Wednesday, 12 February 2014

INDAHNYA KASIH SAYANG..BUKANNYA BARANG BUAT DAGANGAN....

ASSALAMUALAIKUM....


Pak Engku

CORAT-CORET PAK ENGKU...

Pokok kepayang di tepi kali,
Tumbuh di seberang si pohon berangan;
Kasih sayang tak jual beli,
Bukannya barang buat dagangan.

Dipagi yang dingin itu aku dikejutkan oleh tangisan isteri ku. Aku tersentak bangun dan terus bertanya, "Kenapa menangis?"
Dalam sedu sedannya dia berkata, "Abang, Memeh dah mati. Malam tadi
dia masih sihat waktu saya beri dia makan. Banyak makannya.
Lepas itu saya masukkan ke dalam sangkar tempat tidurnya bersama
Bobo dan Wulan".

Aku bingkas bangun dan terus pergi ke sangkar dan melihat Memeh memang sudah kaku dan tidak begerak lagi. Aku ambil Memeh dan aku letakkan dia di atas beberapa helai surat kahabar. Dalam ratapannya, isteri ku menyalahkan aku di atas kematian Memeh. Dia kata Memeh jatuh sakit dan mati kerana rindukan kasih sayang dan belaian manja dari aku. Isteri ku kata sejak akhir-akhir ini aku sudah tak ambil kisah akan Memeh lagi. Aku abaikan dia. Langsung tiada masa untuk membelai dan mengusap manja Memeh lagi, katanya.

Memeh memanglah kucing yang amat aku sayangi sejak dari lahirnya. Waktu dia lahir aku yang putuskan tali urinya sebab ibunya tak tahu nak makan uri anak-anaknya. Memeh dilahirkan empat beradik namun dua darinya mati sewaktu dilahirkan kerana waktu itu aku ke pekan menguruskan sesuatu. Hanya dua ekor sahaja yang masih hidup dan 
itulah dia Memeh dan Bobo.

gambar hiasan

Aku namakan dia Memeh sebab sejak dilahirkan dia 'cemeh'. Dia hanya bermata satu dan mata sebelah kanannya, buta! Sejak kecilnya memang Memeh aku cukup manjakan. Tidur di atas katil bersama-sama. Aku tak pernah pukul atau jentik dia. Sebulan sekali,aku dan isteri akan mandi dan syampukan mereka. Diberi makanan yang baik-baik. Dibelikan bekas dan pasir utuk tempat mereka kencing dan berak. Kalau sakit, terus saja bawa ke klinik haiwan untuk dapatkan rawatan.

Sewaktu kami menghadapi Memeh disaat-saat kematiaannya itu, tiba-tiba isteri ku bersuara, "Abang Memeh masih bernafas lagi!"
Aku pandang perut Memeh memang ada sedikir pergerakan tetapi tersangat lemah dan perlahan. Lalu aku bawa Memeh masuk ke dalam rumah dan letakkan dia di atas pangku ku. Kurus sangat badan Memeh hinga terasa tulang belakangnya bila di sentuh. Aku beri dia minum air Yassin kerana kebetulan setiap malam Jumaat surau di kariah aku ada buat majlis bacaan Yassin. Dan aku ada bawa balik sebotol air Yassin tu.

Selepas beberapa kali diberi minum air Yassin, isteri ku mencadang supaya Memeh diberi munum air kelapa pula. Saya akur dan setuju.
Isteri ku bergegas ke gerai di hadapan rumah untuk membeli air kelapa. Sekembalinya, Memeh kami beri minum air kelapa pula. Selepas diberi minum air Yassin dan air kelapa, kami nampak nafas Memeh bergerak agak kuat sedikit dan jelas kelihatan dari kempas-kempis perutnya. 

