Tuesday, 30 July 2013

SAMBUTAN RAYA DI KAMPUNG FELDA....

SURAM SUNGGUH SUASANANYA. RAMAI PENGHUNI TANAH RANCANGAN TELAH PULANG KE KAMPUNG ASAL MASING-MASING UNTUK BERAYA. BEBERAPA BUAH RUMAH SAJA KELIHATAN BERCAHAYA DITERANGI BARISAN PELITA PANJUT SEKELILING RUMAH DAN ANAK-ANAK KECIL BERLARIAN BERMAIN BUNGA API DI MALAM YANG HENING KERANA IBU BAPA MEREKA TIDAK MAMPU MEMBIAYAI KOS PULANG KE KAMPUNG ASAL NUN JAUH DI KEDAH, PERLIS, PULAU PINANG, NEGERI SEMBILAN, JOHOR DLL NEGERI.





pic google



TAPI ITU GAMBARAN SUASANA AWAL 70-AN DULU. SEKADAR BERAYA ALA KADARNYA SAMBIL MENGENANGI KESERONOKAN BERAYA DI KAMPUNG HALAMAN SENDIRI.

KINI TIADA LAGI CERITA GENERASI PERTAMA ATAU KEDUA YANG BERBONDONG PULANG KE NEGERI ASAL SEBALIKNYA MENJADI PENUNGGU SETIA ANAK-ANAK/CUCU PULANG BERAYA BERSAMA MEREKA SETELAH BERPULUH TAHUN BERMASTAUTIN DI TANAH FELDA.

SITUASINYA TIDAK LAGI SUNYI DAN HENING. PERKARANGAN RUMAH SARAT DENGAN KERETA ANAK-ANAK YANG PULANG. MALAM 7 LIKUR TDAK LAGI DISAMBUT DENGAN JAJARAN PELITA AYAN TAPI SINARAN KELAP-KELIP LAMPU LETRIK.

SURAU-SURAU BLOK DIPENUHI AHLI BLOK DAN KELUARGANYA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWEH PADA SETIAP MALAM. MASING-MASING TERASA RUGI SANGAT JIKALAU TIDAK BERUPAYA MELAKUKANNYA JIKALAU ADA GENDALANYA.

SERONOKNYA BERSEMBAHYANG RAYA DI MASJID YANG MELIMPAH MAKMUMNYA HINGGA KE RUANG LAMAN. RAMAI SUNGGUH ANAK-ANAK PENEROKA PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MEREKA DI FELDA MENYAMBUT RAYA BERSAMA KELUARGA.

KUIH MUIH ATAU HIDANGAN YANG TERSEDIA TENTULAH BERANEKA KERANA MASYARAKAT FELDA TERDIRI DARIPADA GABUNGAN PELBAGAI NEGERI. MASING-MASING MEMBAWA TRADISI BUDAYA BERAYA YANG DICAMPUR GAUL DENGAN KOMPROMI DAN SIKAP MENERIMA SESUATU YANG BARU.

MEREKA YANG BERASAL DARI PERAK DAN NEGERI SEMBILAN DENGAN LEMANG DAN RENDANGNYA MESTI TERSEDIA DI MEJA.

ORANG KEDAH, PULAU PINANG, PERLIS PULA TENTU TIDAK AKAN LUPA KETUPAT PULUT DAN GULAI DAGINGNYA.

SEMENTARA PENEROKA YANG BERASAL DARI SELANGOR DAN JOHOR MESTI DENGAN LONTONG, LODEH, KETUPAT NASI DAN KUAH KACANGNYA.

NASI IMPIT, NASI DAGANG MENJADI KEGEMARAN MEREKA YANG BERASAL DARI TERENGGANU DAN KELANTAN PULA SEBAGAI HIDANGAN ISTIMEWA DI PAGI RAYA.

PENDUDUK ASAL NEGERI PAHANG PULA PASTI BERBANGGA DENGAN ANEKA KUIH-KUIH TRADISI YANG JARANG DITEMUI KECUALI DICARI. TETAPI MEREKA JUGA SIAP DENGAN LEMANG KETUPAT DLL SAJIAN UTAMA PAGI RAYA.

KINI TIDAK PERLU LAGI UNTUK BERKUNJUNG KE RUMAH PENEROKA YANG BERASAL DARI PERAK ATAU NEGERI SEMBILAN UNTUK MERASA LEMANG KERANA APA SAJA JENIS MAKANAN TRADISI YANG TERSAJI DI HARI RAYA TELAH DIKONGSI BERSAMA PENGETAHUANNYA.

JADI TIDAK HAIRAN MAKANAN ASAL NEGERI TERTENTU DISAJIKAN DI MANA-MANA SAJA RUMAH PENEROKA TANPA MENGIRA DARIPADA MANA NEGERI ASALNYA. SEMUANYA MENYATU MEMBENTUK MASYARAKAT YANG TOLERAN DAN SALING BERKERJASAMA.




