Sunday, 20 April 2014

KETAM TELOR MASIN...VERSI CHAH TINA.

ASSALAMUALAIKUM....

HARI MINGGU NI MASAK KETAM OK JUGA. SEDAP TU...TAPI KETAM JENIS RENJONG DARI LAUT RASANYA KURANG SEDIKIT MANISNYA. ELOK GUNAKAN KETAM NIPAH YANG SEGAR BERSEPIT MASIH HIDUP.

TAPI BAGAIMANA NAK MENYIANG KETAM YANG MASIH HIDUP DENGAN SEPITNYA YANG SENTIASA DIGERAKKAN UNTUK MENYEPIT TANGAN YANG MENYENTUH DIRINYA. SUSAH JUGA TU.

JAWABNYA KENA TUNGGU KETAM TU MATI DULU BARU BOLEH DIMASAK YA. LAMA JUGA AMBIL MASA TU. MAHU TIGA HARI. BEGITULAH CARA ANAK ANAK GENERASI BARU MEMASAK. PENUH LEMAH LEMBUT.

JIKALAU MENYIANG KETAM YANG MASIH HIDUP NAMPAK KEJAM SANGAT DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN PULA YA.

PANDAI-PANDAI MASING-MASINGLAH NAK HIDUP YA...ORANG DULU DENGAN CARA MEREKA MEMATIKAN SUMBER MAKANAN YANG HIDUP SEPERTI  IKAN, KETAM,  DENGAN KADAR SEGERA.

KALAU LUNAK SANGAT HATINYA SUSAH JUGA NAK SEMBELIH AYAM ATAU LEMBU. DAN KALAU TIADA PENYEMBELIH AYAM DAN LEMBU IKUT CARA ISLAM YANG HALAL SUDAHNYA TAK MAKAN AYAM DAN DAGINGLAH KITA YA..

JAUH PULA REWANGNYA DARI CERITA NAK MASAK KETAM YANG SEBENARNYA HENDAK DISAMPAIKAN.

RESEPI KETAM ISTIMEWA NI SUMBANGAN SEORANG RAKAN FB CHAH TINA..TERIMA KASIH YA.

Resepi ketam telur masin versi chah tina..
Ketam 2 ekor  
telur masin 4 biji  
bawang putih 6 ulas  
cili padi ikut suka  
daun kari  
mentega/butter  
sedikit garam  
lada sulah  
susu sejat  
cara-caranya..............
rebus telur masin ambil telur kuning saja dn hancurkn  
rebus ketam (kchah guna ketam nipah)  
kalau ketam biasa goreng je dulu  
panas kn kuali ,masuk butter/mentega,masukkm bwng putih,cili padi dan daun kari kemudian masukkan susu sejat n bila dh berbuih masulkn telur masin kacau baru masukkn ketam



12 comments:

  1. Replies
    1. resepi ketam pesen baru nih...tq Muhammad Khairuddin Lim..

      Delete
  2. kalau liat kepiting , lidah sy langsung berasa pengen kecap-kecap ..... hehehe

    ReplyDelete
  3. peminat kepiting ya..ketamlah tu kot...tq Fiu S

    ReplyDelete
  4. ya enak pasti..tq Febri Gamesoft.

    ReplyDelete
  5. ni kegemaran saya..sis...tapi kena pandai masak..stngah org buat x jadi...
    nampak myelerakan pic kat ats :P

    ReplyDelete
  6. YEKE..resepi orang la ni sobri siap ada butter bagai...tq Sobri Yaakob.

    ReplyDelete
  7. mmg sedap tu...tq acik Aku Penghibur.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”