Wednesday, 30 April 2014

SALAM REJAB SELAMAT BERPUASA SUNAT REJAB...CERIAKAN DIRI DENGAN BAJU KURUNG KAK RIN

ASSALAMUALAIKUM..

BULAN REJAB ADALAH BULAN KE TUJUH DALAM KALENDAR ISLAM...BULAN YANG DISUNATKAN BERPUASA SEHINGGA SEBULAN JIKALAU MAMPU. BESAR FADILATNYA BERPUASA DI BULAN INI.

SETELAH REJAB TIMBUL PULA SYAABAN DAN SETERUSNYA RAMADAN YANG MEWAJIBKAN UMAT ISLAM BERPUASA SELAMA SEBULAN PENUH. YANG ADA ARALNYA KERANA  SAKIT, IBU-IBU YANG MENYUSUKAN ANAK, IBU-IBU HAMIL, WANITA YANG DIDATANGI HAID ATAU NIFAS KERANA MELAHIRKAN BAYI DIBOLEH KAN TIDAK BERPUASA DAN PERLU MENGGANTIKANNYA.


SETELAH RAMADAN TENTULAH KITA NAK MENYAMBUT RAYA PULA. PERSIAPAN KE ARAH ITU PERLU DIBUAT LEBIH AWAL JUGA SUPAYA TAK KELAMKABUT BILA TIBA WAKTUNYA.

BAGAIMANA? SUDAH DI TEMPAH KE BAJU MELAYU ATAU BAJU KURUNG UNTUK DIPAKAI SEMPENA RAYA NANTI SEBAGAI PAKAIAN TRADISI TURUN TEMURUN KITA YANG TERSANGATLAH CANTIK DAN BERGAYA TIKA MELARAM DENGANNYA.


PERLULAH CEPAT-CEPAT MENEMPAHNYA YA...TAKUT KALAU TERLAMBAT TUKANG-TUKANG JAHIT TIDAK MAHU MENERIMA TEMPAHAN LAGI..KAN NAYA TU...

TAPI PENYELESAIANNYA TETAP ADA DENGAN MEMBELI YANG READY MADE SEPERTI DI BAWAH INI...CANTIK JUGA...HARGANYA PUN BERPATUTAN.. BANYAK LAGI KOLEKSINYA SELAIN YANG TERPAPAR DI SINI.



BELI SAJA ONLINE DARIPADA KAWAN FB KITA NI ATAU AD FB BELIAU DAN HUBUNGI BELIAU:
012-2637868
16 hrs 

Offer..RM50sm RM55ss termasuk pos
Hijau shj
Kurung merak
Material lyrca

AREA SEKITAR KL BOLEH DIHANTAR BY HAND DAN YANG JAUH TU AKAN DIPOS. 

SYAIR JANGAN BERKELUH KESAH...


CORAT-CORET PAK ENGKU..
Syair di pagi Arbaa
(buat handai taulan ku..)

Assalamualaikum handai dan talulan
Di pagi yang hening hamba nukilkan
Semoga kalian di dalam perlindungan
Dirahmati Allah Seru Sekian Alam.


Jangan diratap jangan ditangis
Jika malang tak dapat ditepis
Hari yang mendung berhujan gerimis
Derita menimpa tak habis-habis.

Bukankah itu lumrahnya hidup
Sekali terang sekali redup
Diuji sedikit jangan tak sanggup
Cepat mengelabah menjadi gugup.

Hidup ini teruskan berjuang
Dari kegelapan mencari yang terang
Di bumi Allah yang luas terbentang
Masih terdapat kerdipan bintang.

Janganlah kalian berhati walang
Malang tertimpa berulang-ulang
Menyesali hidup berpanjang-panjang
Bukanlah peribadi seorang pejuang.
Janganlah kita menjadi dayus
Hidup ini perlu diterus
Berkerja berusaha janganlah putus
Memohon sentiasa kepada al-Kudus.

Sampai di sini coretan hamba
Buat handai taulan semua
Hamba harap akan manfaatnya
Dapat dikongsi kita bersama.

Sebelum hamba bergundur diri
Sebuah pantun untuk dihayati
Di dalam hidup harus berhati
Di hadapan tak tahu apa menanti.

'TUALANG DAN IPUH JANGGAL DITANAM,
KU MAHU GAHARU MENJADI NAIK;
HILANG SEPUH TINGGAL SENAM,
BARU KU TAHU BUDI TAK BAIK!"