CORETAN PAK ENGKU...


Tak lamo laie aghi nak ghayo
Mesti banyak kito nak koluar bolanjo
Kalau kayo, duit banyak, tak apo
Tapi kalau duit ado sociput, abih tu, nak wek cam mano?

Baju dan kasut baru untuk anak-anak dan isteri
Sudah tontu nak kono boli
Kok tak muncong dio orang akan panjang nanti
Dan buleh ditanjo ngan tali bolati
Atau dio orang akan morengek tak ronti-ronti
Memang lomeh dibuek ea nanti.

Lauk pauk dan kuih-muih mestilah nak ado
Di hari rayo,kek ateh mejo kosong yo apo lak rupo
Kok datang kengkawan dan sedaro maro
Mano lak nak di suruk muko
Malulah nanti anak bini kito!

Dalam bab bobolanjo ni, kito konolah pikir teliti
Tak kirolah di aghi ghayo atau apo pun aghi
Kalau gajah berak bosa, kancil pun nak ikut sokali
Tontulah akan kebebangan dan buleh bawak mati.
Oleh itu, bilo bobolanjo, ukorlah baju kek badan sondiri!

Pobidalan orang-orang Minangkabau pun ado bokato
Kok pitih sokupang gonap yang ado
Janganlah kancah yang bokorawang nak diboli jugo
Atau nak boli si burung nuri yang pandai bokato-kato
Memanglah nak monompah ponyakit dan balo!!!

Janganlah sobab dek nak sakan bogayo
Abih bergadai golok ghoto yang ado
Takut nanti dah abih ghayo
Along dan ceti mongojar kito
Kok nampak dek jiran totanggo
Takkah malu kito!

Bojimat coromat tu amalan yang mulio
Jangan nak bosinggit dongan orang yang kayo
Itu pobuatan yang tak baik dan Tuhan pun tak suko
Tekadkan hati bobolanjolah takat yang ado
Jadi, takdolah kito dibolit utang sampai ko tuo!

Itulah deh sikit, nasihat yang dapek den boghikan
Itu pun kalau nak pakai, taknak buangkan
Ini sobab sosamo kengkawan, den ingat mongingatkan
Kalau den tosilap, tolonglah maafkan.

Dan satu laie, zakat fitrah jangan lupo
Bayar untuk diri sondiri, bini dan anak-anak kito!

Pojam colik, pojam colik Ramadan tibo
Pojam colik, pojam colik, Syawal monjolmo
Den takut pojam, tak colik-colik itu laie bahayo
Jadi, pado kengkawan, ampun dan maafkanlah kosalahan den yo
Mano tahu kok kito tak dapek laie bojumpo!!!

Solamat Aghi Ghayo pado somuo
Doakan den panjang umo
Dapeklah laie kito bosuo muko
Tak kirolah kek laman Fb atau kek mano-mano!!!!

Sunday, 28 July 2013

5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK

LIKE & SHARE KAT KAWAN YG SUKA MEGI !! 


5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK!!
1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja
.


copy paste

Saturday, 27 July 2013

FLOWERS OF LIFE...TERAPI MINDA

MENIKMATI LANSKAP INDAH DENGAN BUNGA-BUNGA MEKAR LAGI HARUM MEMANG MENYUKAKAN HATI DAN MENENANGKAN JIWA. SEGALA KERUNSINGAN YANG MENYERABUTI MINDA SEAKAN HILANG TERBANG ENTAH KEMANA. KEINDAHAN FLORA ALAM SEKITAR SEOLAH TERAPI SEMULAJADI ANUGERAH YANG MAHA ESA UNTUK MELEGAKAN KETEGANGAN ATAU STRES. KETEGANGAN MENYAKITKAN. SEOLAH URAT SEKUJUR TUBUH KITA TEREGANG KUAT. DAN KITA PERLU MELEGAKANNYA AGAR SELESA....









DENGARKAN KATA-KATA INI BAIK-BAIK....





copy paste fb

HANYA ALLAH YANG MAHA BERKUASA...


Thursday, 25 July 2013

MINUM DARI CAWAN BUKAN DARI TEKOHNYA....

copy paste...tq




Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.

Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketika mana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya. Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya” Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?” Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”

Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.

Wednesday, 24 July 2013

CUCU CUCU YANG LUCU....

"AQIL KENA JADI DOKTOR KAN MAMA?" MAMANYA ANGGUK SAMBIL TERSENYUM.

"AQIL RASA AQIL NAK JADI DOKTOR PAKARLAH MAMA..." TAMBAH ANAKNYA YANG BARU BERUSIA 6 TAHUN ITU DENGAN YAKIN.

"WAH BAGUS TU...NANTI ADA DOKTOR DALAM KELUARGA KITA BOLEH TOLONG UBATKAN SEMUA..."

