ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT HARI GURU YANG BAKAL MENJELANG HARI YANG DITETAPKAN PADA 16 MEI PADA SETIAP TAHUN.
KEHIDUPAN KITA SETELAH LAHIR DIDIDIK IBU/BAPA KITA SEBAGAI GURU WAJIB YANG BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP KITA ANAK-ANAKNYA.
KEMUDIAN MELANGKAH PULA KE SEKOLAH, MADRASAH, KOLEJ ATAU UNIVERSITI BERGURU DENGAN GURU-GURU MENAMBAH ILMU DI DADA.
SEMPENA HARI GURU YANG DIIKTIRAF INI APA KATA KITA BACA NOVEL GAPURA IMAN...KARYA WAN KURSIAH WAN AWANG.
BELIAU INI SEORANG GURU YANG PRODUKTIF DENGAN KARYA-KARYA PENULISAN SEJAK LAMA, MENGHASILKAN NOVEL, CERPEN, SAJAK DAN PELBAGAI KARYA SASTERA LAGI.
PI KENALI WANITA CANTIK YANG GIGIH MENULIS INI DI SEBUAH KURSUS PENULISAN ANJURAN DBP BEBERAPA TAHUN LALU...
SINOPSIS GAPURA IMAN.
Novel ini mengisahkan seorang guru yang bercita-cita tinggi. Dalam masa yang sama, dia sentiasa berusaha menjadi isteri dan ibu yang tidak mengabaikan amanah terhadap keluarga. Malah sebagai hamba dia sering memastikan dirinya taat terhadap Pencipta. Namun kepelbagaian tanggungjawab yang digalas, seringkali menyebabkan masa sering mencemburuinya.
Tawaran kenaikan pangkat sebagai pengetua yang datang tanpa diduga ibarat bulan jatuh ke ribanya. Namun syarat yang harus dipatuhJi seakan-akan menjerut leher. Dia tersepit di antara kerjaya dan keluarga kerana kedua-duanya sangat penting. Lantas dia harus memilih yang mana satu?
Ini kisah Nurzihan yang amat komited terhadap profesion yang digalas. Keutuhan semangatnya dalam menghadapi realiti kehidupan mampu memberikan kesedaran kepada wanita bahawa permasalahan hidup bukanlah alasan untuk bersikap lemah dan berputus asa. Kejayaan menanti mereka yang rajin berusaha
Sesiapa yang berminat untuk membeli dan mencari gali ilmu dalam novel Gapura Iman boleh memilikinya atau tempah sekarang. Harga pasaran rm18.00 sebuah. Terima kasih...
Sudah ada di pasaran seluruh negara. Jika ingin mendapatkan daripada penulis ini boleh ad beliau di facebook..
phone nombor 0139073999. ..boleh wassap atau personal mesej
Karya hebat seorang guru...
ReplyDeletekarya seorang guru yg sgt berpengalman....tq Ahmad Zu Mal md Rayi.
Deletebc sinopsis je kire ok la tu kan.hoho
ReplyDeletebaca novel sepenuhnya lg ok...tq Imran Nyambek
DeletePerjuangan seorang wanita..isteri...ibu dan pendidik yang cekal menggalas banyak tugas dalam satu masa....
ReplyDeletebenar tu...pelbagai tugas berat terpaksa digalasnya...tq BUNDA.
Deleteintro nya pun dah menarik, perjuangan yang membawa kejayaan..
ReplyDeleteya setiap usaha ada hasil yg menanti...tq babYpose.
Deletewah .... sudah ada bener nih di semua negara ? kebetulan besok sy mw ke toko buku, nannti sy coba cari... :)
ReplyDeleteissh..bukan di semua negara tapi di seluruh negara...beza tu Fiu S...rasanya di Indonesia belum sampai lagi..boleh oder pada penulisnya...tq FS
ReplyDelete