Monday, 25 November 2013

CARA KAHWIN ORANG KAMPUNG DAN ORANG BANDAR...

ASSALAMUALAIKUM...

PERTENGAHAN NOVEMBER HINGGA BERAKHIR DISEMBER SINONIM SEKALI DENGAN ACARA-ACARA PERKAHWINAN DI MANA-MANA SAJA. MUDAH SANGAT HENDAK TEMUI PASANGAN PENGANTIN SEDANG MERAKAMKAN DETIK BERSEJARAH ITU DI HADAPAN KAMERA DI LOKASI-LOKASI MENARIK LAGI INDAH, UMPAMANYA DI TAMAN TASEK PERDANA.

PASANGAN PENGANTIN TENTULAH MEMPERAGAKAN BUSANA PENGANTIN YANG SARAT DENGAN PERHIASAN, SIAP DENGAN CROWN DI KEPALA WALAU BERTUDUNG LABUH BERAKSI BERSAMA PASANGAN YANG BERTANJAK DAN BERKERIS. SEKALI PANDANG MUNGKIN KITA MEMBAYANGKAN PUTRI DAN RAJA BERKAHWIN PADA ZAMAN DULU KALA DI TENGAH HUTAN BELANTARA.

ITU SEDIKIT GAMBARAN ACARA PERKAHWINAN DI BANDARAYA YANG KULIHAT TERKINI. DI KAMPUNG-KAMPUNG TIDAK PERNAH PULA KULIHAT PENGANTIN SIBUK BERGAMBAR SENDIRI DI MERATA TEMPAT.

SELEPAS BERSANDING DAN SEMUA ACARA PENTING SELESAI, PENGANTIN PEREMPUAN DUDUK MELAYAN TETAMU/SAUDARA-MARANYA BERSEMBANG SAMBIL MENGEMAS, MENCUCI APA YANG PATUT. SEMENTARA PENGANTIN LELAKI BERSAMA PENANGGAH ATAU AJK KENDURI MEMBASUH PERIUK, BELANGA, KAWAH-KAWAH BESAR YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK LAUK KENDURI.

INILAH MASANYA MENANTU BARU MENUNJUKAN KUALITI DIRI KEPADA KELUARGA MERTUANYA. SIFAT RAJIN PANDAI BERBUDI BAHASA DALAM PERGAULAN DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT AMAT DISANJUNG TINGGI.

MENGHADIRI KENDURI DI KAMPUNG-KAMPUNG MEMANG BERBALOI DENGAN DOOR GIFT YANG DIBERI KEPADA TETAMU. PENUH SEJABIR KATA ORANG PAHANG DIISI DENGAN BUNGA TELOR, KUIH-KUIH KERING DAN BASAH DENGAN AIR MINUMAN LAGI. KALAU YANG MEMBANTU MEMASAK DAN MENGURUS MAJLIS TUAN RUMAH AKAN SEDIAKAN NASI, LAUK-PAUK JUGA HADIAH UNTUK DIBAWA PULANG.

DI BANDARAYA NI JEMPUTAN PERKAHWINAN BIASANYA DIADAKAN DI DEWAN-DEWAN ATAU DI HOTEL TERNAMA. CUMA DATANG MAKAN DAN BAWA HADIAH. TETAPI TIADALAH DIBEKALKAN KUIH-KUIH ATAU BUNGA TELOR TANDA TELAH MENGHADIRINYA NAMUN ADA JUGA HADIAH KECIL.

NAMPA KNYA PERKAHWINAN YANG BAKAL BERLANGSUNG ANTARA PEREKA FESYEN TERKENAL JOVIAN MANDAGIE DAN PASANGANNYA NINA SABRINA ANAKANDA MENTERI PERTANIAN INDUSTRI ASAS TANI DATO' SERI ISMAIL SABRI YAAKOB PADA 11 DISEMBER DI ISTANA NEGARA LAMA TERNYATA KEMEWAHANNYA PABILA KAD JEMPUTAN KAHWIN SAJA TURUT DISERTAKAN SEBOTOL PERFUME.

PIC ROTI KAYA

APALAH YANG NAK DIHAIRANKAN YER...MASING-MASING PUNYAI KEUPAYAAN BERBEZA-BEZA DALAM MERAIKAN MOMEN INDAH PERKAHWINAN YANG BERLAKU SEKALI SEUMUR HIDUP MUDAH-MUDAHAN IN SYA ALLAH SESEMPURNA MUNGKIN...


15 comments:

  1. belum nikah dah ada pre-wedding photoshoot..mcm2 zaman sekarang ni..too westenized..

    bersederhana, yg penting keberkatan majlis dan perkahwinan..

    ReplyDelete
  2. yeke...semuanya advance yer kalau mampu semuanya nk dibuat yer....tq nohas

    ReplyDelete
  3. seeloknya besederhana saja di dalam berbelanja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg perlu bersederhana dlm berbelanja sbb bukan sikit2 duit belanja kenduri nikah kahwin ni...tq Mizz Aiza.

      Delete
    2. jika di kampung pada masa dulu meriah apabila semua jiran dan sanak-saudara berkumpul untuk menjayakan majlis perkahwinan.. sekarang semuanya mudah, hanya bayar dan semuanya disediakan.. tapi kemeriahan itu tentunya semakin berkurangan..

      Delete
  4. Rasanya kemeriahan di kampung lagi terasa jika kenduri kendara dimeriahkan dengan pertolongan gotong-royong orang kampung. Terasa macam jalinan ukhwah sesama jiran tersimpul rapi disambil sibuk menolong sambil bercerita bergurau senda sesama jiran. Rindu sangat zaman itu

    ReplyDelete
  5. kenduri kendara di kampung msh lg secara gotong royong, saling bantu membantu, siap berbagi kerja utk melancarkan majlis dgn mesyuaratnya, silaturahim seisi kampung terjalen erat mesra n meriah suasananya.....tq notie.

    ReplyDelete
  6. salam..
    betul memng beza kenduri bandar dan kampung.. sbab kat kmpg saya skrg..pengantin lepas bersanding. ambil gambar2 sikit..lpas tu tgok2 dah kat blakang umah..
    tengah menyental periuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan betul apa yg kak tulis tu.....tq Sobri Yaacob.

      Delete
  7. majlis kawen sy simple je kak
    tgk majlis org sekarang..rasa malu nak tgk album kawen sdiri
    maklumle rx de salin baju banyak kali.gambar kat taman pun xde
    hehe.apapun semoga mahligai cintai kami bahagia hgga ke syurga
    in sha Allah

    ReplyDelete
  8. xpalah irfa....acara perkahwinan yg simple menyusahkan sesiapa tp irfa tetap bhgia dlm khdupan brumahtangga bersama suami n anak2 tersayang. dlm prkhwinan tiada yg lebh penting melainkan kebahgiaan. xsemestinya cara khwin yg grand tu penentu hdp akn datang...tq irfa.

    ReplyDelete
  9. yg pastinyer,, cuti2 sekolah berderet2lah org buat majlis kahwin ni x kira di bandar & kampung kan kak !

    ReplyDelete
  10. yelah KA musim kenduri kahwin ni xyah susah2 masak...gantung periuk....tq KA

    ReplyDelete
  11. yg penting kak, usah membazir. yg x berupaya, ukurlah baju dibadan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mesti ukur baju dibadan sendiri...kalau mampu nk buat majlis kenduri kahwin 7 hari 7 mlm pun boleh xde yg nk larang....tq Khairin annies...

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”