"ADIK KENA JADI USTAZ KAN MAMA? NANTI BOLEH ADIK BACA ALIF BA TA DENGAN KUAT...MACAM USTAZ BACA AJAR ADIK KAT MASJID TU..." PINTAS ARIFF PANTAS DAN PETAH MEMBUAT MAMA DAN ATOKNYA TAK KERING GUSI KETAWA.

ARIFF BARU BERUSIA DUA TAHUN LEBIH TETAPI MINATNYA MENJURUS KE ARAH PENGHAYATAN ISLAM. SERING MEMBERI SALAM DAN MENJAWAB SALAM, SELALU MENYEBUT SUBHANALLAH, INSYA ALLAH...ALLAH...ALLAH...ALLAH KALA TERKEJUT ATAU TERLEPAS SESUATU YANG DIPEGANGNYA. AKAN MENDOAKAN YARHAMKALLAH SETIAP KALI PAPANYA TERBERSIN. CEPAT BETUL ANAK KECIL INI MENYERAP ILMU YANG TERLINTAS DI SEKELILINGNYA. SEBAB ITU MAMANYA SERING KATAKAN KEPADANYA, "ADIK NANTI JADI USTAZ..."

SETIAP KALI TERINGATKAN JAWAPAN ARIFF ITU HATIKU BAGAI TERGELETEK DICAMPUR TERKENANG BABAK LUCU RAJA LAWAK ASTRO KUMPULAN KECIK CERITA ANAK KECIL MEMBACA ALIFF BA TA TIKA DIGANGGU TOYOL.
MOGA CUCU CUCU INI MEMPEROLEHI APA YANG DICITA-CITAKAN SEJAK KECIL DI HATI MEREKA. SEBAB BUKANKAH CITA-CITA ITU PERLU DIBENTUK SEJAK AWAL LAGI...

Tuesday, 23 July 2013

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=VZ87hUdJjvc


Isteri Putera William, Kate, dikejar ke hospital pagi tadi setelah mula menunjukkan tanda tanda awal hendak bersalin.
Pasangan itu ke Hospital Saint Mary di Paddington, London sebelum pukul enam pagi.
Duchess Of Cambridge dijadual melahirkan cahaya mata sulong mereka di Lindo Wing Hospital Saint Mary, Unit Eksklusif yang pernah digunakan Puteri Diana.
Kate akan dijaga oleh petugas terbaik hospital diketuai Pakar Sakit Puan Diraja, Dr. Marcus Stechell.
Setia menunggu di luar Lindo Wing Hospital, golongan media.
Menurut Jurucakap Pasangan Diraja itu, Putera William dan Kate yang meluangkan masa di Istana Kensington hujung minggu bergegas ke hospital tanpa iringan polis.
Ujar jurucakap itu juga setakat ini segalanya berjalan lancar.
Bayi yang bakal lahir itu adalah yang ketiga dalam senarai takhta pemerintahan Britain.
Berita kelahiran akan diumumkan mengikut cara tradisi dan juga media sosial.
Pasangan William dan Kate mendirikan rumahtangga pada 29 April 2011
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/luar-negara/Kate_Tunjuk_Tanda_Awal_Bersalin.html#sthash.UNqjjdXU.dpuf


sumber BERITA TV 3.



BERITA YANG BARU DITERIMA KATE MADDLETON ISTERI KEPADA PUTERA WILLIAM TELAH MELAHIRKAN ANAKANDANYA YANG PERTAMA SEORANG PUTERA. INI BERMAKNA MENDIANG PUTERI DIANA TELAH BERGELAR NENDA. TAHNIAH KEPADA PASANGAN DIRAJA ITU.

Saturday, 20 July 2013

MENITI ZAMAN

  • MENITI ZAMAN.....

    Seimbas Sejarah 'Suku Kelang' ('Suku' nenek moyangku)

    Keluarga datuk aku Kawal bin Ibrahim dan isterinya Saebah
    adalah berasal dari Suku Kelang. Masyarakat Suku Kelang
    yang mengamalkan Adat Perpatih, menurut sejarah, adalah
    sekumpulan peneroka dari daerah Minangkabau, Sumatra
    yang menetap di Kelang, Semenanjung Tanah Melayu.
    Keturunan nenek moyang aku adalah berdarah raja dan
    berketurunan Tengku. Datuk aku asalnya bernama Tengku Kawal
    bin Tengku Ibrahim. Dia ini adalah seorang 'Pawang Besar'.
    Tidak dapat dipastikan kenapa gelaran Tengku itu telah hilang dan
    hanya di pakai oleh segelintir keturunan nenek moyang aku.

    Di dalam Adat Perpatih terdapat 12 suku-suku kaum. Di dalam
    Adat Perpatih juga, 'Suku' bermaksud 'Puak'. Anggota-anggota
    suku atau puak ini, dipercayai berasal dari moyang yang sama,
    cuma terlalu jauh atau susah untuk dikenalpasti lagi.

    Di dalam satu-satu 'Suku' itu, terdapat beberapa 'Perut'. Juraian
    daripa 'Perut-Perut' ini adalah diketuai oleh anggota keluarga
    yang terdiri dari kalangan orang perempuan.

