Friday, 30 August 2013

SELAMAT HARI MERDEKA......







BENDERA adalah lambang Kemegahan,Maruah dan lebih-lebih lagi Identiti sesebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Ianya mempunyai nilai yang sangat murni sebagai simbol kewujudan sesebuah Negara itu dan buat seseorang individu, ia juga melambangkan kehormatan & kehadirannya sebagai seorang warganegara sesebuah Negara itu. Negara mana pun dan bangsa apa pun dalam dunia ini pasti mempunyai satu panji-panji atau lambang untuk di kibar dan di junjung bagi menzahirkan kemerdekaan rasa syukur dan patriotisma warganya. Sebab itu, semasa dulu, panji-panji atau bendera di kibar tinggi di dalam medan-medan petempuran dan dalam peperangan.Kini ianya turut di kibar sebagai pembakar semangat para2 atlit, ahli2 sukan dan juga sesiapa saja yang berada didalam apajua jenis bidang saingan.Di dalam persidangan konvesyen antara bangsa , bendera setiap negara yang di wakili tetap di kibar megah. Selalunya, di dalam meraikan kemenangan dalam sukan sesebuah negara, Lagu Kebangsaan atau National Anthem negara tersebut di nyanyi atau di mainkan bersama kibaran bendera negara tersebut. Setiap negara mempunyai undang2 dan kod etika mengenai penggunaan dan cara mengibar bendera nasional mereka. Beberapa negara mengenakan hukuman penjara dan denda jika bendera negara nya di hina atau tidak dihormati. Pernah pada tahun 1862, semasa perang Sivil Amerika, Governor Benjamin Franklin Butler menghukum bunuh seorang pegawai tenteranya, William B. Mumford , kerana mengalih bendera Amerika " The Old Glory" dari sebuah kubu perang . Bayangkan betapa tingginya penghormatan yang diberi oleh rakyat Amerika terhadap bendera negara mereka itu. Begitu juga dengan banyak negara2 lain. KESIMPULANNYA, jika kita sebagai warga sebuah Negara Malaysia yang berdaulat tidak berasa megah dengan bendera kita sendiri , JALUR GEMILANG dan Lagu Negara -ku yang selalu mengiringinya itu, kita boleh di ibaratkan sebagai seorang yang tidak cinta dengan tanah ibunda dan tanah tumpah darah kita sendiri. Kita ibaratnya manusia yang tidak menghormati dan tidak mengiktirafkan identiti diri sendiri...Sekali gus kita juga tidak punya nilai langsung untuk di hormati oleh sesiapa saja dan harus dihumban dalam tong najis sebagai manusia yang tidak berhati mulia yang dayus dan tidak berguna. Jika sikap ingkar dan dayus itu tidak di buang, kita lebih hina dari pendatang tanpa izin. BUAT RENUNGAN JUMAAT KITA HARI INI dari saya. AYUH ! Sama-samalah kita mengibarkan JALUR GEMILANG DENGAN RASA CINTA PATRIOTISMA DAN TANGGUNG-JAWAB sebagai anak Malaysia yang benar2 sejati & berguna ! Wassalam.


2 comments:

  1. Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-56...

    ReplyDelete
  2. yer nohas bersama kita Hari Kemerdekaan yang keramat....tq nohas

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”