Friday, 14 February 2014

GULAI IKAN SUNGAI...asam rong....sedak pepaleh weh...

ASSALAMUALAIKUM...


Asam Rong



Gambar gulai asam rong di satu majlis kenduri di KampungLubok Payung Mukim Tembeling Tengah Jerantut.
Asam rong atau asam rum merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut,Pahang dan begitu popular di sekitar beberapa perkampungan di dalam daerah ini seperti di kawasan perkampungan kecil iaitu di KampungUlu Tembeling, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Kuala Tahan dan sekitarnya. Kini asam rong mula dikenali hingga ke beberapa daerah dalam negeri Pahang yang lain seperti di Kuala LipisMaranRaub dan Kuantan. Uniknya ialah asam rong ini diperbuat dari biji getah yang dikutip dari bawah pokok getah lalu diproses menjadi asam rong
Sumber wikipedia.


Cara memproses asam rong[sunting | sunting sumber]

Bahan utama yang diperlukan untuk membuat asam rong ini ialah biji getah atau buah perah. Biji getah ini dikutip di bawah pokok getah yang gugur dari pokok-pokok getah yang telah matang. Biji getah ini dikumpulkan lalu dipecahkan kulitnya untuk mendapatkan isi yang berwana putih kerana biji getah ini mempunyai kulit yang keras dan licin.
Biji getah ialah biji yang dihasilkan dari pokok getah yang matang. Biji getah ini berbentuk bulat dan lonjong
Asam Rom
Biji getah ini dikutip di bawah pokok getah dan kesemua biji getah ini dipecahkan lalu isinya dikumpul dan dijemur di tengah panas. Proses penjemuran ini memakan masa 3 hingga 7 hari bergantung kepada keadaan kekeringannya. Setelah kering isi biji getah tadi ditumbuk tetapi tidak terlalu hancur seperti menumbuk kacang untuk dibuat kuahketupat.
Isi biji getah yang telah ditumbuk tadi lalu diperam di dalam bekas yang tertutup rapi dan sedia untuk dimasak. Kebiasaanya asam rong ini boleh bertahan hingga berbulan-bulan lamanya walaupun tidak di simpan di dalam peti sejuk.

GULAI IKAN SUNGAI ASAM RONG.
Bahan-bahannya :
Ikan sungai - ikan kenerak - RM25 sekilo

1.     1 senduk asam rom atau secukupnya. 
2.     1 ekor ikan sungai. Anggaran dalam 1.5 kilo. Biasanya ikan kenerak. Ikan baung, keli, kelah atau tengas pun sedap juga. Daging pun boleh. Apa-apa pun boleh asalkan jangan kayu atau batu udah le 
3.     1 inci kunyit hidup 
4.     1 daun kesum 
5.     20 biji lada atau cili. Ikut rasa. Lagi pedas lagi sedap 
6.     Secekak pucuk Paku. 
7.     1 biji keledek. Sedang-sedang besarnya. 
8.     Terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Ikut suka masing-masing. Kalau tak gemar tak payah bubuh 
9.     Garam secukup rasa 
10.   Kalau ada isi petai kalau suka.
11.  Air secukupnya.

1.     Tumbuk kunyit, lada dan asm rom tadi 
2.     Masuk dalam periuk campur terus dengan ikan dan kacau bagi rata 
3.     Kemudian masukkan air bersama daun kesum dan biarkan seketika. 
4.     Kacau perlahan menggunakan api sederhana kecil. 
5.     Apabila ikan masak, masukkan pucuk paku, keledek, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol dan perasakan  dengan garam secukupnya. 
6.     Biarkan masak seketika dan angkat.

http://jerantutdaily.blogspot.com/2012/01/gulai-asam-rom.html Hidangkan dengan nasi panas. Sedap papaleh deme weh. Uku pedeh uku sedak. Pergggghh ..... belum cuba belum tau.

11 comments:

  1. tak pernah tau pulak biji getah boleh dimakan, boleh buat gulai lagi..asam rom, masam mcm asam keping ke?

    pekat dialek pahang ke tu..papaleh tu apa maknanya?

    ReplyDelete
  2. Sungguh menggugah selera..gulai nya mbak :)

    ReplyDelete
  3. yela nohas kak pun xpernah terfikir biji getah boleh dimakan...tapi org pahang pandai memperosesnya sehingga boleh dijadikan makanan yg sedap...asam rong tu mcm pic di dalam botol tu...ye loghat phg tu pepaleh tu maksudnya sangat r very very...heh...heh..tq nohas.

    ReplyDelete
  4. Pernah jugak dgr pasal biji getah tu..tapi tak pernah makan.....nampak sedap sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya jadi kesukaan org2 di phg ni MP terutama yg tinggal sebelah jerantut, raub n lipis...tq Mulut Payau.

      Delete
  5. baru pertama kali aiza mendengar menganai asam rong ini kak paridah.. pembuatannya sama seperti membuat jeruk juga ya? tentu rasanya sedap selepas dimasak bersama ikan itu ya..

    ReplyDelete
  6. ya...biji getah juga boleh dimakan setelah diperoses ikut turutan tertentu sedap sangat kalau dimasak dgn ikan2 sungai pahang...makanan tradisi phg ni....tq Mizz Aiza.

    ReplyDelete
  7. sepertinya enak ya.. Tapi saya tak suka ikan :)
    ikannya di ganti daging lebih sedap ya, hehe

    ReplyDelete
  8. xsuka ikan ya...tp xberani beri kata pasti diganti dgn daging...bimbang lain pula jadinya....tq Achmad Fazri

    ReplyDelete
  9. sedak popaleh weh...nengok jer dah meleleh air liur keh...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”