Monday, 29 June 2015

SELIRATAN CINTA BAB 36/37



“Betul. Masa sarapan tadi dia beritahu mama. Mulanya bila mama ajak dia marah-marah..
“Betul ke ayah kata dia hendak datang ke sini dengan mama? Bila dia cakap?” Suara pertanyaan Rizal dibawa arus gelombang udara sehingga ke hujung gagang telefon yang terlekap di kuping telinga mamanya.Mulanya dia marah.. Dia suruh mama pergi seorang diri. Lepas tu dia dapat panggilan telefon, katanya projek besar dia dapat. Dia bukan main seronok. Lepas tu dia kata dia akan bawa mama ke RSJ jumpa Rizal tidak lama lagi.” Majmin melampiaskan kegembiraan yang membuak di dadanya kepada anak kesayangannya.
Nampaknya suami yang dicurigai kesetiaannya terhadapnya ternyata masih sayangkannya. Keraguan terhadap kasih suaminya kepadanya semakin sirna.
“Iya ke? Tapi mama…Rizal nak mama bersedia. Bila Rizal telefon suruh mama ke sini, mama datang ya.” Ujar Rizal menggesa.
“Hah! Kenapa pulak?” kekeliruan yang mengacau benaknya membuat matanya bulat terjegil. ‘Apa hal pulak anak aku ni. Macam ada rencana yang tersembunyi saja.’
“Tak payah soal banyak-banyak mama. Mama tunggu saja arahan dari Rizal nanti ya. Okaylah mama, jaga diri baik-baik ya. Assalamualaikum.” Rizal meletakan gagang telefon dengan cermat ke tampuknya. Pintu pejabatnya terkuak sedikit. Fareez membawa tubuhnya ke arah Rizal dengan ukiran senyum kecil. Rizal membalasnya dengan kuntuman senyum yang lebar.
“Aku rasa ‘pelanduk sudah hampir masuk jerat.’ Ujar Fareez. Telefon di mejanya berdering tiba-tiba. Fareez mengerlingnya. Rizal mengangkatnya kalut.
“Fareez? Siapa yang call tu? Okay…okay pass the line.”
Rizal menekan ‘speaker phone.’
“Encik Fareez please...”
“Iya...ya saya cakap ni.”
“Saya sudah beli cincin berlian untuk Anita. Kalau dia tengok mesti pengsan terkejut. Awak memang hebat. Habuan awak akan saya bawa sama nanti.” Fareez tersengih-sengih mendengar suara yang dibalut dengan kegembiraan yang bulat itu.
“Tidak payah susah-susah Datuk.” Lakonan Fareez yang bersungguh-sungguh itu membuatkan Rizal menjuihkan bibirnya. Meloya tekaknya mengingatkan perangai ayahnya yang tidak logik diterima akal sihat itu baginya.
“Bila Rizal balik KL?” Fareez melontarkan pandangannya kepada Rizal sambil jari telunjuknya menunjuk gagang dan menghala pula ke arah Rizal.
“Dua hari lagi Datuk.”
“Kenapalah dia tidak balik hari ni saja. Saya ni sudah tidak sabar-sabar lagi hendak ke sana bertemu Anita.” Datuk Shaari menggumam perlahan bagai ‘baung di bawah bangkar.’
“Releklah Datuk. Saya tidak mahu dia curiga apa-apa. Lagipun dua hari lagi Anita habis shooting. Saya dah buat persiapan yang Datuk suruh tu. Saya lakukan sehabis baik.”
“Ye ke? Buat canggih-canggih tau! Saya sanggup berhabis...tidak mengapa.” Datuk Shaari mempertaruhkan seluruh kepercayaan terhadap Fareez yang hanya dikenalinya beberapa hari lalu lewat telefon untuk melaksanakan semua impiannya agar menjadi kenyataan.
“Kalau ada apa-apa jangan teragak-agak hendak call saya. Saya akan sentiasa buka handphone saya 24 jam. Ok. Bye.”
“Bye Datuk.” Rizal tersenyum lunak membalas pandangan Fareez yang baharu saja selesai melakukan tugasan penting yang tidak pernah dibuatnya.
“Hah...macam nilah bagus. Ini tidak bila dengar saja suara ayah kau dah mula bengang tidak tentu arah.” ‘Tapi aku yang semput Rizal. Ayah kau ni betul-betul menyusahkan aku.’
You’re the brother I never had, Fareez.” Rizal memeluk Fareez. Tergenang air jernih di kelopak matanya dijentik perasaan aneh dari lubuk jiwanya yang menguasainya. Kerana telah terjalin hubungan silaturahim yang akrab antaranya dengan seorang insan sehingga boleh dianggap sebagai saudara sendiri.  Fareez menolak pelukan Rizal lembut.
“Ah sudah…ketepikan dulu babak emosi ni. Kita jalankan babak seterusnya pula.” Fareez tersengih bangga kerana rancangan yang diaturnya semakin menampakan hasil yang diingini. Rizal kawannya ini semakin ceria kehidupannya dan tidak lagi bermurung memikirkan persoalan mama dan ayahnya.