Sewaktu merawat Memeh isteri ku tak henti-henti menangis. air mata bercucuran di pipinya. Dia memanggil nama Memeh, Memeh berkali-kali. Dia berkata, "Memeh jangan mati ya. Memeh kuatkan semangat ya."
Dia terus menyuruh aku memeluk Memeh dan membelai serta mengusap-usap kepalanya. Ada sedikit pergerakan badan berlaku dan Memeh mula menggerakkan ekornya tetapi tersangat perlahan. Aku, walaupun tidak meratap hiba melihat keadaan Memeh, hati ku amat tersentuh. Air jernih bergenang di kelopak mata ku lalu jatuh menitis membasahi pipi.

Akhirnya, aku dan isteri membuat keputusan untuk membawa Memeh ke klinik haiwan untuk mendapatan rawatan yang lebih rapi. Sesampai di klinik, Memeh diberikan suntikan dan dimasukkan air ke dalam badanya melalui 'drip'. Doktor kata peluang untuk Memeh hidup hanya 50-50. Setelah rawatan kami bawa Memeh balik berbekalkan ubat anti-biotik, makanan lembut dalam tin serta alat suntikan untuk memberi Memeh makan dan minum.

Selama tiga hari Memeh kami jaga dengan teliti. Beri makan dan minum melalui jarum suntikan. Aku luangkan masa untuk memangku dan membelainya dalam keadaan badannya yang amat lemah itu. Yang anehnya bila Memeh di atas pangkuan ku, dia terus saja tidur lena. Dan akhirnya Memeh telah boleh berjalan walaupun terhuyung-hayang kerana badannya mungkin terlalu lemah, tidak bermaya serta tidak bertenaga.

Sewaktu dia sudah mula berjalan itulah, aku dan isteri perasan bahawa
Memeh telah hilang penglihatan di matanya yang sebelah lagi itu. Betapa aku dan isteri ku berasa sayu dan pilu memandangkan keadaannya begitu. Namun isteri ku sempat berkata memujuk hatinya, "Tak apa biarlah Memeh buta asalkan masih hidup dan beransur sihat. Nenek (isteri ku membahasakan dirinya dengan kucing-kucingnya) akan jaga Memeh hingga ke akhir hayat"

Pada hari ke empat, hari Isnin pagi, aku kendung Memeh dan bawa dia ke Klinik Haiwan Senawang, milik anak buah ku, Dr Nor Hisham Hj Marmin, untuk rawatan susulan. Kebetulan, tiga hari yang sebelum Dr Nor Hisham tiada di klinik kerana ada urusan penting di Kuala Trengganu, katanya. Sekali lagi Memeh diberi suntikan. Aku sempat bertanya pada Dr Nor Hisham tentang penglihatan mata Memeh itu dan dia berkata kemungkinan penglihatannya akan hilang buat selama-lamanya. Ya Allah, kenapalah semua ini harus terjadi kepada Memeh.

Kini kesihatan Memeh sudah semakin pulih. sudah bangun dan berjalan tetapi sering terlanggar dinding atau apa juga benda yang ada di hadapannya. Petang semalam isteri ku mandikan Memeh, syampukan bulu badannya. Aku tolong lap dan keringkan badan Memeh serta menyikatkan bulunya. Kami amat menyanyangi Memeh, yang kadang aku panggil 'Amir', walau pun deria penglihatannya sudah tiada lagi. Aku berjanji pada diri ku untuk memberikan kasih sayang dan membelainya selalu. Isteri aku juga berkata dia tidak ralat atau rasa terkilan duitnya banyak dibelanjakan untuk rawatan dan makanan Memeh. Isteri aku percaya Allah akan beri dia rezeki yang lebih lagi.

Petang Jumaat ini aku akan sedekahkan dua sisir ke surau taman tempat tinggal aku. Aku dan isteri telah sama-sama bernazar, kalau Memeh hidup, kami akan sedekahkan sesisir pisang setiap seorang kat surau tu.
Peristiwa ini adalah satu peringatan buat aku supaya tidak mengabaikan kasih sayang ku, biar pun terhadap seekor haiwan. Kasih sayang serta belaian manja dan mesra boleh menjadikan seekor haiwan atau seseorang kuat semangat untuk terus hidup. Sesungguhnya nilai kasih sayang teramat tinggi untuk dapat diukur biar pun antara manusia dan haiwan. Apatah lagi kasih sayang sesama insan. Semoga Memeh terus bertambah sihat dan panjang umur. Insya Allah.

