Sunday, 12 January 2014

JKM DAN FAKIR MISKIN....



ALOR SETAR 7 Jan. - Seorang orang kurang upaya (OKU) yang turut menghidapi pelbagai penyakit merayu untuk mendapatkan tempat tinggal setelah beliau dan suaminya dihalau dari rumah sewa mereka kerana gagal membayar sewa.

"Dah seminggu saya dan suami duduk dekat Stesen Bas Shahab Perdana lepas kena halau keluar dari rumah sewa. Sebelum ini kami menyewa di Kampung Aman Timur di Pokok Sena tapi dihalau keluar kerana gagal membayar duit sewa selama dua bulan.

"Kami dah menyewa di situ selama tiga bulan. Sebulan kami perlu bayar RM200 tapi kami tak ada duit sebab saya tak boleh kerja kerana masalah penglihatan dan suami pula sudah berhenti kerja," kata Sazlina Salleh, 38, ketika ditemui di stesen bas tersebut di sini hari ini.

Dia yang hilang penglihatan akibat menghidap penyakit kencing manis turut menghidap penyakit darah tinggi dan bengkak-bengkak pada kaki.

"Bukan sahaja tak berumah, duit untuk makan pun kami tak ada. Kami hanya makan kalau ada orang yang sudi tolong kami, kalau tak ada kenalah tahan lapar sehingga esok," kata Sazlina.

Suaminya, Zainudin Zainun, 49, berharap terdapat pihak yang sudi membantu mereka mendapatkan rumah.
Katanya, sebelum ini dia bekerja sebagai tukang kebun dan bekerja di kedai makan tetapi mengambil keputusan berhenti kerana mahu menjaga isterinya.

"Saya berhenti sebab tak ada siapa yang boleh jaga Sazlina. Saya hantar dia tumpang di rumah kawan, tapi sampai bila nak menumpang orang," katanya.

Zainudin berkata, duit bantuan Jabatan Zakat sebanyak RM400 dan Bantuan OKU Tak Bekerja daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150 tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka.

Penolong Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Kedah, Hassan Ahmad berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu dan mencari jalan bagi membantu pasangan suami isteri berkenaan.
"Kita perlu lihat dahulu bantuan apa yang perlu diberikan kepada mereka dan sekiranya memerlukan bantuan kewangan, kita akan bantu bagi memastikan nasib mereka terbela," katanya. - BERNAMA



ASSALAMUALAIKUM...

PETIKAN BERITA DIATAS SANGAT MENYENTUH HATI KITA. SUDAHLAH MISKIN, OKU DAN SAKIT PULA. TIADA TEMPAT MENGADU. MAKLUM KALAU MISKIN TIADA YANG SUDI MEMANDANG KERNA SI MISKIN TIDAK  PUNYAI APA-APA KELEBIHAN UNTUK DIBERI KEPADA YANG LAIN. MEREKA YANG TIDAK PERNAH MISKIN TIDAK PERNAH TAHU KEPAYAHAN MENJADI MISKIN.

HANYA MENGADU KEPADA ALLAH  YANG SATU, YANG MAHA BERKUASA MERUNGKAI SETIAP PERMASALAHAN KITA. DAN TERPAKSALAH BERURUSAN DENGAN   JKM (JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT)
UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN YANG MERINGANKAN SEDIKIT  BEBANAN HIDUP.

KAWAN-KAWAN DI ALAM MAYA TENTU ADA YANG TIDAK KENAL JKM DAN TIDAK TAHU PERANANNYA MENOLONG SEBILANGAN FAKIR MISKIN DI MALAYSIA SEBAB KAWAN-KAWAN BUKAN TERDIRI DARIPADA KALANGAN FAKIR MISKIN DAN TIDAK PERLU BERURUSAN DENGAN JABATAN KERAJAAN YANG MENGURUSKAN BANTUAN UNTUK FAKIR MISKIN.

NAMUN LANGIT MEMANG TIDAK SELALUNYA CERAH. SEPERTIMANA YANG TERJADI DENGAN PI YANG JATUH MISKIN MENDADAK KERANA MASALAH KESIHATAN DAN LAIN-LAIN MASALAH YANG MENCERUT KEHIDUPAN KELILING PINGGANG DAN STATUS DIRI TURUN KE TAHAP FAKIR MISKIN.  MEMALUKAN MENCERITAKAN KEBENARAN NASIB DIRI BUKAN. TETAPI KENYATAAN HIDUPNYA BEGITU...MENGAKU SAJALAH...

KALA ITU SAWIT BARU DITANAM SEMULA DAN KESEMUA PENEROKA YANG TERLIBAT TIDAK MAHU BERHUTANG WANG SARA HIDUP LAGI DENGAN FELDA. FELDA HANYA MENGURUSKAN PENANAMAN SEMULA SAWIT TAPI BIAYA  SARA HIDUP DIKENDALI PENEROKA SENDIRI. BAGI YANG KUAT SIHAT MEREKA TIADA MASALAH UNTUK BERKERJA MENCARI PENDAPATAN MENYARA KELUARGA TAPI BAGI OKU YANG SAKIT SEPERTIKU MEMANG MASALAH BESAR.

DITAMBAH LAGI DENGAN MASALAH BIAYA ANAK-ANAK DI SEKOLAH MENENGAH DAN UNIVERSITI. HIDUP SEMATA-MATA BERGANTUNG KEPADA WANG SIMPANAN YANG ADA SEDIKIT.
SUSAH SUNGGUH KEHIDUPAN DIRASAKAN TIKA ITU. TANPA TERDUGA MUNCUL PEGAWAI JKM DI MUKA PINTU MEMBUATKU KAGET KERNA SETAHUKU TIDAK  ADA URUSANKU DENGAN JABATAN ITU.

