Monday, 20 January 2014

BAWANG PUTIH BAWANG MERAH/LAILA MANJA VERSI ERA KINI....

ASSALAMUALAIKUM......


KEDUA-DUA FILEM MELAYU HITAM PUTIH ITU MEMPUNYAI PLOT DAN TEMA CERITA YANG SEAKAN. MENGISAHKAN ANAK-ANAK YANG DERITA DISIKSA IBU TIRI DIAKHIRI DENGAN KARMA ALLAH IAITU YANG BAIK TETAP DIBALAS BAIK DAN YANG JAHAT MENERIMA HUKUMANNYA YANG SETIMPAL.

SEDIKIT INFO MENGENAI BAWANG PUTIH DAN BAWANG MERAH YANG SERING DIGUNAKAN DALAM MASAKAN KITA; KATA SEORANG USTADZ KEDUA-DUANYA MEMANG TIDAK BOLEH DIGABUNGKAN DALAM MASAKAN KERANA AKAN MEMBERI KESAN YANG TIDAK BAIK KEPADA KESIHATAN.
BETAPA BIJAK DAN TAHUNYA ORANG-ORANG DULU MEMBUAT ANOLOGI PADA SESUATU KISAH, MENGADAPTASIKANNYA DALAM KARYA BAWANG PUTIH BAWANG MERAH UNTUK MENGGAMBARKAN KETIDAKSESUAINNYA BERSAMA.

TAPI MASIH ADAKAH LAGI IBU TIRI YANG TIDAK BERHATI PERUT DAN HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI SEMATA? KAN ZAMAN SUDAH JAUH BERUBAH....MASAKAN CERITA LAPUK ERA TIDAK BERTAMADUN ITU MASIH BERULANG. MANUSIA JUGA SEMAKIN SEHARI SEMAKIN BIJAK MENENTUKAN BAIK DAN BURUK SESUATU....KAN BARU NI ADA BERLAKU INSIDEN IBU TIRI MENYIKSA ANAK TIRINYA DENGAN CILI API....KEJAM SEKALI.

WALAU APAPUN ANDAIAN KITA TENTANG IBU TIRI ERA BARU YANG LEBIH POSITIF SIFATNYA NAMUN HARUS JUGA BERHATI-HATI SEKIRANYA TAKDIR HIDUP BERSUAMI-ISTERI TIDAK PANJANG JODOHNYA DAN BERAKHIR DENGAN PERCERAIAN DAN ANAK-ANAK PASTI MENDAPAT IBU TIRI SETELAH BAPA MEREKA BERKAHWIN LAGI.

PADA PEMERHATIAN DAN PENGALAMANKU, SEBAIK MANAPUN IBU TIRI KEPADA SUAMINYA BAPA KEPADA ANAK-ANAK TIRINYA, TIDAK MUNGKIN DAPAT DITUNJUKAN SEMUA ITU KEPADA ANAK-ANAK TIRINYA. LAKONANNYA MENGALAHKAN WATAK NORMADIAH MAKTIRI KEPADA LAILA MANJA. RAMAI YANG BERFIKIR TAK MUNGKIN BERLAKU BEGITU.

APA YANG KITA FIKIR TIDAK MUNGKIN ITULAH YANG BESAR SANGAT KEMUNGKINANNYA. JADI JANGAN PERTARUHKAN NASIB MASA DEPAN ANAK-ANAK DENGAN MENYERAHKAN MEREKA KEPADA PENJANGGAAN BEKAS SUAMI YANG AKAN BERKAHWIN LAGI KELAK.

BIARLAH BERSUSAH SEDIKIT DEMI ANAK-ANAK WALAU TERPAKSA MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN KERNA TERPAKSA MENYARA ANAK-ANAK. DAN MEMBERI HAK PENJAGAAN KEPADA BAPA MEREKA ATAU DENGAN TUJUAN HENDAK MENYUSAHKAN SUAMI DAN ISTERI BARUNYA. SUDAHNYA KELAK KITA YANG SUSAH PABILA ANAK-ANAK YANG TERABAI TANPA DIDIKAN SEMPURNA MEMBAWA PELBAGAI MASALAH MEREKA KEPADA KITA SETELAH MEREKA DEWASA.

