Thursday 20 February 2014

USMAN MEMBELI SYURGA...

PARA sahabat Nabi mempunyai bermacam-macam ragam. Ada yang kaya, ada juga yang miskin. Namun begitu, semangat untuk menyumbang kepada dakwah Islam menyatukan mereka.


PIC TIMELINE HIASAN

Antara sahabat Nabi yang kaya ialah Usman bin Affan. Beliau sangat mahir berniaga, justeru berjaya menjana pendapatan yang cukup banyak. Harta yang beliau miliki sepenuhnya digunakan untuk pelaburan akhirat. Beliau bertekad “membeli" syurga dengan harta yang beliau miliki.

Berkata Abu Hurairah: “Usman bin Affan telah membeli syurga daripada Rasulullah SAW sebanyak dua kali. Kali pertama apabila beliau membeli perigi rumah. Dan kali kedua apabila beliau membiayai pasukan usrah (perang Tabuk)." (riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak)

Perigi rumah

Perigi rumah adalah satu-satunya sumber air bersih di Madinah apabila kaum muslimin berhijrah ke kota itu. Menurut Ibnu Abd. al-Bar dalam kitab al-Isti’ab, sumur ini milik seorang Yahudi. Beliau tidak membenarkan kaum muslimin mengambil air daripadanya melainkan dengan bayaran.

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membeli perigi rumah lalu menyerahkannya kepada kaum muslimin, maka ia akan memiliki telaga di dalam syurga."

Apabila mendengar cadangan Nabi ini, Usman segera mendatangi pemuda Yahudi itu. Setelah tawar-menawar berlaku, orang itu bersetuju menjual setengah bahagian sahaja. Harga yang ditetapkan ialah 12,000 Dirham.

Usman bersetuju membeli setengah bahagian itu. Kedua-duanya sepakat menetapkan satu hari milik Yahudi dan satu hari yang lain untuk Usman. Pada hari milik Yahudi, tiada siapa yang datang untuk mengambil air. Sebab mereka telah mengambil air untuk persediaan dua hari pada hari milik Usman.
Melihat perkara ini, Yahudi itu berkata kepada Usman: “Engkau telah merosak perniagaanku." Ia lalu menjual bahagiannya kepada Usman pada harga 8,000 Dirham.

Perang Tabuk

Adapun perang Tabuk, maka peperangan ini ialah peperangan terakhir yang dihadiri oleh baginda Nabi SAW. Pasukan Islam mesti keluar ke Tabuk untuk menghadang pasukan Rom yang dikhabarkan telah bersiap-siaga menyerang Madinah.

Persiapan perang kali ini sangat mencabar. Cuaca pada masa itu sangat panas. Kendaraan dan bekalan juga sangat minimum. Justeru, al-Quran menyebut peristiwa ini sebagai: sa’at al-’usrah (saat-saat sukar).

Abdurahman bin Khabbab bercerita: Aku menyaksikan Rasulullah SAW menggalakkan manusia untuk berinfak bagi peperangan ini. Usman lalu berdiri dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku menjamin 100 ekor unta dan keperluannya."

Baginda lalu menggalakkan infak sekali lagi. Usman kembali berdiri dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku menjamin 200 ekor unta dan keperluannya."

Baginda menggalakkan infak sekali lagi. Usman kembali berdiri dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku menjamin 300 ekor unta dan keperluannya."

Abdurahman berkata: aku melihat Rasulullah turun dari mimbar sambil bersabda: “Tidak akan membahayakan Usman apa yang akan ia lakukan setelah ini." (riwayat al-Tirmidzi).
Sabda ini menunjukkan bahawa dosa-dosa Usman telah diampuni oleh Allah kerana sumbangan besar beliau untuk dakwah Islam.

Ukuran iman

Usman bin Affan patut menjadi teladan seluruh umat Islam terutama yang memiliki kelebihan harta. Pandanglah harta sebagai titipan Allah yang mesti diserahkan apabila diminta. Permintaan itu tidak lain ialah apabila dakwah dan umat Islam memerlukan bantuan anda.

Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa seorang Mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai Allah SWT berbanding Mukmin yang lemah. Kekuatan ini bukan hanya dalam tenaga sahaja, akan tetapi meliputi juga aspek ekonomi, politik dan ilmu pengetahuan.

Siapa yang memiliki salah satu kelebihan ini, hakikatnya tengah diamanahkan tanggungjawab untuk membela Islam menerusi amanah tersebut. Dan ukuran iman seseorang ditentukan oleh sikapnya dalam menjalankan amanah ini dengan baik.

Semoga kita boleh menjadi seperti Usman bin Affan. Seorang sahabat Nabi yang telah dijanjikan syurga semenjak beliau masih hidup lagi. Amin Ya rabbal ‘alamin
PENULIS kini sedang menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

14 comments:

  1. assalamualaikum sis..
    pkongsian yg mnarik.. amin..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam sobri ya kak share sesuatu yg bermenafaat utk semua...tq Sobri Yaakob.

      Delete
  2. Moga kita mengambil iktibar dari seerah Rasulullah dan para sahabatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sirah nabi n para sahabatnya patut dijadikan iktibar n teladan....tq babYpose

      Delete
  3. Sesungguhnya bila kita tidak berharta teringin utk kaya dan beramal seperti Usman, tetapi bila dah kaya...selalunya kita akan lalai dan terleka dgn nikmat dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kebanyakan kita berniat begitu sebelum kaya tetapi setelah kekayaan melimpah ruah menjadi kikir pula n setiap sen yg keluar akan dikira...tq BM.

      Delete
  4. kunjungan pagi mbak..
    I Love Muhammad.. ;)

    ReplyDelete
  5. SELAMAT PAGI Yoni Risqilana...nabi Muhammad Rasullullah yg dicintai...tq Yoni.

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang bagus untuk hari Jumaat :) dapat tambah ilmu dan kesedaran

    ReplyDelete
  7. ya betul tu liza..isi jiwa dgn pengetahuan bermenafaat...tq Liza Licha.

    ReplyDelete
  8. sangat bermanfaat perkongsian ini kak.. terasa kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan usman.. semoga kita menjadikan beliau sebagai contoh yang baik..

    ReplyDelete
  9. ya saidina Usman seoang sahabat nabi yang sanggup berkorban harta bendanya demi membantu perjuangan rasullullah menegakan Islam nak dibandingkan dgn kita langsung tiada sumbangan apa2 kot...tq Mizz Aiza.

    ReplyDelete
  10. dunia sebagai ladang..hasilnya dituai di akhirat...semoga kita jd dpat jadi spt Usman..dengan kemampuan yg ada..walau sedikit, tapi istiqomah..

    ReplyDelete
  11. ya betul tu...jadikan ladang kita subur agar hasilnya banyak di akhirat kelak..walau xdpt jd spt saidina usman pun tp berusaha menghampiri usaha2nya tq nohas.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”