibu :)
ReplyDeletetq..selamat hari ibu utk ibu Ahmad Zu Mal Md Rayi juga...tq
DeleteSlmt hr ibu.. utk akk jg ;)
ReplyDeleteterima kasih..annies belum jadi ibu ya...
Deleteselamat hari ibu..untuk semua ibu kat dunia :)
ReplyDeleteterima kasih Nick Nashram.
ReplyDeleteowh bayak juga soalan dan persolan mngenai hari ibu dihuraikan..yg pasti hari ibu kita menghargai mereka..sama juga sperti hari2 biasa..tapi best bila ada tarikh yg sendiri..skuranganya ada sambutan yg meriah utk ibu.. :) mnabung
ReplyDeletehari ibu sbg tanda ingat anak2 kpd ibunya saja...tapi kasih sayang ibu n anak harus dipelihara sebaiknya...tq Sobri Yaakob...rajin menabung.
DeleteKunjungan malam,, lagi BW
ReplyDeleteterima kasih Febri Gamesoft rajin bw.
ReplyDeletesiapalah kita tanpa ibu bapa kan ... hargai mereka selagi ada nyawa
ReplyDeletekasih ibu membawa ke syurga. :)
ReplyDeleteSeseorang anak itu tak akan faham bagaimana jerit perih melahirkan dan membesarkan anak2....
ReplyDeleteSehinggalah merela sendiri menjadi ibu dan ayah...
I'm really impressed with your writing skills as well as with
ReplyDeletethe layout on your weblog. Is this a paid theme or did you modify it yourself?
Either way keep up the excellent quality writing, it
is rare to see a great blog like this one today.
my web page: natural stevia sweetener