MATA ialah jendela hati. Apa yang dilihat oleh mata akan meninggalkan kesannya di hati. Justeru siapa yang tidak mampu mengawal matanya, ia tidak akan mampu menjaga kejernihan hatinya.
Ramai yang menyangka bahawa kita mesti menjaga mata daripada aurat yang terdedah sahaja. Sangkaan ini tidak sempurna. Sebenarnya pandangan mata mesti ditundukkan daripada segala sesuatu yang dapat mengeruhkan hati dan minda, termasuk harta dan kepemilikan orang lain.
Sering kali hati kita menjadi keruh apabila melihat rakan sekerja kita memiliki kereta yang lebih mahal daripada kereta kita. Atau apabila melihat sahabat kita baru sahaja membeli sebuah rumah yang lebih besar daripada rumah kita. Pada saat itu, hasad dengki dan iri boleh bersarang di hati.
Oleh yang demikian, pandai-pandailah mengawal mata. Jangan biarkan ia terlepas tanpa kawalan sebab padahnya kembali kepada kita juga.
Para ulama berkata: "Siapa yang melepas matanya untuk mengamati apa yang ada di tangan orang lain, maka tidak putus-putus kesedihannya."
Jangan kagum
Dalam Islam riak dan mempamerkan harta merupakan sikap tercela. Dan menatap dengan kagum kepada benda-benda yang dipamerkan pun oleh orang sebegini juga tidak kurang tercelanya. Sebab tatapan ini paling kurang membuat kita bersubahat dalam dosa.
Seseorang yang mempamerkan hartanya kerana ingin dikagumi dan dipandang tinggi. Ia suka mata manusia memandangnya dengan kekaguman dan iri hati. Andai ia tahu tiada yang mempedulikannya, tentu ia tidak akan mempamerkan hartanya.
Kagum kepada pemilikan orang lain berasal daripada hati yang cintakan dunia. Siapa yang cinta harta, ia akan kagum kepada pemilik harta. Sebagaimana orang yang cinta ilmu hanya kagum kepada orang yang berilmu.
Justeru, Allah SWT melarang Rasul-Nya menatap harta kekayaan yang dimiliki orang kafir. Sebab perbuatan itu hanya akan membuat mereka selesa dalam kesesatan dan kekafiran mereka.
Allah berfirman: Janganlah sekali-kali kamu menatap kenikmatan hidup yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (orang-orang kafir itu). Dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka. Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman. (al-Hijr: 88)
Yahya bin Yaman bercerita: Suatu hari, aku berjalan bersama Imam Sufyan Al-Thauri. Kami berlalu dengan sebuah rumah yang sangat mewah dan dihias indah. Aku menoleh untuk melihatnya, namun Sufyan melarangku.
Sufyan berkata: "Janganlah engkau melihat ke rumah ini. Sebab ia sengaja dibuat agar dilihat oleh orang-orang sepertimu." (Ibnu Abi Dunia dalam kitab waraĆ¢)
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131119/ba_03/Jaga-mata-jaga-hati#ixzz2l9TUdHuj
© Utusan Melayu (M) Bhd
baru ni saya ada menonton tv..ustaz tu cakap...mata ada 2 jenis.. satu mata lalat dan satu lgi mata lebah...mata lalat mencari keburukan org dan mata lebah mencari kebaikan..
ReplyDeleteYEKE...betullah tu lalat hanya merenung yg buruk dan lebah matanya mencari bunga-bunga indah utk disedut madunya...tq sarah Talib
ReplyDeleteIn Shaa Allah kak !
ReplyDeletein sya ALLAH KA bersama kita menjaganya....tq KA.
ReplyDelete