    Kedatangan orang-orang Minangkabau secara beransur-ansur
    ke Semenanjung Tanah Melayu dianggarkan berlaku pada kurun
    Masihi yang ke 14 iaitu pada tahun 1300 hingga 1400 Masihi.
    Selain dari jiwa mereka yang suka merantau, mereka juga telah
    meninggalkan kampung halaman atas sebab keadaan politik semasa di tempat mereka yang tidak aman dan tenteram lagi serta berlakunya keadaan
    huru hara. Umpamanya pada pertengahan kurun ke 14 Masihi, telah
    berlaku peperangan saudara sehinggakan telah memusnahkan daerah
    Minangkabau! Dari peristiwa ini jugalah yang menyebabkan sebahagian
    besar dari mereka berpindah ke tempat lain yang lebih selamat dan
    tenteram seperti di Semenanjung Tanah Melayu, khasnya di sekitar
    daerah-daerah yang dikenali sebagai Negeri Sembilan.

    Keadaan ini diabadikan dalam pantun lama mereka seperti berikut:-

    "Kalau indak di rumput sarut
    Indaklah bakung wa eden jajarkan
    Rumput pahit bajurai-jurai;
    Kalau indak dek susah hidup
    Indaklah kampung wa eden tinggakan
    Satompok indak kito bacarai!"

    Dari Sumatra mereka ini menyeberangi Selat Melaka lalu memudiki
    Sungai Linggi, Sungai Kelang dan Sungai Melaka. Kemudia mereka
    berhijrah ke daerah-daerah pendalaman kerana mereka ini asalnya
    adalah kaum petani yang biasa bersawah dan berladang dan tidak
    tertarik hati untuk menetap di tepi atau persisiran pantai.

    Yang dikatakan Negeri Sembilan itu ianya berasal dari sembilan
    daerah yang terdiri dari Segamat, Johol, Naning, Sungai Ujung,
    Jelebu, Rembau, Kelang, Ulu Pahang dan Jelai. Kawasan yang ramai
    masyarakat Suku Kelang ini ialah di Kampung Seliau, Linsum, Rantau,
    Kuala Sawah, Nyatuh dan Belangkan di daerah Seremban. Terdapat juga masyarakat Suku Kelang ini di Kampung Ulu Kelawang, Jelebu, Negeri
    Sembilan, Kampung Jahang, Gopeng, Perak serta sebuah kampung lagi
    iaitu Kampung Kuala Lukut, di daerah Kota Tinggi, Johor. Mereka telah keluar dari Kelang untuk menerokai kawasan-kawasan ini. Masih ada
    bukti dan tanda-tanda yang Suku Kelang ini adalah berasal dari daerah
    Kelang Ia berdasarkan kepada barang-barang lama yang masih tersimpan
    dengan baik oleh ahli keluarga Suku Kelang ini.
    Tammatul al kalam
    ...

Friday, 19 July 2013

KHASIAT KURMA...

COPY PASTE




Like This Page · 7 hours ago 

BERBUKA PUASA DENGAN KURMA ADALAH SUNAT DAN KITA PERLU TAHU JUGA APAKAH FADILATNYA MELAKUKAN ITU UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN KITA...


KHASIAT BUAH KURMA...

