Friday, 29 November 2013

ACAR LIMAU NIPIS BELIMBING BULUH.....

BAHAN-BAHAN:
  • 1kg jeruk buah limau nipis
  • 500gm jeruk buah belimbing buluh
  • Sedikit minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
  • 500gm buah kurma | dibuang biji
  • 500gm bawang besar
  • 100gm cili kering
  • 1 sudu makan jintan manis
  • Sedikit gula merah dan garam secukupnya
  • Setengah cawan cuka.


CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan jeruk limau dan jeruk belimbing serta perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
3. Biarkan masak dengan api sederhana hingga pekat dan mesra.
4. Angkat dan biarkan sejuk.
                                                         PIC GOOGLE...
ACAR LIMAU BELIMBING



LIMAU ACAR
ASSALAMUALAIKUM...

ADA YANG TAHU CARA MEMBUAT ACAR LIMAU NI, TAPI RAMAI YANG TAK TAHU...
ACAR LIMAU NI MEMANG KEGEMARAN PI TERUTAMA PADA BULAN PUASA DAN ADA YANG MENYEDIAKANNYA PADA KENDURI PERKAHWINAN DI KAMPUNG-KAMPUNG.
MEMBUAT ACAR LIMAU KALAU TIDAK MAHU MENGGUNAKAN LIMAU NIPIS JERUK, BOLEH DIREBUS LIMAU YANG DIBELAH DUA DENGAN MENCAMPURNYA DAUN JAMBU BATU ATAU DAUN KAPAL TERBANG UNTUK HILANGKAN RASA PAHITNYA. 

JERUK BELIMBING KERING, CARA MEMBUATNYA DENGAN MENGGAULKAN GARAM KEPADA BUAH BELIMBING DAN MENJEMURNYA DI PANAS MENTARI SEHINGGA KERING.

2 comments:

  1. salam..
    acar ni memng sedap makan,..
    tambah bila nak bsahur..berselera..makan dgn
    nasi kosong pun dah ok..

    ReplyDelete
  2. wsalam...wah memang selera org lama bi...tq Sobri Yaacob.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”