RUPANYA ADIKKU YANG BERTUGAS DENGAN KEMAS YANG MEMAJUKAN PERMOHONANKU UNTUK DAPATKAN BANTUAN. PEGAWAI YANG BAIK BUDI BAHASA ITU BERTUGAS DENGAN JKM MARAN.
SENANG SEKALI BERTUKAR BICARA DENGAN PEGAWAI INI KERANA BELIAU INI SANGAT PRIHATIN DENGAN MASALAH FAKIR MISKIN DAN TAHU MENJAGA SENSITIVITI MEREKA YANG TERGOLONG TIDAK BERADA LAGI HALUS JIWA DAN RENDAH DIRI.

PERMOHONAN ADIK UNTUKKU DILULUSKAN PEGAWAI BERKENAAN. REZEKI ALLAH DATANG SECARA BEGITU UNTUKKU. SYUKUR ALHAMDULILLAH.
ENCIK ROSMAN OSMAN SETIAP BEBERAPA BULAN SEKALI AKAN DATANG KE RUMAH MENGHANTAR WANG BANTUAN JKM. JUMLAHNYA TIDAKLAH BANYAK TAPI CUKUPLAH UNTUK MERINGANKAN BEBANAN KEHIDUPAN. SEHINGGA ANAK-ANAK HABIS BERSEKOLAH DAN EKONOMI KEMBALI SETABIL SETELAH SAWIT YANG DITANAM SEMULA MENGELUARKAN HASIL BANTUAN DIHENTIKAN.

BANTUAN JKM TIDAK BERTERUSAN SELAMANYA. SETELAH KEADAAN KEWANGAN PENERIMANYA KELIHATAN STABIL TIDAK LAGI MELAYAKANNYA MENERIMA BANTUAN JKM. JADI SETIAP PENERIMA BANTUAN JKM PERLU BERUSAHA MEMPERTINGKATKAN TARAF SOSIO EKONOMI AGAR BANTUAN KEPADA MEREKA DISALURKAN PULA KEPADA MEREKA YANG LEBIH MEMERLUKAN.

SELAMA PI MENJADI PENERIMA BANTUAN JKM, JABATAN INI TIDAK PERNAH MENGABAIKAN KAMI FAKIR MISKIN. SEKIRANYA JABATAN INI MENGADAKAN MAJLIS KERAIAN YANG MELIBATKAN KEHADIRAN SULTAN ATAU PEMBESAR-PEMBESAR NEGERI. SENTIASA DIUSAHAKAN AGAR KAMI TURUT SERTA.

PEGAWAI JKM MARAN YANG SANGAT DISENANGI PI DAN RAKAN-RAKAN SENASIB TENTULAH ENCIK ROSMAN OSMAN YANG TERLALU BAIK, BERSOPAN SANTUN DAN BAIK BUDI BAHASANYA. SELAMA HIDUP MEMANG SERING BERURUSAN DENGAN RAMAI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN TAPI KTRAMPILAN MEREKA JAUH BERBEZA DENGAN PEGAWAI JKM YANG SEORANG INI. BELIAU MEMANG LAYAK BERADA DI POSISINYA MENANGANI MASALAH RAKYAT MARHAEN YANG SENSITIF.

TERIMA KASIH JKM/ENCIK ROSMAN OTHMAN YANG PERNAH MEMBANTU MENGURANGI KESUSAHAN PI SUATU KETIKA DULU. JASA BUDI BAIK ENCIK ROSMAN/JABATAN HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALASNYA...SUDAH LAMA TIDAK BERTEMU DENGAN PEGAWAI JKM INI. PERNAH SEKALI TERLIHAT WAJAH MANISNYA DALAM SLOT BERSAMAMU TV3, SLOT YANG MENGISAHKAN KESUSAHAN/PENDERITAAN GOLONGAN FAKIR MISKIN SEPERTI PI...



6 comments:

  1. Itulah peranan JKM...semoga terus membantu insan2 yg memerlukan.

    ReplyDelete
  2. in sya Allah harapannya begitu...tq BM

    ReplyDelete
  3. Seharusnya pegawai kerajaan especially JKM untuk membantu rakyat yang susah... alhamdulillah nasibnya baik kerana berjumpa dengan pegawai yang prihatin dan rajin membantu... selalunya kesalahan bukan pada jabatan kerajaan .. tetapi pada pegawai yang bertugas.. tidak peka dan kadang tu ambil acuh tak acuh jer dengan tugas sendiri... impaknya adalah pada jabatan...

    ReplyDelete
  4. betul tu idah pegawai jabatan harus membawa peranannya dgn baik kerna sikapnya mencerminkan imej jabatanya.....tq acik idah.

    ReplyDelete
  5. Kalau segelintir yg bersikap menyenangkan hatipun dah alhamdulillah tp kalau segelintir yg bersikap tak acuh,keseluruhan jabatan dipandang serong

    entri di atas sekali tu,dh bbrpa kali sy cuba publish komen tp tk dpt...hehe...susah juga nk drop komen di sini sbb sy guna hp je...maaf ye paridah,mata sy tk begitu clear pd huruf@nombor yg kecil

    ReplyDelete
  6. betul tu pegawai2 kerajaan yg berbudi bahasa menyenangkan rakyat berurusan dgn mrk. ..yeke susah nk drop komen wirda...sorry kak ni xtahu sgt nk klik2 ni. kak pun sama mata x berapa awas lagi sbb tu kak suka tulis entry guna caps lock. ...tq Wirda Amir.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”