                                                     

                                                   37.
                                                     

Anita sedang membaca sebuah majalah di coffee house. Sendirian. Ramai pengunjung coffee house itu yang menjeling ke arahnya. Mengintai-ngintai perbuatan dramatis yang dikenali lewat drama lakonannya di TV.
Anita tidak mempedulikan itu. Ada juga yang menegurnya. Dia membalasnya dengan haii… dan memberikan senyuman manis. Kelibat Rizal terimbas di matanya di antara orang-orang yang berada di muka pintu. Tangannya  melambai ke arahnya. Rizal segera mendekatinya. Dan tersenyum kepadanya.
“Hai...baca apa tu?” Rizal menarik kerusi dan menghenyakan ponggongnya di atasnya. Dia meninjau sepintas lalu pada majalah yang sedang dibelek Anita.
“Newsweek. Saya beli di kedai buku tu siang tadi. Sibuk sangat seharian shooting tidak sempat pula hendak dibaca. Hari ni ada masa yang luang sikit dapatlah saya membacanya.” Anita menyelak lembarnya yang lain setelah usai membaca artikel tentang percaturan ekonomi global.
Kemelesetan ekonomi seluruh dunia sedang menunjukan tanda-tandanya akan menurunkan tabirnya tidak lama lagi. Demikian antara isi rencana yang disiar.
“Wow.. that’s some heavy reading.” Rizal menelah begitu dengan kagum. Dia sama-sekali tidak menyangka seorang gadis dramatis tempatan mampu membaca artikel English yang berat dan perlukan penguasaan bahasa Inggeris yang mantap.
“Newsweek awak kata bahan bacaan berat?” Anita tertawa.’Jangan pandang orang sebelah mata.’ Dia merasa Rizal sedang memperlekehkan kewibawaannya.
“Rizal tidak tengok lagi librari mini saya di rumah. Awak mesti tidak sangka saya. baca bahan bacaan macam tu.” Rizal merenungi Anita. Menyeluruhi sekujur tubuh itu. Padanya Anita seorang gadis cantik,  terpelajar dan bijaksana. Bertuah sungguh mana-mana lelaki yang berjaya menaluki hatinya. Dia tidak teringin ke? Hatinya bertanya. Dan terus bertanya. Jawapannya hanya ada dalam dirinya. Belum lagi tergamak hendak memutuskannya.
 "Tiga hari lagi saya habis shooting." Rawan suaranya mengenangkan insiden yang akan dilaluinya.
“Hey janganlah sedih. Kalau boleh saya pun tak nak tinggalkan pulau ni. Tapi…sini ada kerja koson“Tiga lagi Anita habis shooting…entah bila kita dapat jumpa lagi?”
Halusg tak?” Sinar mata Anita mencerlang menikam anak mata Rizal yang terpana hendak memberikan kepastian.
“Tentang itu, Anita kena tanya ‘Manager’ kita, Encik Rizal. Tapi saya lupa hendak tanya, Anita ni grad dalam bidang apa?”
“LCCI...tapi agaknya tidak tercapai hasrat saya hendak jadi akauntan. Akauntan yang ada pengalaman pun ramai yang menganggur.”
“Akauntan...” Rizal terkejut. Bagaimana tidak terkejut kerana seorang yang berjaya memperoleh ijazah dalam bidang yang mencabar dan sangat kritikal ini tidak mampu menjawat jawatan yang bersesuaian dengan keupayaannya. Sungguh pelik.
Sedangkan keadaan ekonomi negara semakin pulih dari kegawatan sepuluh tahun lalu dan perkembangan fiskal yang sentiasa melonjak grafnya hari demi hari. Barangkali juga kerana pertambahan IPT (Intitusi Pengajian Tinggi) awam dan swasta yang semakin banyak di seluruh negara dan setiap tahun melambakan para graduan di pasaran pekerjaan. Persaingan untuk mendapatkan perkerjaan yang seimbang dengan kelayakan bertambah sengit jadinya.
Anita adalah salah seorang darinya yang kecundang meraih kerjaya tetap selepas grad dalam masa terdekat. Rizal berfikir begitu.
 “Kenapa terkejut? Bukan ke saya dah kata selepas grad saya menganggur enam bulan. Mahu tidak mahu saya terpaksa cuba bidang ini. Lagi pun saya nampak bidang ni boleh buat duit. Fareez, bukan saya seorang saja artis yang ada ijazah. Ramai lagi. Ada yang heboh beritahu press... but not me. Sebab saya tidak akan lama dalam bidang ni.”
“Ala kalau Anita tidak dapat kerja pun bukan ada masalah. Anita kan ada Datuk ‘Darling’ yang menunggu!” Rizal tersengih. Selamba menuturkan. Anita yang tersentak. Wajahnya berubah. Masam mencuka.
“Kalau awak cakap lagi pasal Datuk tu, saya tidak mahu lagi bercakap dengan awak. Kalau saya hendak mewah, hendak kaya, saya tidak mahu menumpang kekayaan dan kesenangan orang lain. Saya akan berusaha sendiri untuk mendapatkannya. Tuhan memberi kita kudrat dan akal fikiran yang sempurna. Kita hanya perlu menggunakannya sebaiknya. ” Nada suaranya tidak lunak lagi. Rizal pula yang serba salah kerana keterlaluan bicara tanpa memikirkan risiko akhirnya.
“Maaf Anita…saya minta maaf banyak. Mulut saya ni memang lancang melulu. Bercakap tak teringat nak tapis dulu.” Sejuk hati Anita mendengar permintaan maaf yang bersungguh-sungguh dari Rizal. Lelaki ini memang seorang yang budiman. Cepat menyedari kesilapan diri dan berbudi luhur. Anita sukakan apa yang dilihatnya terpamer di luar diri Rizal.
Its okay. Tak mengapa. Saya suka sangat berkawan dengan Fareez. Pada saya there’s something special about you. Saya tidak suka Sarina asyik membanggakan Encik Rizal. US graduate kononnya. So what? Ijazah sebenarnya hanya sekeping kertas. Apa yang ada di atas ni lebih penting.” Anita menunduk dan menunjuk jari ke kepalanya. Rizal terkesima. ‘Mengata Fareez ni, tapi aku juga yang terkena.’
“Awak salah Nita. Ijazah juga penting. Tapi saya ni tidak ada apa-apa yang hendak dibanggakan. Hanya seorang anak peneroka yang lulus setakat SPM.”
“Janganlah merendah diri sangat Fareez. Hina ke jadi anak peneroka yang lulus setakat SPM? Saya pun anak orang susah. Lebih berkat hidup sederhana dan tidak menyusahkan sesiapa. Saya ni kalau diberi pilihan saya lebih suka orang macam Fareez.” Dia tersipu malu kerana tertuturkan perasaan yang berladung di hatinya.
Dia tertunduk dan kembali menyambung kata-kata untuk meneutralkan keadaan. Rizal ternanti-nanti ucapan Anita. Hatinya berdebar dilambung perasaan yang sungguh asyik. ‘Aku juga akan memilihmu walaupun terlalu banyak pilihan.’
“Memanglah kalau kita kaya, banyak duit cinta pun boleh dibeli. Macam Datuk Shaari, dia cuba pikat hati saya dengan hadiah-hadiah mahal. Balik KL nanti saya akan pulangkan semuanya.”
“Tadi Nita marah sangat saya sebut pasal Datuk. Sekarang Nita pula yang sebut. Aneh?” Anita tersengih kerana kesilapannya ‘laksana meludah ke langit.’ Terpaksa pula mencari alasan konkrit agar Rizal tidak terkeliru dengan hakikat fakta sebenar.
“Saya marah sangat padanya. Terpaksa juga disebut namanya. Nanti Fareez tidak tahu pula siapa yang saya maksudkan. Macam mana agaknya perasaan Datin. Tentu makan hati berulam jantung dapat suami berperangai macam tu. Kalau boleh Nita hendak jumpa dia. Hendak terangkan bagaimana perangai Datuk ni kepadanya. Supaya dia banyak-banyak bersabar dan berusaha mengawasi Datuk demi mengekalkan kebahagian rumah tangganya.” Naluri wanita Anita lirih menuturkan. Bersimpati. Sekaligus empati.
Rizal terkedu. Dia teringatkan mamanya yang makan hati berulam jantung kerana olah ayahnya. Namun langsung tidak terpamer pada riak di wajahnya. Walakian Rizal tahu segala-galanya tetapi mamanya tidak menyedarinya.
Dia leka meneruskan kehidupan seadanya seakan tiada apapun mengusik dan mengganggu jiwanya. Tetapi di dalam hatinya tiada siapa yang dapat menerokanya dan mengetahui apa yang menyarati isi kandungannya..