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Friday, 12 July 2013

SELIRATAN CINTA BAB 28/29

pic noradabi rosdi


Semua sedang bersiap sedia untuk menaiki beberapa jenis pengangkutan yang akan membawa kru penerbitan drama dan juga dramatis yang terlibat. Dua buah van disediakan untuk mengisi kelengkapan penggambaran dan berbagai-bagai prop yang akan digunakan nanti. Sebuah van pula untuk dinaiki beberapa orang artis lelaki dan perempuan.
“Dengar sini semua. Tidak payah bawa telefon bimbit, sebab di pulau tu tidak ada servis.” Ujar Johan sinis. Terdengar bunyi rungutan yang berdengung laksana bunyi ‘baung di bawah bangkar’. Tidak jelas butiran ayatnya tetapi tentulah memprotes arahan itu.
“Kau dengar tu Sarina. Padan muka kau. Kan aku sudah cakap tidak usah bawa handset tapi kau degil. Janji hendak offkan masa shooting konon. Aku rasa abang Johan mesti perli kau.”
“Pedulikanlah dia. Malas aku nak layan. Aku bawa handset untuk kemudahan kita juga bila terdesak. Kekadang tu kalau tidak dapat servis satu kawasan, kita pusing tempat lain boleh dapat tau. Manalah tahu kalau nasib baik kan…” Sarina masih tidak mahu mengalah malah memberikan pula tip yang pernah digunakan orang lain selama ini.
“Jangan kau pusing-pusing satu pulau cari line sampai pening dan Johan melenting kerana kau ponteng shooting sudahlah..” balas Anita dengan gurau usikannya.
Pernah di dalam sebuah akhbar arus perdana memaparkan tragedi ngeri seorang isteri di kawasan pedalaman Kelantan, yang asyik berpusing mengitari kawasan mencari line untuk menghubungi suaminya dilanggar keretapi yang bergerak laju kerana tidak menyedari langkah isteri malang itu membawanya menghala bahaya.
Kasihan sungguh. Anita menggelengkan kepalanya. Beristigfar pula. Hanya Dia yang Maha tahu setiap rahsia kejadiannya. Mudah-mudahan kejadian yang menimpa isteri yang malang tidak berulang kepada Sarina pula. Tetapi di Pulau itu tentu tidak ada rel keretapi dan Sarina akan terlepas dari musibahnya. ‘Menyusahkan diri saja berfikir yang bukan-bukan’ getusnya.
“Kau ni memang tidak sayang mulut. Bercakap sesedap rasa je...Eh jomlah dia orang sudah naik van tu.” Sarina sudah melangkah menghampiri van dan menaikinya. Anita masih berdiri di situ kerana membalas sapaan sesaorang.
“Anita jom naik kereta saya…” Ajak Johan yang memandu Proton Waja dan menghentikannya di sisi Anita. Ketika itu Sarina yang sudah mengisi perut van melambai-lambai ke arah Anita.  
    “Tak apalah abang Johan. Saya naik van saja dengan Sarina. Nanti apa pula kata kawan-kawan yang lain sedangkan mereka bersesak-sesak di dalam van. Saya pula berselesa dalam kereta abang Johan.” Johan angguk mendengar alasan gadis itu. Keretanya bergerak semula di lebuh raya hala ke timur semenanjung Malaysia.
Van yang dinaiki Sarina dan Anita dan beberapa orang lagi artis drama mengikuti di belakangnya.

                                                      *    *    *

Datuk Shaari mundar-mandir di dalam pejabatnya. Jiwanya tidak tenang dan sugul kegelisahan. Dia merasa sebal sungguh kerana tidak dapat ke pulau bersama Anita
“Ish...susah ni...susah ni…susah…susah!”
“Sabar Datuk sabar. Datuk ni kenapa? Sejak Datuk berkenalan dengan Anita, Datuk ni sudah jauh berubah. Datuk tidak lagi ceria dan tidak seperti dulu, sentiasa meminta saya mengenalkan artis cantik lepas seorang ke seorang. Sejak bertemu Anita Datuk terus ubah sikap. Tidak lagi keluar malam macam selalu. Tidak lagi mahu berkenalan dengan artis cantik yang lain. Kenapa ni Datuk? Agaknya Datuk ni sedang angau dilamun cinta kut.”
“Ah…sudahlah kau...jangan hendak merapu. Apa yang ada di dalam hati aku ni kau mana tahu. Jikalau aku hendak jatuh cinta dengan Anita pun bukan ada salahnya. Hati aku hak aku. Aku punya pasallah.” Dia memerhati sekilas pada keadaan mejanya yang berselerak dengan dokumen yang perlukan penelitiannya. Sudah ditanganinya semua itu. Dia tidak mengambil mudah soal yang bersangkutan dengan bisnis dan periuk nasinya walaupun hatinya melayang-layang dibuai perasaan.
“Ye lah tu hati Datuk memang hak Datuk. Tapi yang susahnya saya yang pening kepala tengok Datuk mundar-mandir macam ‘induk kucing hilang anak’”Bidas Amin di perkuat dengan pepatah yang sering disebut ibunya menegur perangainya yang kadangkala mengelirukan gemulah ibunya menafsirnya.
“Habis kalau kau susah, pening kepala tengok keadaan aku, kau tolonglah aku.” Lirih suaranya memohon bantuan dari seorang yang seringkali diherdiknya itu.
“Baik saya akan tolong, Datuk bawa bersabar dulu. Mesti ada jalan ni...”
“Ada jalan taik minyak kau!..susah…susah…ish.” sergahnya. Hatinya masih membara tidak keruan. Yang dimarah tentulah kepada anaknya kerana telah mengendalakan hajatnya hendak ke RSJ, tetapi Amin yang menerima tempelakannya.
“Datuk bawa je saya pergi sana. Tahulah saya uruskannya.” Shaari langsung tidak memperdulikan cadangan Amin itu. Tangannya dibawa ke kepalanya. Dia menunduk ke lantai. Matanya dipejam. Seolah menanti kunjungan ilham.
“Mmm…mm …susah…susah.. .hendak kena cari jalan bawa anak aku balik ke sini. Kalau tidak susah aku.” Rungutnya berterusan mengulangi keputusan yang telah disepakati mindanya.  