Tuesday, 29 April 2014

Ibu dan anak

ASSALAMUALAIKUM...
Republish.

1.  Ibu itu berjurai air matanya tatkala mengenangkan perilaku anaknya yang dirasakan langsung tidak mengupamakannya malah mengkesampingkannya dalam sesuatu perbicaraan penting. Seolah menganggapnyatidak layak untuk dirundingi dan dibawa berbincang. Anak-anaknya dirasakannya melebihkan bapa mereka dalam segenap perkara.Mereka seronok sekali bercerita dengan rabung perihal kehidupan mereka yang pelbagai rentak setelah selesai pengajian mereka di universiti.
"Apa mereka anggap aku ni bodoh sangat sebab tak masuk universiti dan tak faham apa yang mereka cakapkan...," rungutnya kesedihan. Walau di dalam hatinya dia tetap akur memang kadang-kadang dia langsung tidak faham dengan istilah-istilah yang anak-anaknya gunakan.

2.  "Anak-anak saudara mak tu nampaknya asyik menyusahkan bapa saja...susah sikit talipon minta duit. Apa dia orang ingat bapa kita ni banyak sangat duit ke..." Dia tersedak tatkala mendengar ungkapan anaknya itu. Nasi di pinggan tidak jadi hendak disuap ke mulut. Darahnya terasa menyirap ke kepala. Matanya berpinar...'Sampai hati kau berkata begitu anakku. Janganlah terlalu sombong walau kita telah kaya sedikit daripada keluarga mak yang susah itu. Anak-anak saudara mak tu anak yatim. Memang patutlah kita bantu kesusahan mereka. Kepada siapa lagi mereka hendak mengharapkan bantuan jikalau tidak kepada emak saudara mereka ini. Rezeki kita ini Allah yang beri anakku. Janganlah terlalu kedekut seolah menggenggam tak tiris aduhai anak...' Dan ibu itu tersedu perlahan dengan air mata berlinangan.

Apapun hati ibu-ibu sentiasa reda dan menerima apa saja perilaku anak-anak yang melukakan hati mereka dengan doa-doa tulus yang sentiasa dikirim seusai solat demi kesejahteraan dan keabhgian hidup di dunia dan akhirat buat anak-anak yang tersayang.

Monday, 28 April 2014

GHAIB KE ALAM LAIN...

ASSALAMUALAIKUM..

Sudah 18 tahun berlalu. Kalau Ting Song Sheng masih hidup, usianya kini 27 tahun. Namun sampai sekarang, Song Sheng yang hilang pada 15 Januari 1996, masih tidak ditemui. Di mana dia?

Kepada yang tidak mengetahui kisah ini, untuk pengetahuan anda, Song Sheng hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumahnya. Ada pihak mendakwa dia telah dilarikan sindiket lalu dijadikan pengemis di Thailand. Kalau benar, mengapa sampai sekarang pihak berkuasa negara berkenaan gagal mengesannya?

Gan Kim Choo dan isterinya, Tin Kuwi Diun telah menghabiskan wang sebanyak RM40,000 untuk mencari Song Sheng, termasuk menggunakan khidmat 80 orang bomoh, namun semuanya hampa.
Apa sebenarnya yang berlaku kepada Song Sheng?

Kehilangan Song Sheng memang misteri, tapi kes kehilangan seorang kanak-kanak di Kampung Gantuk, Mentakab, Pahang, pada 28 November 1998 lebih pelik. Pagi itu Zulaiha Muhamad, 6, bermain dengan adiknya, Muhamad Nur Rahman, dua setengah tahun, di bawah pokok jambu mawar di halaman rumahnya. Ibu mereka, Kamariyana Osman pula sibuk menyapu sampah.

Oleh kerana sakit perut, Kamariana meninggalkan mereka dan bergegas ke tandas. Namun sekembalinya Kamariyana ke halaman, didapatinya Zulaiha tiada. Ke mana menghilangnya Zulaiha? Muhammad Nur berlari datang dari balik sebatang pokok sambil menjerit-jerit. Dia menangis dan memberitahu bahawa kakaknya itu jatuh di pangkal pokok jambu tersebut.



Kalau setakat jatuh, mengapa Zulaiha tiada di situ? Muhamad Nur tidak dapat memberikan jawapan.
Usaha mencari dilakukan segera. Pihak polis menghantar anjing pengesan, beberapa buah bot dan helikopter untuk menyusuri Sungai Semantan yang terletak 200 meter dari rumah Kamariyana. Namun Zulaiha tidak ditemui. Selepas lebih hampir dua minggu berusaha, akhirnya operasi itu terpaksa dihentikan.

