Tuesday, 25 March 2014

TERBANG TENANG MEREDAH AWAN...SELAMAT MALAM....


ASSALAMUALAIKUM...

WAU EMASKU LEKA BERMAIN AWAN
KE UTARA
KE SELATAN
KE TIMUR
KE BARAT...
DENGAN SENYUM CERIA
MENGHULUR SALAM...
SAYANG 
TALI KIPAS TAKDIRNYA TERPUTUS
TIADA DAYA MENGAWALNYA MELAWAN
HEMBUSAN ANGIN LANGIT
LAZUARDI
YANG MENGHUMBANKANNYA
KE SAMUDERA BERGELORA
HILANG DITELAN ALAM GELITA
PUAS DICARI KE MANA-MANA...
AH..
ALANGKAH SEDIH
ALANGKAH SENDU
MENEMUIMU BEGITU
BERLINANGAN AIRMATA
HILANG SUARA
MENANGISINYA.....
HIBA.
SAYAPMU PATAH
WAJAHMU BASAH... 
DEMIKIANLAH TAKDIR ALLAH...

HATI INI MELIHATMU
MASIH TERBANG SAMBIL MELAMBAI-LAMBAI
MENGUCAPKAN SALAM PERPISAHAN
MENONGKAH ARUS LAUTAN
MENUJAH LANGIT DALAM PERJALANAN BERTERUSAN
LANGKAH MENDAHULUI YANG LAIN-LAIN...
WALAU SUKARNYA HATI MELEPASKANMU PERGI..
TAPI ZAHIRMU RAHMAT ILAHI
KEPADANYA DIRIMU KEMBALI....
By...Paridah Ishak.

16 comments:

  1. Tiada kata2 lain yang mampu di ucapkan selain Salam Takziah buat semua ahli keluarga mangsa Tragedi MH370..

    ReplyDelete
  2. salam takziah kepada keluarga yg terlibat moga menghadapi tragedi MH370 ini dgn sgt tabah...tq BUNDA a.k.a KN

    ReplyDelete
  3. takziah dan al-fatihah.. hanya Allah sahaja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya Allah yang mahatahu n kita reda menerimanya sambil berdoa...tq Mizz Aiza.

      Delete
  4. Al Fatihah dan takziah buat ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaik-baik hadiah adalah ayat2 suci Allah...salam takziah kepada keluarga mangsa terlibat..tq Sylarius Yusof sudi jadi followers kak yg ke101.

      Delete
  5. semoga semuanya cepat selesai...:)

    ReplyDelete
  6. insya Allah...mudah2an harapan kita termakbul....tq Semuainfo.

    ReplyDelete
  7. al fatihah dan Takziah buat ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH370...sedih dgr berita kat tv semalam..
    inti n tesco x5

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya salam takziah n alfatihah kpd mangsa yg berkenaan...takdir menyuratnya begitu...pasti ada hikmah Ilahi yg tersembunyi tq Sobri rajin klik2....

      Delete
  8. salam takziah buat keluarga mengsa..

    menabung digi dan colgate sini.

    ReplyDelete
  9. ya kita kirimkan salam takziah alfatihah n berkongsi rasa dukacita...tq Pha Is rajin klik2...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum sis... Sedihnya... Al fatihah buat mangsa yang beragama Islam dan salam takziah buat yang bukan Islam. Tragedi sedih ini bukan sahaja melibatkan keluarga yang terlibat malahan seluruh rakyat Malaysia turut sama bersedih. Apa pun semuga pencarian kotak hitam dipermudahkan Allah semuga kita mengetahui apa disebaliknya. Semuga ianya dapat menjawap segala tohmahan dan andaian yang berlegar selama ini.

    ReplyDelete
  11. wsalam dik notie...kesedihan kita semua bukan disengaja...hanya doa2 tulus n alfatihah yg mampu dikirim buat saudara2 kita yg bersama MH370 JUGA SALAM TAKZIAH buat semua mrk yg terlibat...moga kotak hitam yg dicari segera ditemui n mengungkap misteri tersembunyi selama ini...tq notie.

    ReplyDelete
  12. salam takziah buat seluruh keluarga yg terlibat moga mereja tabah yer akak !

    ReplyDelete
  13. insya Allah mudah2an redha dgn takdir Allah...tq Kesuma Angsana.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”