                                                           

                                               * * *

Hidangan sudah teratur di atas meja. Mak Kiah yang menyediakannya selazimnya. Shaari sudah duduk di kerusi, menghadap hidangan dengan pandangan polos. Dia langsung tidak berselera hendak menjamahnya.
Handphone yang terletak di bucu meja berdengut tiba-tiba. Nombornya yang tertera diteliti. Dia merasa serba salah hendak menjawabnya. Bimbang perbualannya yang sangat peribadi antaranya dan Amin disyaki isterinya.
Tentu ada teknik yang akan digunakannya untuk mengabui pandangan serong isterinya itu. Teknik klise yang sering dipapar ideanya dalam drama swasta di TV.
“Apa halnya ni?” Suaranya ditinggikan.
“Kan aku sudah beritahu, malam ni aku hendak berehat. Kau tidak tahu ke aku ni penat. Siang malam asyik jamu klien saja. Nantilah aku cakapkan dengan Datin. Tapi aku tidak jamin aku boleh keluar.” Amin terkekeh dihujung sana mendengarkan skrip spontan sebuah drama swasta karya Datuk Shaari.
“Siapa tu bang?” Tanya isteri yang jughus lughu itu.
“Siapa lagi kalau tidak si Amin. Pembantu saya tu.”
“Kenapa, abang kena keluar ke?” Begitulah kelazimannya yang akan berlaku setiap kali suaminya menyambut panggilan ketika bersama dengannya.
“Tak adalah. Abang dah cakap, abang tak nak pergi dinner dengan klien malam ni. Abang sudah suruh dia cancel appointment tu. Rupa-rupanya dia terlupa.
“Tak baik macam tu. Masih ada masa. Mungkin hal penting. Kalau tidak masakan Amin call.” Tukas Majmin selaku seorang isteri yang langsung tidak pernah memikirkan tentang kepentingan dirinya semata di saat-saat bahagianya bersama suami tercinta.
 “Buat apa pergi kalau Anita tidak ada.” Shaari terpana. Dia menekup mulutnya yang tersasul menyebut nama gadis impiannya di hadapan isterinya.
“Hah!...Anita!... Anita… mana pulak ni?” Tanya Majmin mulai menyangka yang tidak enak tentang sebuah nama wanita yang meniti di bibir suaminya.
Shaari merasa cemas. Ada sesuatu yang dirasa menyengat pipinya. Jantung berdegup kencang. Dia cemas seketika sebelum dapat menepisnya dengan rekayasanya.
“Oh…Min tak tahu ke...abang ada pegawai baru? Dialah yang handle projek tu dengan klien. Tapi dia balik kampung pagi tadi sebab nenek dia sakit…semua dokumen penting ada pada dia. Hanya Anita seorang yang tahu perjalanan projek tu.” Bersungguh-sungguh Shaari menuturkannya untuk meyakinkan isterinya bahawa apa yang ditemberangkannya memang benar. Semata-mata benar.
“Susah tu bang.” Shaari menarik nafas lega, mengurut dadanya kerana isterinya mempercayai pembohongannya bulat-bulat.
Malam itu dia berlagak sebagai seorang suami yang baik, sentiasa boleh dipercayai kejujurannya dan sangat membahagiakan isteri yang mencintainya. Namun baginya wajah isteri yang lirih itu langsung tidak berseri dan bermakna apa-apa kerana di matanya yang terbayang-bayang hanya wajah Anita yang jelita menggoda.

                              

                                          29.