                                                 

16 comments:

  1. Baiknye anita.. Jrg d dunia nyata begitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. watak yg direka begitu ladybird...realitinya ada tapi kurang...tq.

      Delete
  2. menarik sis..
    salam ramadhan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tamadan sobri..tq...biasa2 saja tu .

      Delete
  3. Dah sampai bab 36 dan 37.....kejap aje
    Maaf lama tak singgah..busy ciket sekarang :(
    Selamat berpuasa K.Paridah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh nak hbs pun fidah...salam ramadan fidah...tq

      Delete
  4. Tak sabar untuk nantikan episod seterusnya...

    ReplyDelete
  5. Betapa luhurnya hati Anita..

    ReplyDelete
  6. Jengjengjengg...episod seterusnya..

    ReplyDelete
  7. Eh... ini dah tersiar sebalum ini. PI dah tersiar dua kali kakak rasa sebab kakak dah baca ini.
    Kakak tak pernah tinggal walau satu siri pun tau hihi...
    Tak apa kakak nak tahu selepas ini apa jadi datuk dgn datin selepas anak bujangnya merancang dgn Fareez..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kak zakie ..tersilaplah tu..tq kakzakie.

      Delete
  8. Gatai btui datuk tu huhu.. mesti Anita ni seorang yg menawan hehee.. :) :)

    ReplyDelete
  9. heh..heh..artis mestilah cantik jelita n jadi kegilaan datuk2...tq khir khalid

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”