ANAK-ANAK KINI TERDEDAH DENGAN GEJALA ANTI SOSIAL YANG KRONIK SUKAR TERSELESAIKAN SEPERTI PENYALAHGUNAAN DADAH MEMBAWA KEPADA PELBAGAI LAGI MASALAH YANG BEREKORAN DENGANNYA.

REZEKI ANAK-ANAK ITU ALLAH TELAH SEDIAKAN DAN MENURUT ISLAM JUGA ANAK-ANAK YANG BELUM MUMAIYIZ ITU BERHAK DIPELIHARA/DIDIK IBUNYA SEJATI. KECUALILAH IBUNYA TELAH TIADA.

BERSUSAH-SUSAHLAH DAHULU AGAR KELAK NANTI TIDAK KESAL BERPANJANGAN DISEBABKAN TERASA TELAH MELAKUKAN KESILAPAN YANG SUKAR DITEBUS.

APAPUN TERPULANGLAH KEPADA MASING-MASING BAGAIMANA MENENTUKAN KESIMPULANNYA KAN...MAKCIK PI HANYA MENULIS SUARA HATINYA...
PIC TIMELINE

20 comments:

  1. assalam, selamat pagi isnin...comelnya anak2 kucing tu...

    ReplyDelete
  2. WSALAM...Kucing2nya sangat comel n ibu kucing sygkan anak2nya...tq BUNDA a.k.a KN

    ReplyDelete
  3. comelnye kucing kat bawah tu..telinga jatuh.
    macam tunggu makanan je :)

    ReplyDelete
  4. yeke...baru perasan telinganya jatuh...tq Nick Nashram.

    ReplyDelete
  5. benar bagai ditulis...kdg2 ibubapa ni menjadikan anak2 sebagai alat membalas dendam pd pasangan masing2..kesian anak2 jd mangsa perceraian..

    bersusah-susah dahulu, InsyaAllah, bersenang-senang kemudian..kagum melihat ibu/bapa tunggal menjaga anak2 dgn baik sehingga berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. window shopping di ikea jap..hmm nak beli apa ye..

      Delete
    2. banyak yg boleh dibeli di ikea..silakan..pilih..pilih...tq nohas.

      Delete
    3. ya anak2 menjadi mangsa pabila perceraian berlaku..tq nohas.

      Delete
  6. Kakak nak komen gambar-gambar yg cute-cute semuanya. Suka:)

    Begitulah senario hari ini usah kata tiri tapi yg belum ada ikatan pun banyak kes yg mencurigakan dan mengharukan. Sebaiknya jagalah anak sendiri tapa yg tiri walau tak mustahil ada yg tiri jauh lebih baik.

    ReplyDelete
  7. ya betul tu harus curiga terhadap sesiapa saja demi anak2 yg kita sayangi...ya gambar2 cantik mnghias suasana...tq kakzakie...

    ReplyDelete
  8. saya suka kucing juga, alangkah lucunya kucing-kucing itu ...

    ReplyDelete
  9. wah kucingnya bikin gemesin lucu-lucu banget ya...
    ijin follow blognya ya mbak :)

    ReplyDelete
  10. ya kucing2 yg memikat pandangan...terima kasih Marnes Klicker sudi follow blog karyaku...

    ReplyDelete
  11. ramai orang cakap ibu tiri tu jahat.. tapi bagi pandangan aiza tak semua begitu.. ada juga anak-anak tiri yang jahat kerana memulaukan ibu tiri.. comelnya gambar semua kucing tu kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggapan berdasarkan pengalaman masing2lah tu...pic kucing comel semua utk hiasan mnenangkn jiwa....tq Mizz AIZA

      Delete
  12. yup tp kdg2 bukan ibu tiri, ibu kandung pun x reti menghargai kasih sayang ni kan kak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah itu yg susah nk fhm dgn sikap manusia ni...tq Kesuma Angsana..

      Delete
  13. mak dan abah beribu tiri.memang kasihnya tk sama dgn ibu sendiri kata mak dn abah tp mereka tetap dihormati sehingga mereka mati

    ReplyDelete
  14. ya walau kasihnya xsama tapi hukum mengasehi mrk sama dgn ibubapa sendiri...tq Wirda Amir

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”