Bagaimana Zulaiha boleh ghaib dalam waktu yang sebegitu cepat? Ada pendapat mengatakan kanak-kanak itu pergi ke Sungai Semantan dan lemas. Persoalannya, kalau benar begitu, kenapa tiada seorang jiran pun yang melihatnya sedangkan Zulaiha memerlukan kira-kira 10 minit untuk ke sana.

Zulaiha lemas di sungai? Kalau benar, kenapa tidak ada kesan tapak kaki, seliparnya mahupun kesan tergelincir di tebing sungai? Mengapa mayatnya tidak dijumpai? Dia diculik? Soalnya, mengapa ramai jiran yang pagi itu berbual dan mengemas halaman tidak melihat kejadian tersebut. Juga tidak kedengaran langsung suara jeritan, raungan atau kesan pergelutan.
Kedua, kenapa Muhamad Nur tidak diculik sekali? Muhamad Nur malah tidak memberitahu pun ada seseorang telah membawa Zulaiha pergi.

Andaian yang tinggal sekarang sangat aneh. Ada pihak yang mengatakan, Zulaiha sebenarnya telah dibawa ke alam lain. Dia telah disedut masuk ke dalam dunia ghaib oleh makhluk halus yang tinggal di pangkal pokok jambu mawar!

Apatah lagi menurut bapa kanak-kanak tersebut, Muhamad Petah, 42, berlaku kejadian-kejadian pelik sebelum Zulaiha hilang. Pertama, anaknya, Siti Rofeah pernah terhidu bau wangi di pangkal pokok tersebut dan bau itu melekat pada badannya selama beberapa hari.

Esoknya, seekor kucing mereka enggan masuk ke rumah dan hanya mahu tidur di bawah pokok berkenaan. Seorang bomoh yang cuba mencari Zulaiha pula tiba-tiba berasa tubuhnya bagaikan ditarik oleh suatu kuasa ghaib ke arah pangkal pokok jambu itu. Puas dia mengelak hingga tubuhnya terpelanting.

Kalau kisah itu belum cukup misteri, bagaimana dengan peristiwa ini pula. Pada pukul sekitar pukul 10.30 pagi, 6 November 2004, Baharudin Sallehuddin, 6, bersama adiknya, Budin, 5, dan Asmira, 3, hilang ketika bermain-main berhampiran pondok yang dibina oleh bapanya di ladang getah Felcra Mambang Seberang, Paloh Hinai, Pekan, Pahang.

Misterinya ialah ketiga-tiga beradik ini ditemui semula lima hari kemudian di sebuah pulau kecil dipenuhi belukar dan dikelilingi paya, enam kilometer dari pondok tempat kali terakhir mereka dilihat!

Apa yang berlaku kepada mereka? Kisah yang diceritakan oleh tiga beradik ini sangat pelik. Kata Baharudin, akibat leka bermain, mereka telah berjalan hingga 1.5 kilometer dari pondok tersebut. Ketika itulah mereka terserempak dengan seorang lelaki berbadan sasa yang membawa seekor anjing berwarna hitam.

Lelaki itu mengarahkan Baharudin, Budin dan Asmira duduk di belakang anjing tersebut, lalu haiwan itu membawa mereka bersiar-siar. Sampai di suatu tempat, anjing tersebut melompat melepasi sebatang parit selebar 10 meter yang memisahkan Felcra Mambang Seberang dengan kawasan sekitarnya
.
Tiga beradik tadi terus dibawa bersiar-siar sehingga sampai di Tanjung Cempaka, Lepar, enam kilometer dari Felcra Mambang Seberang. Lewat petang, lelaki berbadan sasa yang dipenuhi bulu itu mengarahkan pula anjingnya berenang merentasi sebuah paya.

Sambil membawa tiga beradik itu di atas belakangnya, anjing tersebut berenang sehinggalah sampai di sebuah pulau yang dipenuhi belukar. Sekeliling pulau itu hanyalah paya yang sedalam 1.2 meter. Baharuddin dan adik-adiknya diturunkan dari belakang anjing berkenaan.
Menjelang senja, datang seorang nenek dan memberikan mereka buah-buahan. Di situlah Baharudin, Budin dan Asmira terdampar, hinggalah ditemui oleh polis lima hari kemudian, iaitu pada pukul 5.45 petang 10 November 1995.