Fareez dan beberapa kaki-tangan Resort Sri Jelapang ke jeti menyambut kedatangan sekumpulan tetamunya dari Produksi Drama Kita yang tiba jauh dari KL. Para petugas resort menolong memunggah peralatan yang dibawa dan menempatkan ke sebuah bilik khas yang di awasi sentiasa agar selamat.
Rizal hanya memerhati dari jauh apa yang dilakukan ‘Rizal’ pengurus resort anak Datuk Shaari itu. Fareez sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan. Jadi dia perlu melakukan tugasnya sehabis baik. Setiap amanah yang di letak di pundaknya perlu dilaksanakan sehingga jaya sebaik mungkin.
Nampaknya Sarina begitu tertarik dengan Fareez. Dia sentiasa mencuri pandang pemuda yang diketahuinya sebagai anak seorang Datuk, pemilik RSJ dari bualan yang didengarnya antara beberapa kaki tangan RSJ tadi.
Sarina tidak dapat berlama-lama memandang ketampanan Fareez kerana seorang lelaki datang mendekati Fareez dan berkata sesuatu kepadanya. Fareez mengatur langkah mengikuti Rizal setelah berpesan agar memberi layanan terbaik kepada tetamu-tetamu itu kepada pembantu-pembantunya.
Anita pula menyeret tangan Sarina untuk mengikuti seorang petugas resort yang akan menunjukan chalet yang disediakan untuk kedua-duanya.
“Wah...cantik sungguh tempat ni. Aman, nyaman dan tenang. Tiada kebisingan. Yang kedengaran hanya suara ombak nun jauh sayup-sayup. Bila tingkap chalet dibuka ternampaklah wajah laut biru dengan pantainya yang berpasir putih.” Anita berdiri di sisi jendela yang terbuka menerawangi panorama alam sekitar dengan mata hati dan jiwa halusnya. Dia terkenangkan kampung halamannya di kawasan jelapang padi yang berdekatan dengan laut. Tetapi pantainya tidak berpasir putih seperti kebanyakan pantai di persisir laut China Selatan ini. Sebaliknya berselut hitam.
“Ish…graduan pengurusan akauntansi pun pandai bercakap macam saterawan juga. Kau ni mengalahkan ‘Kemala’ pula. Dahlah… berhentilah berangan-angan macam penyair tu. Penyair ni hidupnya di dunia angan-angan tau. kita pula hidup berpijak di bumi nyata.” Ujar Sarina sambil mengeluarkan baju-bajunya dari dalam beg dan menggantungnya di lemari.
“Tak sangka…ya kau pun kenal Kemala penyajak dengan sajak-sajak indah dan puitis tu? Aku ingatkan kau hanya kenal orang-orang di sekitar dunia kau saja. Orang-orang yang merasa dirinya cantik dan akan kekal cantik dan muda selamanya.”
“Ah! kau ni ada je...kau jangan memperlekehkan bidang yang sedang kau ceburi ini kerana bidang inilah yang memberi kau rezeki tau. Soal hendak kekal cantik dan muda sentiasa itu hak individu. Terpulanglah pada tuan punya diri. Jikalau hendak kekal muda dan cantik pandai-pandailah jaga diri. Bila rupa sudah berkedut cepat-cepatlah suntik botox…aha cantik semula.” Balas Sarina dengan sengihnya yang menyeringai.
Anita turut tersenyum dengan gurau Sarina walakian ianya adalah realti yang wujud dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Ramai di kalangan artis wanita veteran yang semakin dimamah usia kemudaannya memilih botox (botolonium toxin) sebagai penyelesaiannya. Pada pandangan Anita suntikan serum yang mahal itu tidak akan berkekalan merawat sakit tua kerana masa yang berputar sentiasa merubah setiap kehendak manusia.
“Eh...Nita kau perasan tak pengurus resort RSJ yang menyambut kita tadi, bukan main lawa dan kacak orangnya. Kabarnya anak seorang Datuk di KL.”
“Habis kenapa? Kau sudah terpikat dengan anak Datuk pulak. Tak mahu lagi hendak memikat Datuk dan cepat dapat gelar Datin?” sahut Anita menyelar sikap temannya itu.
“Kau ni…aku tu berkawan dengan Datuk-Datuk tu bukannya apa. Saja suka-suka. Sebab kebanyakan Datuk ni banyak duit dan pemurah pulak. Pantang melihat kita senyum, melambak-lambak rezeki yang jatuh ke riba kita. Apa kata orang…rezeki wajah. Bukan kita yang terhegeh-hegeh mengendeng. Tapi... kalau nak buat suami aku rasa aku tak nak. Kalau Datuk tu solo ok.” Jelas Sarina tentang pendiriannya.
“Berdoalah banyak-banyak Ina supaya kau dapat jodoh Datuk yang solo. Tapi aku rasa kau ni macam mana nak berdoa kalau solat pun liat, kadang-kadang buat kadangkala tidak. Jangan-jangan kau ni akan dapat jodoh Datuk yang solo tapi dah lanjut usia.” Tutur  Anita bercanda dan terkekeh kemudiannya, mengusik temannya yang mengacu penampar ke mukanya.
“Kau jangan main-main sebut Nita, masin mulut kau menjadi…merana badan. Minta simpang malaikat 44.” Sarina tahu pula merasa takut apa yang dikatakan Anita akan menjadi kenyataan.
“Taklah…aku gurau je…”balas Anita sambil merangkul temannya yang lincah dan lepas laku itu. Tetapi dihatinya, Sarina tetap mempercayai doa yang makbul kerana ‘masin mulut’ penyebutnya. Walakian semuanya berlaku dengan izinNya.   
Dia pun tidak tahu kenapa hatinya yakin mempercayainya kerana peristiwa sebegitu pernah dialaminya. Jika emaknya melarang melakukan sesuatu tapi masih juga hendak dilakukan, jawabnya terimalah padah. Emaknya hanya berkata jangan kemana-mana di waktu senja dekat masuk maghrib begini, takut kemalangan kerana di kala ini banyak hantu setan yang berkeliaran.
Kerana kedegilannya tidak mendengar pesanan emaknya dia terlantar di atas katil mengerang kesakitan kerana motorsikal yang ditunggangnya tiba-tiba terpeleset ketika hendak mengelak sebuah motorsikal lain yang muncul tiba-tiba di selekoh di suatu senja. Motorsikal yang ditunggangnya menghumbankannya ke dalam tali air.
Lain kali dia tidak berani lagi hendak membantah kata emaknya. Mungkin juga sebab ‘masin mulut’ neneknya seorang adiknya yang lelaki langsung tidak ingin berhijrah lebih jauh dari rumah ke mana-mana kerana sewaktu menanam urinya selepas emaknya melahirkannya neneknya mengatakan biarlah adiknya itu sentiasa ingatkan rumah dan tidak pergi jauh dari rumah.
Sudahnya adiknya itu hanya berada di rumah dan hanya menolong kerja-kerja nenek dan emaknya di rumah kerana dia langsung tidak boleh tinggalkan rumah tempat kelahirannya lantaran sentiasa teringat-ingatkannya apabila berpergian meninggalkannya..
“Janganlah masin mulut kau Anita, nanti aku yang padah.”
“Oii.. apa yang kau merepek tu. Tidurlah...baru letak kepala ke bantal dah mengigau. Sarina…Sarina...."

