Thursday, 14 November 2013

LARANYA POLITIK MELAYU...BERPOLITIK BIAR BIJAK...

Laranya Politik Melayu shared Perjuangan Sejati's photo.
Perlukah sentiasa bertanding? 

RIDHUAN TEE ABDULLAH

 11 November 2013 Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sg Limau Kedah telah pun

 diketahui Isnin minggu lalu. Kemenangan berpihak kepada Pas. Apa pun alasan atau 

post mortem yang diberikan, menang tetap menang, kalah tetap kalah walaupun dengan 

kelebihan atau kekurangan satu undi. 

Kali ini Pas mengekalkan kerusi Dun Sg Limau dengan majoriti 1,084 undi. Merosot 

sedikit berbanding PRU13. Pada saya, ia merupakan kemenangan besar Pas walaupun 

ada mendakwa Umno menang dalam kalah, undi Cina meningkat dan berbagai alasan 

lagi. Umno kena terima hakikat bahawa ini PRK bukan PRU. 

Buatlah muhasabah diri segera sebelum kalah lebih teruk dalam PRU14. Jangan terlalu 

memikirkan undi Cina atau lain-lain bangsa meningkat atau tidak. Cari jalan bagaimana 

untuk berbaik-baik dengan Pas. Umno BN tidak mungkin akan mendapat majoriti dua 

pertiga lagi, tanpa sokongan Pas dalam PRU14 akan datang. Jika menang pun, kerusi 

yang bakal dimenangi, tidak akan banyak bezanya dengan PRU12 dan PRU13.

 Lebih membimbangkan jika keputusannya semakin merosot dan akhirnya terus kalah. 

Perkara ini tidak mustahil berlaku, kerana orang Cina telah bulat pemikiran dalam 

tindakan mereka, menyokong parti ultra kiasu. Saya orang Cina, saya tahu apa yang 

berlaku. Umno tidak sepatutnya terus menerus bertanding setiap kali berlaku PRK atau 

kekosongan kerusi Pas. Tidakkah boleh Umno memberikan kemenangan percuma kepada 

Pas, jika dirasakan sesuatu kawasan pilihan raya itu sukar untuk ‘dimakan’.

 Dalam kes Dun Sg Limau, Pas bukannya boleh memerintah jika berjaya mengekalkan 

kerusi tersebut. Saya amat yakin jika Umno berkata: “atas dasar persaudaraan, Umno 

tidak akan bertanding menentang Pas pada PRK Dun Sg Limau kali ini”. Implikasinya 

besar. Mungkin ada kalangan kita yang pesimis dengan pendapat saya ini. Tidak 

mengapa, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. Niat saya satu, saya hanya mahu 

lihat umat Islam kembali kuat. Contoh lain, Umno tidak payah bersusah-payah untuk 

merebut kembali negeri Kelantan dari tangan Pas. Biarkan Pas memerintah sampai bila-

bila sehingga rakyat mereka sendiri mahukan perubahan. Lagipun, selama berada di 

tangan Pas, saya tidak nampak apa-apa kerugian kepada Islam dan Umno. Ingatlah 

wahai Umno dan Pas, busuk-busuk pun kita, kita tetap umat Islam, ibarat carik-carik bulu 

ayam, akhirnya bercantum juga. 

Berbanding dengan kafir harbi yang terang-terang menolak dan menentang Islam. Cuba 

kita buat perhitungan berapa banyak wang mengalir setiap kali PRK dan PRU, hanya 

kerana berlawan sesama sendiri. Bayangkan jika duit kempen tersebut kita gunakan 

untuk membantu fakir miskin dan mereka yang memerlukan atau membiayai apa-apa 

juga projek pembangunan yang diperlukan segera seperti di Sabah dan Sarawak. Pada 

saya, kempen-kempen pertandingan dalam PRU dan PRK di kawasan yang pasti kalah, 

tidak banyak membawa kebaikan. Ia lebih memburukkan keadaan. Kita saling kutuk-

mengutuk dan fitnah-memfitnah. Hati semakin sakit. Saya tidak merujuk kepada Umno 

semata-matanya, juga kepada Pas. Pas tidak perlu bertanding di kawasan kubu kuat 

Umno. Sama seperti MCA tidak perlu bertanding kawasan bandar majoriti Cina ultra 

kiasu. Sampai kiamat pun MCA tidak akan menang melawan ultra kiasu ini. Misalnya, 

kerusi Seputeh, Bukit Bintang, Kepong dan sebagainya. Majoritinya ibarat langit dengan 

bumi. Undi MCA itu kebanyakan hanya datang daripada Melayu. Sebab itu MCA jangan 

perasan dia kuat. Pertandingan dalam PRK dan PRU di kawasan yakin kalah adalah suatu 

pembaziran yang amat nyata.

 Pembaziran adalah sahabat syaitan. Ini tidak termasuk jentera dan tenaga yang 

terbuang begitu sahaja. Jika benar-benar nak merancang dan berstrategi, fikirkan 

bagaimana nak mendapatkan semula negeri Pulau Pinang, milik kerajaan negeri Kedah 

mengikut sejarah suatu ketika dahulu dari tangan ultra kiasu. Kadang-kadang hati naik 

geram juga, wajarkah kita memperuntukkan sebanyak RM2.25 juta untuk empat SJKC di 

Dun Sg Limau yang penduduknya lebih kurang 1,000 orang sahaja? Saya sendiri telah 

mengetuai PIBG di beberapa sekolah, selama 15 tahun, nak dapat RM10,000 setahun pun 

bagai nak mampus, orang kampung kata. Ini senang-senang sahaja kita taburkan di 

SJKC. Kadangkala terfikir juga, elok juga kerajaan hari ini tidak dapat majoriti dua 

pertiga, supaya ada check n balance..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”