Pembaca sekalian, apa yang berlaku ini memang misteri. Akal yang waras tidak dapat menjawab persoalan bagaimana tiga beradik itu boleh sampai di pulau berkenaan. Mustahil juga mereka boleh pergi ke tempat sejauh itu dan melintasi parit selebar 10 meter, kalau tidak dibantu oleh `sesuatu



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Saturday, 26 April 2014

NAZAM AYAH IBU...

SYAIR PANTUN BERENDOI...

Ana anak kedua jiranku yang di kiri baru saja melahirkan anaknya yang ketiga seorang putera. Masih lagi belum habis masanya berpantang tapi sudah mahu pulang ke rumahnya dan suami di KL. Dan emak/bapanya pun berusaha mengatur majlis cukur rambut, berendoi dengan dimulai bacaan yasin dan tahlil jiran-jiran yang memenuhi undangan.

Majlis sebegini memang sering diadakan di sini juga di tempat lain tentunya...

Aku tertarik sungguh dengan syair/pantun berendoi yang indah dilagukan. Rasanya aku terlewat mengetahuinya. Dan aku catatkan di sini syair itu untuk dikongsi bersama betapa indahnya sebuah sastera lama.

Bismillah itu permulaan nama
keadaan zatnya bersama-sama
menzahirkan zat menyatakan asma
khadim dan taat sedialah lama

Wahai segala anaknya Adam
asal dan Wahi Nurul khatam
dipecahkan empat zahirnya Adam
dipecahkan pula sekelian alam

Rahim bapamu turun ke ibumu
empat puluh hari Nutfah namamu
lapan puluh hari alakah Alakah namamu
seratus dua puluh hari Masfah namamu...


SYAIR/PANTUN BERENDOI...2

Kenapa kutulis syair dan pantun seganding? Syair tentulah syair yang formatnya empat kerat dengan bunyi ritma ujung sama vokalnya. Pantun pula formatnya ada pembayang dan maksud. Sebabnya skrip yangku pinjam daripada kumpulan berendoi itu tajuknya PANTUN BERENDOI.  Formatnya padaku adalah syair. Ah! Tak perlu dikisahkan semua itu. Kita nikmati saja bait-baitnya yang amat indah lagi bermakna ini.

Empat bulan sampailah tuan
sudah menjadi kaki dan tangan
cukuplah dengan sifat sekalian
nyawanya belum lagi didatangkan.

Sampailah sudah saat dan waktu
datanglah nyawa lalu bersatu
di dalam tubuh tempatnya itu
hawa dan nafsu sudah berlalu.

Dikandungkan ibumu sembilan bulan
lebih dan kurang tiada ditentukan
melahirkan dikau beberapa kesakitan
beberapalah pantang minum dan makan.

Tatkala engkau jatuh ke lantai
dengan segera bidan mencapai
sudah dimandikan lalu dipakai
tinggallah ibumu lemah gemalai.

Sudah dipakaikan lalu diqamat
mintalah doa supaya selamat
ingatlah pesan nabi Muhammad
di atas dunia beramal ibadat...

Wahailah anak janganlah engkau bantah
dizahirkan engkau amatlah susah
dialih ke kiri kanan pun basah
habis berlumur kencing dan muntah

YA ALLAH MALIKUL ADZAH
BUDAKNYA INI BESARKAN TUAH
SIANG DAN MALAM MAKIN BERTAMBAH
SEHINGGALAH SAMPAI IA BERPINDAH

WAHAILAH ANAK KAMI DODOIKAN
ENGKAU INI KAMI DOAKAN
UMUR YANG PENDEK MINTA PANJANGKAN
REZEKI YANG HALAL MINTA MURAHKAN

YA ALLAH MALIKUL ADZABI
BUDAK NYA INI MURAHKAN REZEKI
SEJUKKAN BADAN TERANGKAN HATI
LIMPAHKAN MAKMUR SEHARI-HARI

YA ALLAH MALIKUL JABAR
BUDAKNYA INI CEPATLAH BESAR
JAUHKAN DARIPDA PERKARA MUNGKAR
DARI KECIL SEHINGGA BESAR

YA ALLAH MALIKUL AZATI
BUDAKNYA INI TETAPKAN HATI
MINTA KURNIAKAN PANGKAT YANG TINGGI
DI DUNIA AKHIRAT BEROLEH TERPUJI.