23 comments:

  1. Owh...so sweet ..liat foto kucing nya mbak :)

    ReplyDelete
  2. lama tidak mampir kemari saya rindu kali sama paridah .. saya tengok gambar nya cantik sekali ..persis seperti punya saya di rumah ..

    ReplyDelete
  3. yala...friska mesti sangt bz...mcik juga rindukan friska lama xjumpa...tq Friska Lee.

    ReplyDelete
  4. mmg comel but KA ni serius takut dgn kucing2 ni kak !

    ReplyDelete
  5. YELA KA..Kucing2 comel ni disayangi pemiliknya...tq Kesuma Angsana.

    ReplyDelete
  6. suka sama kucing ya, sama seperti aku :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya suka berkasih sayang sesama makhluk...bagus sekali....tq joe

      Delete
  7. berbuat baik dgn makhluk ciptaan Allah..kat rumah saya ada byk juga kucing2 gelandangan..mengiow-ngiow minta makanan..kesian tengok, tuannya lepas mcm tu saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walau kita xbela kucing2 tu jgn menyakitkannya..bnyk kucing yg xbertuan hidup bebas tp kalau kelihatan kelaparan tentu xsanggup melihatnya n membiarkan..saja...tq nohas.

      Delete
  8. Aih, comel nya tu kucing.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kucing2 comel memikat hati...tq Etika Maria.

      Delete
  9. Oh bagi air yassin dan air kelapa.. comelnya kucing tu..

    ReplyDelete
  10. ya boleh cuba tips pak engku ni sebelum membawanya ke doktor....tq babYpose.

    ReplyDelete
  11. Indahnya sebuah nukilan..
    Kalau ikut petua keluarga kakak pun sama guna air kelapa. Usah kata kucing, ayam pun boleh tau.
    Cuma iktibarnya binatang pun ada insan yg sayang tapi ada manusia yg tak sayang anak kandung yg baru dilahirkan hingga dibuang merata-rata... Na'uzubillah..

    ReplyDelete
  12. nukilan drpd pengalaman pak engku sendiri...air kelapa mmg penawar yg baik...mmg sukar kita nk faham sikap manusia yg kurang rasa perikemanusiaannya sepatutnya kasih sayang itu tebal dihati agar dgn rasa kasih sayang mampu melindungi yg memerlukan xkira siapa....tq Kakzakie.

    ReplyDelete
  13. setuju..kasih sayang..walaupun haiwan.. kita harus menjaga antra satu sama lain.. itu hakikat khdupan..
    jgn dikasari haiwan / makluk ciptaan allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kasih sayang itu penawar paling mujarab menyembuh kesakitan...berkasih sayang sesama makhluk Allah sgt dituntut agama...tq Sobri Yaakob.

      Delete
  14. banyak manfaat air kelapa ni.. mulia sungguh hati pak engku.. ikatan kasih sayang dan usaha yang berterusan jugalah menguatkan lagi semangat memeh untuk meneruskan hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya musim panas ni elok minum air kelapa utk sejukan badan...kita dapat rasakan kucing yg sakit itu tambah kuat semangatnya utk hidup kerana belaian kasih sayang pak engku yg tulus ikhlas dari lubuk hatinya...membaca karya2 pak engku kita akan katakan beliau ni sorang pesara guru yg kasar n garang namun hatinya lembut n cpt perasa...tq Mizz Aiza

      Delete
  15. wah lucu sekali kucing2nya...saya pun sama memelihara kucing, tingkahnya memang menggemaskan..
    saya follow blognya ya pak

    ReplyDelete
  16. ya kucing2 comel yg menggembirakan hati kita...terima kasih wewengkon sumedang sudi follow blog karyaku...

    ReplyDelete
  17. comelnye kucing tu. eh manfaat air kelapa untuk ibu hamil memangnye ape saje?

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”