Friday, 25 October 2013

BAJET 2014...SEDIKIT PETIKAN PEMBENTANGAN PM DS NAJIB TUN TAZAK...




PENUTUP

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

210. Selanjutnya, dalam usaha untuk terus meringankan beban hidup rakyat, bersesuaian dengan pelaksanaan subsidi bersasar, sukacita saya mengumumkan bahawa program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada isi rumah dan individu bujang akan ditambah baik. 

211. Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgit kepada 650 ringgit.

212. Seterusnya, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit.

213. Sebagai pelengkap, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sukacita saya mencadangkan caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai 50 ringgit diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M. Langkah ini diharapkan dapat memberi perlindungan maksimum sehingga 30 ribu ringgit kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

214. Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi tiga ribu ringgit, akan menikmati bantuan sebanyak 700 ringgit.

215. Sebagai tambahan, buat pertama kalinya juga, BR1M akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit dengan nilai bantuan sebanyak 450 ringgit. Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah.

216. Golongan ini juga akan menikmati caruman i-BR1M bernilai 50 ringgit yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak 500 ringgit. Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 di atas, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 4.6 bilion ringgit yang dijangka dapat memanfaatkan seramai 7.9 juta penerima

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”