Hebatnya senikata lagu nazam kita boleh dinyanyikan pada sambutan birthday sebagai doa juga.

BUNGA-BUNGA CANTIK TAPI BERACUN....

ASSALAMUALAIKUM...

Pokok bunga Tiga Bulan atau nama Inggerisnya Hydrangea. Sebab namanya bunga tiga bulan? bunganya lambat layu dan kembang dalam tempoh yang lama. pH tanah memainkan peranan dalam menentukan warna bunga antaranya pink, unggu atau biru.


Pokok yang sesuai hidup di iklim sejuk serta memerlukan air yang banyak ini beracun pada semua bahagian pokok, lebih-lebih lagi bunganya. Jika anda memakan bahagian pokok ini, lebih-lebih lagi bunganya, anda akan mendapat kesan seperti keracunan sianida(racun tentera nazi guna untuk bunuh diri bila ditangkap). Bunga ini mengandungi Hyragin, iaitu racun yang menyebabkan sesak nafas, pening, pengsan, kadar nadi bergerak pantas dan menyebabkan tekanan darah menurun. Yang paling teruk, akan menyebabkan kematian

Kautahutak.blogspot.com






Poko ini sering kelihatan di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland. Pokok Angel Trumpet atau dipanggil Bunga Loceng ini mengandungi Tropane Alkaloids. Bahan ini boleh menyebabkan halusinasi, meningkatkan kadar degupan jantung, serta mnyebabkan jantung terhenti atau jangkitan paru-paru pada penghidap asma. Ia juga dibuat sebagai teh bagi memberikan kesan halusinasi kepada peminumnya.
sumber...
nirazaru.com
nBunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel. Seluruh bahagian dari bunga ini beracun, tapi bahagian yang paling beracun terdapat pada getah dan buahnya.

Lily of the valley apabila dimakan dalam jumlah sangat banyak, bunga ini boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh, dan diare. Racun di bunga ini juga menyebabkan disfungsi jantung dan degup jantung yang lemah.


Rhododendron

Tanaman ini apabila musim berbunga kelihatan sangat indah sekali. Dalam sebuah rakaman, menceritakan tingkah laku yang aneh pada sejumlah kumpulan berbangsa Inggeris semasa memakan madu dari bunga ini. Rhododendron mengandung andromedatoxin yang menyebabkan muntah, rasa sakit yang hebat kejang-kejang hingga menyebabkan kematian.

Autum crocus.
Bunga ini juga merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia, mungkin ini yang paling beracun. Mengandung colchicine, racun yang terkandung di dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada ubatnya. Keracunan tanaman ini dapat menyebabkan penyakit jantung dan hilangnya tekanan darah.

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR BROTHER....UNCLEPALI JOHN

ASSALAMUALAIKUM
Republish.



DIALAH SATU-SATUNYA ADIK LELAKI YANGKU MILIKI. DAN YANG BONGSU PULA. KAKAKNYA AKU YANG SULUNG DAN ADIK-ADIKKU FATIMAH DAN FAZILAH. TIKA KELAHIRANNYA PADA 1968 BUKAN MAIN GEMBIRA KAMI SEKELUARGA DAN MULAI SIBUK MENCARI NAMA UNTUKNYA. AKU CADANGKAN NAMA PAZELI DAN EMAK/BAPA BOLEH MENYETUJUINYA PULA. MULAI HARI ITU NAMA PAZELI ISHAK ITULAH YANG DIBAWA SEPANJANG HIDUPNYA.

DAN AKU MENGENDONG TUBUH KECILNYA KEMANA SAJA. KADANG KE SEKOLAH PUN KU DOKONG TIKA ADA AKTIVITI. MAK DAN BAPA SIBUK BERKERJA MENCARI REZEKI UNTUK MENYARA KAMI 4 BERADIK. JADI AKU YANG BESAR SEDIKIT KENALAH JAGA ADIK-ADIK TIKA DIPERLUKAN. HIDUP DI FELDA TIKA TU SANGAT SUSAH DAN BELUM NAMPAK SINARNYA KE ARAH KESENANGAN. MESTI BERKERJA KERAS UNTUK HIDUP...

