Thursday, 5 December 2013

BACK TO BASIC...


Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang mulia.

Berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.
Turut berlaku kenaikan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus.
Empat faktor yang mendorong kenaikan itu adalah disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj); Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj); kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj) serta semakan tanrif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, di sini, sebentar tadi. – bharian.
IKUTKAN TIPS GRAFIK SDRA NORADABI ROSDI; 
1.  BASUH PAKAIAN TIDAK PERLU GUNA MESIN BASUH...SENTAL DENGAN TANGAN SENDIRI, DI TELAGA ATAU DI       GSUNGAI.
2.  KALAU PANAS TAK PAYAH PASANG AIR-COND. ATAU KIPAS ANGIN LETRIK, GUNAKAN KIPAS TANGAN SAJA.

3.  MEMASAK GUNAKAN DAPUR KAYU.

4.  PASANG PELITA AYAN UNTUK MENERANGI KEGELAPAN MALAM...

SANGGUPKAH? PENGALAMAN ITU RAMAI DILALUI KITA YANG TIDAK MENDAPAT BEKALAN ELETRIK SUATU KETIKA DULU DAN KINI PUN MASIH ADA SESETENGAH TEMPAT DI NEGARA KITA MASIH TIDAK MERASA KEMUDAHAN BEKALAN ELETRIK ATAS BEBERAPA FAKTOR. ANTARANYA PERTEMPATAN ATAU KAMPUNG-KAMPUNG KECIL YANG JAUH DI PEDALAMAN DAN TIADA AKSES HUBUNGAN YANG MEMUDAHKAN.

BUKAN SEMUA CERUK DAN PELOSOK NEGARA KITA INI MENIKMATI KEGUNAAN KUASA ELETRIK YANG BANYAK MENYENANGKAN URUSAN SEHARIAN KITA. DAN KITA YANG TERBIASA DIBANTU MESIN-MESIN YANG DIJANA TENAGA ELETRIK MULAI BERKELUH-KESAH DENGAN PENETAPAN TARIF ELETRIK BARU YANG LEBIH TINGGI.

SETAKAT PENDAPATAN SERIBU DUA (BUKAN PULUH RIBU) DENGAN JUMLAH TANGGUNGAN YANG PERLUKAN BIAYA HIDUP YANG BANYAK, BAGAIMANALAH HENDAK MENANGANI KOS HIDUP YANG MENINGKAT SETIAP MINIT. GULA NAIK, TEPONG NAIK, MINYAK NAIK DAN ESOK LUSA TARIF LETRIK NAIK. SEMUA KENAIKAN DENGAN ALASAN YANG RELEVAN.

NAMPAKNYA KENA BERSEDIA BACK TO BASIC.
                                                                                           pic mokcha ariana...tq

12 comments:

  1. hahaha.. gambar last tu best..

    ReplyDelete
  2. gelak2 pagi jumaat...tq pha is sudi singgah laman kak...

    ReplyDelete
  3. teringat masa kecil dulu...letrik sudah ada cuma paip air tiada...mandi guna air telaga..masih terbayang di mata ketika tu...pastu kerajaan bagi pam manual..pakat dok honggak pam pulak..boleh ka nak kembali ke asal...sedih

    ReplyDelete
  4. apa pun yang dilalui di jalan kehidupan kita terpaksa dihadapi juga...sudah tentu tidak mau berpata balik walau mampu melakukannya...sedih teramat....tq Sarah Talib.

    ReplyDelete
  5. mungkin itu yang terbaik, kembali kepada yang asal seperti tahun 80-an dan 90-an dulu.. kini terpaksa redha dengan apa yang akan terjadi pada 1.1.2014 nanti..
    hihi.. lucu pula membaca dialog dalam gambar itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sanggupkah berbalik kpd asal?...jgnkn aiza kak pun setiapkali tengok pic tu kak msti tergelak..pic tu karya sorg rakan fb yg kreatif...tq Mizz Aiza.

      Delete
    2. tak sanggup rasanya.. sekarang ni nak cas telefon pun guna elektrik.. tak termasuk gadget yang lain lagi.. susah nak berjimat sebenarnya..
      memang kreatif rakan facebook kak tu..

      Delete
    3. yelah aiza kita xmungkin menoleh ke belakang, mengulangi silam yg kelam, kena tabah hadapinya walau terpaksa...

      Delete
  6. alasan yg relevan? Saranan pemimpin..ubah gaya hidup..

    ReplyDelete
  7. xtahulah nohas, relevannya di mana, pemimpin2 pun terlebih awal menaikan upah kerja mrk utk mengimbangi belanjawan hdp yg semakin meningkat....jwbnya stagflasi le pula

    ReplyDelete
  8. pasne peti sejuk ngan tv kena jual balik la sebab nak jimat lektrik..hehe

    ReplyDelete
  9. yeke?,,,dh fikir habis tu.....tq Nick Nashram.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”