Tuesday, 7 January 2014
MENYESAL TAK SUDAH....
ASSALAMUALAIKUM..
pic google untuk hiasan.
"AKU SELALU SILAP BUAT KEPUTUSAN DALAM HIDUP NI..."
"CUBA KAU SEBUT KEPUTUSAN APA YANG SILAP BESAR TU..."
"TU..."
"KENAPA DENGAN SURAU TU? SURAU KITA KAN ELOK CANTIK . TEMPAT BERSOLAT ORANG-ORANG KITA DAN JUGA MEREKA YANG SINGGAH DALAM PERJALANAN...APA YANG NAK DISESALKAN PULA?"
"AKU CUMA MENDERMA SEELA PASIR SAJA..."
"AKU PUN CUMA DAPAT BERI SEKAMPIT SIMEN...HABIS ITU SAJA YANG AKU MAMPU PUN..."
KAWANNYA TIDAK MENYAMBUNG BICARA. HANYA TERDIAM TIDAK BERKELIP MERENUNG SURAU KECIL COMEL YANG DI TEPINYA TEGAK POHON BIDARA YANG RIMBUN. POHON BIDARA DITANAM IMAM SURAU ITU. DAUN BIDARA AMAT PERLU UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH YANG MENINGGAL DUNIA.
'AKU DULU MAMPU UNTUK MEMBIAYAI BINAAN KESELURUHAN SURAU ITU TAPI AKU LEBIH MEMILIH UNTUK MEMILIKI HABUAN DUNIA DENGAN MELABUR SEJUMLAH WANG YANG BANYAK DALAM PASARAN SAHAM INDEKS LUAR NEGARA YANG TIDAKKU KETAHUI UJUNG PANGKALNYA. SUDAHNYA WANG YANG DILABUR, LEBUR LESAP. JIKALAU AKU BIJAK SEDIKIT TENTU WANG ITU TELAH AKU GUNAKAN MELABUR UNTUK HARI AKHIRATKU....
PESANAN USTADZ DI MASJID MASIH KUINGAT ANTARA AMAL KEBAJIKAN YANG KEKAL BERSAMBUNG PAHALANYA SELAGI DIGUNAKAN DAN BESAR FADILATNYA UNTUK MENOLONG KITA DI AKHIRAT SANA KELAK ADALAH:-
1. MEMBINA MASJID/SURAU.
2. MENGAJAR ILMU YANG BERMENAFAAT
3. MENULIS BUKU-BUKU ILMU..
4. MEMBINA KOLAM..
5. MEMBINA JALAN
6. BERSEDEKAH JARIAH.
DAN BANYAK LAGI AMAL-AMAL KEBAJIKAN YANG DILAKUKAN DENGAN IKHLAS BUKAN RIAK.
HENDAK MENYESAL PUN PERKARA ITU TELAH BERLAKU. CUMA HARUS AKU BERINGAT UNTUK TIDAK TERLALU KEDEKUT MELABUR WANG DALAM AMAL KEBAJIKAN KERNA IANYA BERKEKALAN. HABUAN DI DUNIA PERLU SEADANYA.' HATINYA BERDESIS.
Amal jariyah ya bunda ... hehe. Posting artikel yang bermanfaat dan mengarahkan pembaca pada kegiatan berpahala juga termasuk bukan?
ReplyDeletesekadar mencoret bicara minda...tq Fahrizal Mukhdar..
DeleteMohon keampunan drpd Nya. Semoga yg sudah berlalu itu dihapuskn dosa2 itu
ReplyDeleteastaghfirullah...sesungguhnya kita ini adalah org2 yg terlalai n berdosa...tq Khairin annies.
Deletedunia utk menabung saham akhirat..menyesal di akhirat, memang tak sudah..a point of no return..
ReplyDeleteya betul tu...melabur saham akhirat banyak2 agar tiada penyesalannya...tq nohas.
Deleteamal yang tidak pernah terputus dan akan selalu mengalir pahalanya meski sudah tiada
ReplyDeleteya betultu...pahalanya bak air mengalir tidak pernah putus...tq Abdul Kholiq Hasan.