ADIKKU INI SEJAK DULU HINGGA KINI PERIBADINYA SAMA SAJA...SEORANG YANG SEDERHANA, BAIK TINGKAH LAKU DAN SUKA MENOLONG. HOBINYA BERMAIN MUZIK/GITAR. MUNGKIN KERANA HOBINYA ITULAH YANG MEMPERTEMUKANNYA DENGAN ARTIS-ARTIS TERMASUK BERJODOH DENGAN ISTERINYA FAUZIAH SAMAD SETELAH BERHIJRAH KE KL DARI KAMPUNG. BELIAU PERNAH MENJADI WARTAWAN SEBUAH PORTAL ON LINE.

SEMPENA HARI KELAHIRANNYA HARI INI KAKAKMU INI MENGUCAPKAN HAPPY BIRTHDAY BRO...MOGA KEKAL BAHGIA BERSAMA ISTERI DAN ANAKANDA TERCINTA TERSAYANG, PANJANG UMUR, SIHAT WALAFIAT DILIMPAHI REZEKI YANG BAROKAH... SELAMAT SEJAHTERA SELAMANYA....AMIN

Friday, 25 April 2014

GARA-GARA SEULAS NANGKA....


ASSALAMUALAIKUM...

NANGKA...JACKFRUITE KATA OMPUTIH MEMANG MANIS SEJUK RASANYA DAN RAMAI YANG MENYUKAINYA TERMASUK TERNAKAN LEMBU JUGA. KALAU DI KAMPUNG-KAMPUNG DI BAWAH POHON NANGKA INILAH TEMPAT MEREKA MELEPAK MENUNGGU KOT KOT BUAH NANGKANYA GUGUR. ISTIMEWA SUNGGUH RASA NANGKA NI..


                                                                  NAMUN DALAM SEJARAH MELAYU TUN SRI LANANG TELAH MENUKILKAN GARA-GARA SEULAS NANGKA WAN SRI ANUM ISTERI KEPADA MEGAT SERI RAMA TELAH DIBELAH PERUTNYA YANG SEDANG MEMBOYOT KERANA MENGIDAMKAN MEMAKAN NANGKA DARIPADA KEBUN RAJA TANPA KEIZINAN RAJA TERLEBIH DAHULU...SERAM PULA MENULIS CERITA-CERITA LAMA NI WALAU ADA NILAI SEJARAHNYA.

KETIKA ITU MEGAT SERI RAMA SEDANG MEMERANGI LANUN-LANUN DI LAUTAN.

RUPANYA RAMAI YANG IRI DENGAN KEJAYAAN MEGAT SERI RAMA KERANA MENDAPAT PANGKAT DAN PERHATIAN SULTAN MAHMUD LALU SEMASA KETIADAANNYA, ISTERINYA YANG SEDANG SARAT HAMIL MENJADI MANGSA BALAS DENDAM MEREKA..
BACA DI SINI UNTUK KETAHUI KISAH SETERUSNYA http://infinatus-lagendamelayu.blogspot.com/2010/06/sultan-mahmud-mangkat-dijulang.html
PIC NORADABI ROSDI.

NANGKA MUDA NI SEDAP JUGA DIBUAT GULAI, MASAK LEMAK KUNING ATAU KERABU
 YANG ENAK.

GULAI NANGKA MUDA
RESEPI DARIPADA BLOG DAPUR TANPA SEMPADAN...TERIMA KASIH.

rsz_gulai_nangka_ehem


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda yang telah siap disiang dan potong kiub, direndam
6 - 7 ketul keratan tulang ikan masin kurau, rendam 1 jam
3 keping tempe, potong kecil
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat
3 batang serai, dititik
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
1 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus nangka muda sekejap (kurang lebih 10 minit), kemudian toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih. Masukkan tulang ikan masin kurau (toskan terlebih dahulu) dan kiub ikan bilis (jika guna). Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Tambah tempe dan asam gelugor, bila nangka dan tempe empuk, tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukup rasa, masukkan lada hitam, sedikit gula dan daun kunyit. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan dikacau selalu.
  3. Masak sekejap, dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng...



PENGHIAS RUANG LAMAN...

ASSALAMUALAIKUM..
republish.

bunga mawar merah muda
.

bunga raya pink

bunga raya putih.



Kata seorang ustaz, Allah SWT akan menyediakan sebuah taman yang indah di syurga kelak sekiranya hamba-Nya rajin bertanam-tanaman tika hayatnya di dunia. Walau hampir kiamat sekalipun sekiranya ada biji benih di tangan terus saja menanamnya ke dalam tanah. Tentulah teramat besar ganjarannya justeru Allah menganjurkan begitu.