Thursday, 11 July 2013

JALAN-JALAN CARI BIBIK KE BUKIT TINGGI....

BUKIT TINGGI TU KAT PADANG, SUMATERA DI INDONESIA SANA, BUKANNYA BUKIT TINGGI JALAN MENGHALA BENTONG TU.

SAHABATKU NOORLAILA GHAFAR BARU-BARU INI BERSAMA RAKANNYA, BEBERAPA HARI SEBELUM PUASA TELAH TERBANG KE SANA DENGAN HASRAT MENDAPATKAN DUA ORANG PEMBANTU UNTUK MEMBANTU DUA ORANG ANAKNYA YANG SIBUK DENGAN BISNIS BUAT MENGURUSKAN RUMAH TANGGA DAN ANAK-ANAK MEREKA YANG MASIH KECIL.

LELA TELAH MENGIRIMKAN MESEJ-MESEJ TENTANG PENGALAMAN PERJALANANNYA YANG MENGUJAKANNYA DAN KUPERTURUNKAN DI SINI UNTUK KITA KONGSI BERSAMA...

SMS LELA:  RUMAH YANG KAMI INAP BETUL-BETUL BERADA DI PUNCAK GUNUNG SINGGALANG BERHADAPAN DENGAN PUNCAK MERAPI. ADA SEKITAR 45 BUAH RUMAH DI SITU. DAN ADA SURAU, SANGAT SEJUK SEKALI,SUMBER AIRNYA DARIPADA AIR TERJUN. ADUH! SEJUK SANGAT MACAM DUDUK DI DALAM PETI SEJUK. DI SEKELILING SITU TERDAPAT POHON KAYU MANIS, BULUH DAN AVACADO YANG TUMBUH SENDIRI. 

PENDUDUK BERTANAM TEBU, SAYUR BUNGAKOBIS, JAGUNG, BUNCIS, LADA DI LERENG-LERENG GUNUNG DENGAN MENDAPAT BEKALAN AIR DARIPADA AIR TERJUN YANG DI EMPANG PETANI-PETANI SENDIRI. SANGAT SUBUR SEKALI TANAMAN MEREKA.

PMKU KEPADA LELA DI INBOXNYA SETELAH BELIAU PULANG KE TANAH AIR:
  • Paridah Ishak

    assalam lela, lela dh pulang dari padang yer. syukur alhamdulillah. sy mmg risaukan kslmatan lela di sana maklum kan baru ni gempa bumi di aceh. sy try msg lela tp xdpt. hf rosak ke xde kredit xpsti tp baru jer topup rasanya. urusan lela nk dpt kn bibik di sana gagal yer. mungkin mrka di sana nak gunakan khidmat ejen kot...kan lbh terjamin kerna bayarannya pun tinggi. nak ambil bibik dari ejen kena sediakan 8K. amiru n afya mungkin mampu n bolehlh berhubung dgn ejen. tp lela kan banyak kenalan sekitar kampung2 di situ mungkin lela boleh dptkn pembantu rumah anak tempatan...

    • Noorlaila Ghafar

      waalaikumsalam...
      terima kasih pandangan dan nasihatnya. Syukur alhamdulillah lela tlh selamat kembali ke tanah air. gempa di acheh, tidak di rasai di padang atau bukit tinggi yg terletak di sumatera barat. mungkin krn jarak yg agak jauh, acheh di utara sumatera timur.

      tentang pembantu rumah tu x ada rezeki lagi. dah cuba cari pembantu rumah tempatan x dapatlah yg cuba cari di indonesia. pilihan utama yg x tinggal solat dan pakaian menutup aurat dgn sempurna. yg lela jumpa... baju ketat, seluar ketat hingga nampak bentuk tubuh, tudung singkat, ada x bertudung. ada yg x solat... ada yg cuba ambil kesempatan dll lagi...
      guna khidmat ejen pun belum tentu terjamin... ada yg dah bayar kat ejen... berbulan2 . pembantu x dapat lagi... ada yg dapat pembantu, 2/3 bulan pembantu lari...
      apa pun lela tetap bersyukur... dapat melancong, kenangan paling manis dapat mengunjungi rumah tempat lahir HAMKA...di Maninjau, Bukit Tinggi