Sunday, 25 August 2013

ANAKKU MULAI BERCINTA....



BAGAIMANA SEBAGAI IBU/BAPA MENANGGAPI FENOMENA INI? FENOMENA BIASA YANG DILALUI ANAK-ANAK KITA YANG SUDAH REMAJA ATAU AWAL DEWASA.

APAKAH SEBAGAI IBU/BAPA KITA HANYA AKAN BIARKAN SAJA ANAK GADIS/ANAK TERUNA KITA  DIBUAI PERASAAN TANPA BIMBINGAN DENGAN NIAT TIDAK MAHU MENGGANGGU PRIVASI ATAU KETENTERAMAN JIWA YANG BEGITU MENGASYIKKAN.

TETAPI NABI SAW BERSABDA, SETELAH ANAK-ANAK KITA REMAJA/DEWASA, IBU/BAPA HARUS BERTINDAK SEBAGAI RAKAN KARIB KEPADA ANAK-ANAK KITA. JIKA ANAK-ANAK KITA MENGANGAP KITA SEBAGAI RAKAN KARIB MEREKA TENTU DENGAN MUDAH IBU/BAPA TURUT BERKONGSI RASA DENGAN ANAK-ANAK YANG DISAYANGI.

SAMBIL BERGURAU SENDA ANAK-ANAK TENTU TIDAK SEGAN BERBICARA SOAL PERCINTAAN MEREKA DENGAN PILIHAN MEREKA. DAN IBU/BAPA BOLEH MEMBIMBING APA YANG PATUT, TERUTAMA TENTANG PERGAULAN, ETIKA YANG MURNI MENGIKUT LUNAS AGAMA PATUT DIAMBIL KIRA DALAM SITUASI BEGITU.

PILIHAN ANAK-ANAK JUGA PERLU DINILAI SEHABIS TELITI AGAR APA YANG DIHARAPKAN SEMEMANGNYA BENAR KENYATAANNYA. SEBAB KADANG-KADANG INDAH KHABAR DARI RUPANYA.

MUSIM PERCINTAAN YANG DILALUI ANAK-ANAK KITA KADANGKALA TIDAK KESAMPAIAN KE NOKTAH YANG DITENTUKAN. KITA PUN DAPATI ANAK KESAYANGAN KITA BERDUKALARA MENANGGUNG KECEWA DITINGGALKAN PILIHANNYA.

KETIKA INI KITA SEBAGAI RAKAN KARIB ANAK KITA YANG AKAN SEDIAKAN BAHU UNTUK ANAK KITA MENYANDARKAN KESEDIHANNYA, MENAIKAN SEMULA SEMANGATNYA YANG MERUDUM JATUH DENGAN PENUH KASIH SAYANG...BUKAN MENYIKSA JIWANYA DENGAN KATA NISTA TOHMAHAN KERNA KEGAGALANNYA MEMBUAT KEPUTUSAN BIJAK MENYANGKUT KEHIDUPAN MASA DEPANNYA.

HANYA KITA IBU/BAPANYA SEBAIK INSAN YANG MENGENALI APA SAJA KEKURANGAN DAN KELEBIHAN ANAK-ANAK KITA DAN DAPAT MENGURUSI, MENSTABILKAN SEMULA EMOSI ANAK KITA YANG TERCALAR.

JANGAN BIARKANNYA SENDIRIAN MERAWATI LUKA HATINYA, BIMBANG IA AKAN MENCARI SESEORANG YANG AKAN MENJERUMUSKAN KEPADA KEADAAN YANG LEBIH PARAH. SOAL PSYKOLOGI KEJIWAAN INI PERLU DITANGANI SEHALUSNYA.

8 comments:

  1. Memang segan nak beritahu ibubapa tentang hal ni sbb jarang bercerita dengan mak ayah mengenai hal2 mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu/bapa sentiasa memperhati tingkahlaku anak2 mrk n mrk gmbira sekali mlhat anak2 mrk brbhgia dilamun cinta...n xsbr menanti kesudahannya...xsalah brkongsi cerita dgn mrk...jgn stelah kcewa n murung bagai ayam berak kapur baru nk mngadu pada ibu/ayah.....tq nohas

      Delete
  2. Betul ida, lela memang jadikan anak2 macam kawan..
    Tanggungjawab kita untuk mengawal anak2 remaja kita supaya tidak terbuai cinta yang melekakan.
    Didikan agama yg mantap Insa Allah dapat menangani masalah ini.
    Apapun siapakah kita untuk menolak / menentukan takdir jodoh anak2 kita.
    Hanya doa yang mampu lela pohon semoga anak2 mendapat jodoh yg baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELAH Lela kita sebagai ibu bapa hanya mengharapkan yang terbaik untuk anak2 kita...

      Delete
  3. kak paridah, saya jadikan anak2 sebagai kawan karib, mereka bebas meluahkan apa yang terpendam dan terbuku juga tentang hati dan perasaan.Alhamdulillah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus begitu Kak Nah...kak menulis brdasarkan pengalaman dan pemerhatian, ada anak-anak kita yg menganggap bercinta atau putus cinta perkara biasa dan kuat mengawal emosi tapi ada yg jadi tidak keruan menghadapinya dan kita sebagai ibubapa perlu sensitif mengenai itu...

      Delete
  4. betul tu KA pun jadikan diri sebagi kawan rapat & terbaik utk anak2, jd segala cerita mereka kita tau & boleh pantau sebaiknyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak kita walau mrk dh dewasa mrk tetap anak2 kita n kita sayangi mrk juga perlu ambil berat tentang kemasylahatan diri mrk....tq KA

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”