Tuesday, 15 April 2014

MANAFAAT SEBIJI EPAL.

Epal adalah satu-satu buah berkhasiat yang sarat dengan anti oksida semula jadi yang mampu memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh badan.



Selain mampu membuatkan wajah awet muda agar, ia juga mengurangkan risiko pelbagai penyakit berkaitan usus dan jantung.

Dalam kepesatan hidup pada hari ini, kita sering kali dimanjakan dengan makanan-makanan ringan yang kononnya memudahkan dan menjimatkan masa khususnya bagi kaum wanita dan ibu yang memandang rendah segala nutrisi dalam pemakanan yang sihat untuk keluarga.

Perunding pakar diet, Indra Balaratnam berkata, wanita moden seharusnya mengimbangi antara keluarga dan kerjaya dengan membawa amalan baik nutrisi bermula dengan langkah-langkah asas.
“Bagi mereka yang terlalu sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya serta tercari-cari keseimbangan nutrisi yang mudah diikuti, epal merupakan jalan penyelesaian terbaik.

“Ini kerana ia mengandungi nutrisi penting yang boleh memberi manfaat positif terhadap kesihatan dan kesejahteraan mereka sekeluarga," katanya ketika ditemui di majlis ramah mesra Apple of My Eye bersama wakil media anjuran Washington Apples Commision di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah, katanya, wanita sering dilanda kebimbangan terutama dalam mengawal diet seimbang untuk mendapatkan berat badan ideal, tetapi melakukan amalan diet yang salah dengan meninggalkan beberapa nutrisi penting semata-mata tidak mahu gemuk disebabkan pengambilan makanan.

“Mereka juga cuba mencari makanan yang bukan sahaja kurang kalori tetapi juga bebas lemak dan kolesterol. Hakikatnya, apa yang dicari mereka ialah makanan yang dapat mengawal nafsu makan.

“Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai berat badan berlebihan yang memakan tiga biji epal setiap hari sebagai sebahagian daripada amalan diet kalori rendah harian mereka, boleh mencapai matlamat mengurangkan berat badan dengan lebih berkesan," kata Indra.

Epal turut mengandungi serat, potasium, serta vitamin A dan C yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan jantung.

Buah bernutrisi tinggi yang mudah didapati pada harga berpatutan ini setanding dengan nilai buah-buahan superfruit seperti beri biru dan delima yang agak mahal di pasaran.

Ini menjadikan ia pilihan tepat bagi individu mahupun keluarga.
Sementara itu, bagi ibu-ibu yang agak sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya, pada masa sama berusaha menerapkan amalan pemakanan yang seimbang kepada anak-anak, boleh mengikuti tip yang dilakukan selebriti, Sazzy Falak.

Sazzy yang mempunyai sepasang anak kembar, menekankan betapa pentingnya menyemai amalan pemakanan yang sihat dengan menggemari buah-buahan sejak usia kecil lagi.

“Ibu bapa saya memang mengamalkan tradisi mengambil buah-buahan sebelum hidangan kerana memahami pentingnya khasiat buah-buahan untuk membesar dengan sihat.

“Perkara ini saya turunkan kepada anak-anak saya supaya mereka dapat membesar sebagai kanak-kanak yang lincah dan bijak," katanya.

Bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah menyediakan hidangan berkhasiat untuk anak-anak, Sazzy berkongsi beberapa petua berguna.

“Saya amat bertuah kerana anak kembar saya sangat menyukai buah epal. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang cerewet makan, saya mencadangkan agar buah epal diberi sebagai hidangan pemula kerana mempunyai tekstur yang rangup selain mempunyai warna yang menarik perhatian kanak-kanak," jelasnya

Katanya, jika anak-anak tidak mahu menjamah langsung buah-buahan, ibu bapa boleh ‘menyelindungkan’ dengan cara mencincang dadu atau kisar dan dicampurkan dengan makanan lain yang mereka gemari.

“Epal juga boleh dijadikan sebagai bahan tambahan dalam hidangan yang sihat. Misalnya, saya akan menambahkan jus epal bagi menggantikan gula dalam masakan, atau menggantikan kerepek dengan hirisan epal sebagai snek. Hirisan epal yang disalut dengan mentega kacang adalah rahsia saya dan anak-anak amat menyukainya," tambahnya.

Dalam pada itu, Pegawai Pemasaran Suruhanjaya Epal Washington, Eddie Shaw berkata, epal Washington ditanam dalam keadaan paling sempurna dan menjadi snek kesihatan yang amat sesuai buat segenap lapisan umur.

Katanya, ia menjadi pilihan utama kaum ibu yang mahukan hanya terbaik untuk anak-anak mereka.
“Kami menyediakan epal jenis Red Delicious, Granny Smith, Cameo, Fuji, dan banyak lagi," tambahnya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

21 comments:

  1. Replies
    1. kesukaan ramai epal ni......tq Muhammad Khairuddin Lim.

      Delete
  2. mmg suka epal2 ni tak kisahlah merah ke ijau... tq share info yer kak

    ReplyDelete
  3. epal ni banyak khasiatnya ya...epal hijau masam sikit tapi rangup...tq :Kesuma Angsana.

    ReplyDelete
  4. epal memang banyak khasiatnya dan sedap ^_^ terima kasih infonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. WC..elok jadikan amalan diet...tq acik Aku Penghibur.

      Delete
  5. Geramnya tenguk pokok epal berwarna merah tu melayut-layut buahnya. Gerammmm nak manjat hahahahaha padahal rendah je tu. hehehehehe

    ReplyDelete
  6. xpayah nk manjat notie...rendah jer tu, petik dgn tangan saja...sukanya kalau ada sepokok di rumah ya...tq notie.

    ReplyDelete
  7. Banyak sekali khasiat buah epal...tapi kena hati2 memilih epal, banyak sekarang ni epal hibrid dan terlebih racun. Perhatikan kod...dan pilihlah yg organik agar kita benar2 dapat segala khasiatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu epal hibrid nampak terlalu besar n segar...mesti tertarik nak beli tapi kena perhatikan kod ya..kot tersilap beli yg xorganik....tq Bin Muhammad.

      Delete
  8. tp epal hijau x digalakkan sgt mkn kan??

    ReplyDelete
  9. Kakak suka epal yg rangup. Dekat Sabah pun ada ladang epal yg kecik-kecik tu kan. Best kalau ada macam itu. Kakak bayangkan duduk bawah pokok menikmati buah epal hihi.... berangan ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie saya pun suka berangan-angan dok bawah pokok epal hahahaha

      Delete
    2. kalau gitu notie n kak zakie kena terbang ke sabah...bolehlah duduk berehat bawah pokok epal sambil kunyah2 epal best tu....tq notie.

      Delete
    3. epal yg segar rangup dikunyah sedap sangat tu....tq Kakzakie.

      Delete
  10. yeke...masam sangat kot..banyak kandungan asid....tq Khairin anies.

    ReplyDelete
  11. bak kata pepatah, an apple a day, keep tha doctor away.. heheh

    ReplyDelete
  12. yeke...kalau xde apple...banana pun ok kot....tq Pha Is.

    ReplyDelete
  13. Thanks atas perkongsian kak. Nak kena ada stok epal sentiasa ni ☺

    ReplyDelete
  14. wc fiza...ya simpan stok epal sentiasa...tq Fiza Rahman.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”