Deletesemoga selalu diberi kebijaksanaan dlm hidup :)
ReplyDeletein sya Allah harus bijaksana mengatur hidup....tq Kang Zeer El-Elwatsi
Deletein sya Allah...terima kasih Muhammad Khairuddin Lim.
ReplyDeleteSatu cerita yang membuat kita termenung sebentar menyelidiki apakah harta-harta yang kita dapat disalurkan ke arah mana. Apakah yang kita belanjakan selama ini ke arah duniawi sahaja ke ataupun ada sedikit ke arah akhirat. Apa pun kata ustaz yang saya dengar dalam satu bicara Rohani, sedekahlah makan pada sesiapa samada kawan opis atau kawan baik pada setiap hari jumaat walau hanya sebungkus nasi lemak kerana fadilatnya sedekah pada hari kumaat bertambah-tambah fadilatnya. Ilmu yang bermanfaat walaupun hanya secebis tapi ianya menjadi ikutan sepanjang hayat juga dapat menambahkan fadilat ke akhirat jika ianya ikhlas di ajar kepada orang lain. Membeli kerusi roda dan disedekahkan pada hospital manfaatnya akan berterusan selagi ada orang yang mengunakannya. Itu dalah secebis yang saya ingat. (lupa baca kat mana)
ReplyDeleteya perlu muhasabah diri berfikir apa yg kurang n perlu tambah n tingkatkan amalan2 baik yg berpehala sbg bekal ke akhirat...pelaburan saham akhirat adalah harta kita yg sebenarnya...bukan harta2 dunia yg semuanya ditinggalkan kpd waris setelah kita tiada...
DeleteAssalamualaikum. Terima kasih atas entry yang bermanfaat ini.
ReplyDeleteKesihatan yang baik bermula daripada makanan. Klik --> Vitamin Suci untuk info lanjut. Terima kasih.
wsalam..terima kasih sudi singgah blog karyaku...tq Vitamin Suci.
Deletenice sharing makcik
ReplyDeleteyes..makcik sharing yg baik2 saja in sya Allah...tq Dwi Alfina.
ReplyDeleteBETUL SGT2 TU KAK
ReplyDeleteMCM KISAH RM1 DAN RM50
RM1 SELALU MASUK TABUNG MASJID
RM50 MASUK SOPIM MALL
Lebih kuranglah tu irfa.....tq Irfa.
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan ini kak paridah... :)
ReplyDeletesama2 mengingatkn diri sendiri sebenarnya idah....tq acik idah.
ReplyDeleteianya juga salah satu pelaburan kita di alam kubur nanti.. ramai yang masih berkira-kira untuk itu.. terima kasih kerana mengingatkan aiza..
ReplyDeletebukan mengingatkan aiza r sesapa tapi lbh utk diri sendiri...terima kasih aiza turut rasa apa yg kak rasa...kita hanya insan biasa n xsempurna mana...
DeleteContoh dan teladan disebalik paparan.
ReplyDeleteMoga kita jadikan iktibar mohon tidak lalai dgn dunia semata-mata.
ya dunia melalaikan kita,semakin dikejar jadi lelah n tanpa sedar dunia meninggalkan kita tq Kakzakie.
ReplyDeletesemoga kita semua beringat akan keperluan mengalirkan wang , tenaga serta tulisan ke arah jariah yg berpanjangan .
ReplyDeletemudah2an sentiasa kita beringat setiap yg kita lakukan keputusan bijaksana dunia n akhirat...tq QV
ReplyDeletesebuah cerita narasi yang menarik untuk di renung dan di simak !!
ReplyDeleteya terima kasih sekafar renungan bersama...tq Ali Taufik sudi singgah blog karyaku.
DeleteCerita yang memberi pengajaran..... Apa yang kita miliki dihari ini....itu bukan milik kita
ReplyDeletein sya Allah...yang kita miliki di dunia xmembawa kemana kecuali harta yg telah dijadikan amal jariah....tq ANAK KUALA.
ReplyDelete