Tuesday, 8 October 2013

SERONOK KAHWIN DUA USTADZ?

SEORANG USTADZ YANG SERING DATANG MEMBERI KULIAH AGAMA DI SURAU KAMPUNGKU MEMANG DISENANGI KERANA KEPETAHANNYA BERCERAMAH YANG TIDAK MENJEMUKAN DENGAN MENYELANGSELIKAN ILMU YANG ILMIAH BERSERTA KISAH-KISAH SEMASA YANG MENARIK TUMPUAN.

BELAJAR AGAMA DALAM ISTILAH ORANG KAMPUNG MENDENGAR USTADZ BACA KITAB DI SURAU/MASJID KALAU TIDAK KENA GAYA PENYAMPAIANNYA MEMANG AKAN MEMBUAT PENDENGARNYA TERTIDUR. DITAMBAH TERPAKSA DUDUK BERTIMPUH/BERSILA DI LANTAI SURAU/MASJID. LENGUH SELURUH TUBUH DIBUATNYA.

USTADZ INI SEORANG IMAM MASJID DI RANCANGAN FELDA BERHAMPIRAN SELALU DIUSIK MAKCIK-MAKCIK YANG SEUSIA DENGAN BELIAU ATAU LEBIH MUDA DARIPADANYA LANTARAN BELIAU INI BERPOLIGAMI.

"SERONOK KAHWIN DUA USTADZ?" USTADZ TERSENGIH SEBELUM MENJAWABNYA.
"BIASA SAJA...TAK SERONOK MANAPUN."
"MANA BOLEH TAK SERONOK, KALAU TAK SERONOK USTADZ TAK KAHWIN DUA..." CELAH SEORANG MAKCIK DENGAN MAKSUD MENGGIAT. MAKCIK-MAKCIK LAIN YANG MENJADI PENUNTUT-PENUNTUTNYA TERSENYUM SIMPUL MELIHAT GELAGAT USTADZ YANG SERBASALAH DIASAK PERTANYAAN YANG MENYANGKUT PERIBADINYA.

"KAHWIN DUA NI TAK SERONOK SEBENARNYA. BESAR TANGGUNGJAWABNYA. SUSAH NAK BERLAKU ADIL WALAU BERUSAHA SUNGGUH-SUNGGUH. SAYA NI WALAU DAH AGAK LAMA KAHWIN DUA TAPI ISTERI-ISTERI LANGSUNG TIDAK PERNAH BERTEMU MUKA. WALAU MEREKA TIDAK BERPERANG TETAPI DALAM HATI MASING-MASING MEREKA MENYIMPAN PERASAAN TIDAK MENYENANGI SATU SAMA LAIN..."

"KALAU USTADZ KATA GITU NAPA USTADZ KAHWIN DUA?"
"NAK BUAT LAGU MANA DAH JODOH SAYA...SAYA KENALAH TERIMA..."
"AIKK SEBAB JODOH PULAK.."  BISIK SEORANG MAKCIK KEPADA MAKCIK SEBELAHNYA SAMBIL GELAK-GELAK KECIL.

"NASIHAT SAYA LA KALAU SUAMI KITA MINTA IZIN NAK KAHWIN LAGI JANGANLAH BERI, WALAU JANJINYA MACAM-MACAM. JANJI-JANJI ORANG YANG NAK KAHWIN DUA MEMANG MANIS TAPI TAK MUNGKIN DITUNAIKANNYA."

'BEGITU YER USTADZ ...ATAU USTADZ BERCAKAP SEMATA-MATA NAK MENYEDAPKAN HATI PENUNTUT-PENUNTUTNYA WANITA-WANITA DEWASA YANG TIDAK MENYENANGI POLIGAMI WALAU HALAL.  DI SATU SISI PERLU DIPERAKTIKAN DALAM KEADAAN TERTENTU DENGAN  ALASAN TERTENTU.'

NAMUN KEADILAN SEBENAR MELIBATKAN JIWA SUKAR TERLAKSANA SEBAB ITU ADA KISAH BAGAIMANA SAIDATINA AISHAH BERKECIL HATI APABILA BAGINDA RASULLULLAH SAW TERBAYANGKAN ISTERINYA SAIDATINA KHADIJAH YANG TELAH WAFAT APAKALA TERPANDANGKAN ADINDA UMMUL MUKMININ ITU...


pic imeline...


MENGAPA PULA ADA GAMBAR RIMAU DAN ANAK-ANAK KECILNYA YER...FIKIR-FIKIRKANLAH.....

6 comments:

  1. Jodoh pertemuan itu rahsia Allah SWT..tapi bagi mereka yg mengalaminya memang perit untuk ditelan...sakit hati, sakit jiwa mengenangkannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...jodoh pertemuan berlaku dengan takdir-Nya..pahitnya tak tertelan, peritnya tertanggung walau redha sekiranya begitu kehendak-Nya....tq nohas.

      Delete
  2. madu itu manis..tapi pahit ditelan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg manis tu madu ema....yg pahitnya dimadukan....tq ema

      Delete
  3. itulah pasal, susah nak cakap bab2 jodoh ni kan !

    ReplyDelete
  4. Yelah KA nasib masing-masinglh tu...tq KA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”