Thursday, 2 January 2014

9 MIMPI RASULLULLAH SAW...

DATO' IDRIS BUANG MENULIS....

Assalamualaikum kawan2 fb. Sama2 lah kita hayati kisah 9 mimpi Rasullullah S.A.W. yang sangat relevant buat kita semua umat umat Baginda.Semoga kita mengambil iktibar darinya.
Semoga Iman,Amalan,Ibadah,Rasa Syukur,Keinsafan,Kasih & Ketqwaan kita terhadap ALLAH swt bertambah kukuh dengan penuh tawaduq dari hari ke-hari dari tahun ke-tahun.

Selamat Tahun Baru & Salam 2014 kepada semua kawan2 fb,sanak saudara sahabat handai & adik kakak sekalian serta keluarga dimana saja anda semua berada. Aameen & Wassalam.



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

 1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

 2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

 3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 

6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku. 

7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang. 

8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 

9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”

23 comments:

  1. sangat bermanfaat perkongsian mengenai 9 mimpi rasulullah saw ini kak.. menambah ilmu baru untuk aiza..
    p.s: cantik header baru blog kak.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah aiza kita ini bukanlah banyak sangat ilmunya, banyak yg kita pelajari lebih banyak kita tak tahu...kak sekadar berkongsi ilmu mrk yg tahu mudah2an memanafaatkan...tq Mizz Aiza.

      Delete
  2. Semua itu tergantung amal ibadah ya.. Amal baik akan menyelamatkan, sedangkan amal buruk akan menyiksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya amal ibadah yg menjadi bekalan kita di akhirat sana...tq Ahmad Fazri.

      Delete
  3. terima kasih pkongsian sis faridah..semoga kita sma2 saling ingat mengingati ya :) amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes sharing is caring...walau sepotong ayat kita kongsikan manafaatnya....tq Sobri Yaakob.

      Delete
  4. Betapa sayangnya Rasulullah SAW terhadap umatnya, sentiasa mengingati kita agar tidak terlalai. Selawatku keatas Nabi SAW.

    ReplyDelete
  5. ya Rasullullah sgt mengasehi kita umatnya..berselawatlah jgn alpa demi junjungan yg mulia...tq BM...

    ReplyDelete
  6. Kesimpulannya walau apa juga ibadah yg dilakukan biarlah khusyuk, ikhlas dan kerana Allah kerana sesungguhnya hanya amalan kita yang membantu kita di akhirat kelak...

    Selamat tahun baru dari kakak.

    ReplyDelete
  7. YA Amalan2 ibadah harus diperbanyakan n iklas melakukannya in sya Allah..SELAMAT TAHUN BARU Moga langkah hidup lbh lncar n Allah permudahkan semua urusan...tq Kakzakie.

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar !!
    Betapa sayangnya Rasulullah SAW terhadap umatnya,terima kasih atas pkongsian

    ReplyDelete
  9. bertuahnya kita terpilih menjadi umat Rasullullah SAW...subhanallah...tq acik Aku Penghibur.

    ReplyDelete
  10. syukran kerana berkongsi ilmu yg bermanfaat ini...semoga kita istiqomah melakukan kebajikan dgn ikhlas dan menjauhi larangannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sam2...kita kongsi ilmu yg kita yakini kesahihannya....tq nohas.

      Delete
  11. Assalamualaikum bunda Paridah. Salam ziarah tahun baharu. Moga tahun ini lebih baik hendaknya.
    Terima kasih atas perkongsian ilmu dalam entri ini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam anakanda...salam tahun baru...insya Allah kita mohon doa hari ini lebih baik dari semalam...tq wanariahamiza...

      Delete
  12. itulah mengapa seharusnya umat manusia (umat islam) berlomba-lomba dalam kebaikan bukan saling menuduh dan saling menikam dari belakang hanya demi kebahagian duniawi yang hanya sementara

    ReplyDelete
  13. wah indahnya kalimat yg disusun...bunda setuju dgn AKH hidup ni sementara, banyakkan berbuat amal kebaikan sesama kita...bukan sebaliknya...tq Abdul Kholiq Hasan.

    ReplyDelete
  14. salam kak, menyinggah ari ini & terima kasih kerana mendoakan kesihatan saya ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam KA...kak mmg tertunggu-tunggu kunjungan KA..itu tandanya KA dh sht n kembali aktif bw...tq Kesuma Angsana.

      Delete
  15. saya suka yg nombor 9 tu...hanya bersedekah, dpt menghalang api neraka

    ReplyDelete
  16. mimpi Rasullullah itu benar jd kita perlu perbanyakan amal ibadah...mungkin yg mana satu menolong kita terhindar drpd siksaan neraka....tq Khairin annies.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”