Wednesday, 3 July 2013

MISTERI KEHILANGAN ISTERI BELUM TERJAWAB....


KUANTAN 2 Julai - Misteri kehilangan seorang suri rumah, Nur Idayu Abd. Aziz yang dipercayai dilarikan empat warga Indonesia dari rumahnya di Felda Bukit Sagu 2 di sini sejak 22 Jun lalu belum terjawab.
Ini kerana suaminya, Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, percaya isterinya itu masih hidup dan dikatakan telah berada di negara seberang namun khabar mengenai wanita itu belum diterimanya.
Malah, juruteknik sebuah syarikat cari gali di Doha, Qatar itu menolak kemungkinan mayat seorang wanita yang dicincang dan dibakar dalam sebuah bungkusan plastik di jalan susur Goh Tong Jaya, Bentong baru-baru ini adalah isterinya.
"Saya yakin mayat yang ditemui di Goh Tong itu bukan isteri saya kerana polis memaklumkan mayat wanita itu berambut merah.
"Naluri saya percaya itu bukan dia dan sebab itu juga saya dan keluarga tidak datang mengecam mayat tersebut," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Nur Idayu, 34, dipercayai dilarikan empat warga Indonesia termasuk seorang wanita pada 22 Jun lalu yang diupah membuat pengubahsuaian rumah mertuanya di Felda Bukit Sagu 2.
Dua hari kemudian seorang lelaki yang mahu membuang air kecil di kawasan semak menemui bungkusan berisi mayat seorang wanita dicincang dan dibakar dalam sebuah bungkusan plastik di jalan susur Goh Tong Jaya, Bentong.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad memaklumkan polis belum menemui petunjuk mengenai identiti mayat itu.
"Polis masih menyiasat kes penemuan mayat ini dan setakat ini tiada sesiapa pun datang untuk membuat pengecaman mayat," katanya ketika dihubungi.
Ditanya sama ada kes ini mempunyai kaitan dengan kehilangan Nur Idayu, beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan.
"Setakat ini keluarga Nur Idayu belum datang untuk membuat pengecaman mayat walaupun sebelum ini pernah diuar-uarkan di dalam akhbar.
"Kita harap sesiapa sahaja yang kehilangan ahli keluarga tampil membuat pengecaman atau ujian DNA (asid deoksiribonukleik) di Hospital Tengku Ampuan Afzan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130703/je_02/Misteri-kehilangan-belum-terjawab#ixzz2XwgFPQES
© Utusan Melayu (M) Bhd 


JENAYAH YANG SERING DICETUSKAN WARGA LUAR DI PERTEMPATAN FELDA MEMANG SUDAH KEBIASAANNYA DAN SERING MENDAPAT LIPUTAN MEDIA. TAPI TIDAKLAH SEMUA KES SEPERTI KES MEMBAWA LARI ISTERI ORANG DAN IBU KEPADA ANAK-ANAK YANG MASIH KECIL INI. 

BAGAIMANA SEORANG IBU MUDA DIBAWA LARI 4 WARGA INDON YANG MEMBUAT KERJA-KERJA RENOVATE RUMAH IBU/BAPA IBU MUDA ITU. SEDIH SEKALI BAGI KELUARGA YANG MENGALAMINYA APALAGI SAAT-SAAT RAMADAN BAKAL MENJELANG TIDAK LAMA LAGI. MUDAH-MUDAHAN ALLAH TABAHKAN HATI MEREKA MENGHARUNGI UJIAN-NYA.

BIASANYA PEKERJA-PEKERJA INDON INI BERKERJA DI LADANG FELDA. APAKALA MEREKA CUTI HARI SABTU ATAU AHAD MEREKA AKAN MENGAMBIL UPAH MEMBAIKI ATAU MEMBINA RUMAH BARU PENEROKA FELDA. BARANGKALI KERANA MEREKA INI RAJIN, BERBUDI BAHASA MENYEBABKAN PENEROKA LANGSUNG TIDAK CURIGA SETELAH MENGENALI MEREKA. MEREKA DIPERCAYAI DIBERI LAYANAN SEPERTI KELUARGA SENDIRI, TAPI TANGAN YANG MEMBERI ITU JUGA DIGIGITNYA.

HENDAK SALAHKAN SIAPA JIKA ORANG TEMPATAN TIDAK LAGI BERMINAT MELAKUKAN KERJA-KERJA KASAR SEPERTI PERLADANGAN DAN PEMBINAAN JADI TERPAKSA MENGUPAH WARGA LUAR UNTUK MELAKUKANNYA. DAN BERSPORALAH MEREKA DI MERATA CEROK NEGARA KITA, TERUTAMA DI PERTEMPATAN FELDA YANG PERLUKAN RAMAI PERKERJA LADANG JUGA MASYARAKATNYA PERLUKAN BANTUAN BAGI KERJA-KERJA BERAT.

EKORAN ITU SERINGLAH KITA DENGAR CERITA-CERITA YANG PELIK DAN AGAK ASING BAGI KITA. DI TEMPAT SAYA BEBERAPA ORANG JIRAN DIROMPAK LAGAK FILEM AKSI DENGAN PENGGUNAAN PISAU, PARANG JUGA SENJATA API, ANAK ISTERI DIIKAT DAN WANG RINGGIT, BARANG KEMAS, KERETA DILARIKAN.

ADA PULA YANG JATUH CINTA. MULANYA SEBAGAI PEKERJA DI LADANG. BERKENAN PULA SEBAB RAJIN MEMBANTU APA SAJA. DAN BERKAHWIN HINGGA SEGENAP PENDAPATAN HASIL SAWIT ATAU GETAH DILAMBAKKAN KEPADA PASANGANNYA. SETELAH BANYAK WANG TERKUMPUL, SI SUAMI YANG SANGAT DISAYANGI ITU TERBANG PULANG KE NEGARA ASALNYA MENINGGALKAN SI ISTERI MENANGIS TIDAK BERLAGU. MUJUR JUGA MASIH ADA TANAH WARISAN FELDA, DAPAT JUGA MENERUSKAN HIDUP SEADANYA, TAPI TANAH ITUPUN DIJUAL ALAMAT SUSAH PAYAHLAH HIDUP.

TANAH FELDA MEMANG TIDAK BOLEH DIJUAL NAMUN SENTIASA SAJA ADA CARA UNTUK MENGAMBIL TANAH MILIK PENEROKA ITU SECARA SAH SEKIRANYA TERPENGARUH DENGAN WANG SEGERA YANG BANYAK...

INILAH SECEBIS KISAH GARA-GARA RAMAINYA KEHADIRAN WARGA LUAR DI PERTEMPATAN FELDA OLEH KERANA KITA PERLU MENGURUSKAN KEMAJUAN TARAF HIDUP YANG SELESA NAMUN MENYUSAHKAN PULA.

DALAM HIDUP INI SENANG PUN SUSAH, KALAU SUSAH LAGILAH SUSAH....

4 comments:

  1. KESIANNYA :(
    HARAP DIJUMPAI ISTERI YG HILANG ITU

    ReplyDelete
  2. yelah irfa kita doakan isteri yg dilarikan itu segera dipulangkan ke pangkuan keluarganya....tq

    ReplyDelete
  3. Mula-mula anak dara orang, sekarang ni isteri orang pun dibawa lari, entah apa nak jadi dgn warga asing ni..hati kering..

    ReplyDelete
  4. hati kering atau langsung tak berhati perut nohas...kita tak faham apa motif jenayah mereka sehingga melarikan isteri orang yang masih beranak kecil...tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”