Saturday, 4 January 2014

KESAYANGAN RASULLULLAH..SAW

ASSALAMUALAIKUM....


kami sayaNg kuciNg

Abu Hurairah Bapa Kepada Kucing




COPY PASTE
                                         PIC TIMELINE UNTUK HIASAN...






Abu Hurairah..siapakah dia? Agak mustahil bagi kita untuk tidak mengenali insan ini... Abu Hurairah bermaksud Bapa Kepada Kucing.Abu Hurairah mendapat gelaran tesebut kerana beliau terlalu sayangkan dan menghormati haiwan peliharaan itu.  Rata-rata kita mengenali Abu Hurairah sebagai seorang Rawi Hadis yang terkenal. Dalam kesibukan beliau menyampaikan dakwah, mengahafaz hadis, tidak pernah sekalipun beliau mengabaikan sikap peramah beliau terhadap kucing.  

Abu Hurairah sentiasa menyayangi kucing. Pernah di rumahkannya kucing yang baru diperoleh di tepi jalan didalam lengan jubahnya, dan dibawanya kucing tersebut bersiar-siar sebelum dibawa pulang ke rumah. Seperti yang diperkatakan tadi, kucing adalah makhluk Allah dan mempun

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.   

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr (nama sebenar Abu Hurairah) menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing




30 comments:

  1. Saam jumaat kak ..byknya gambar kucing...sya suka..tima kasih berkongsi cerita kak ^_^

    ReplyDelete
  2. SALAM JUMAAT..Kucing2 ni memang comel kan...tq adrianna syaz.

    ReplyDelete
  3. singgah sini. terima kasih ye kak sudi datang blog licha.
    licha tak minat sangat kucing sebab problem tapak tangan berpeluh :( kalau pegang je mesti bulu melekat kat tangan

    ReplyDelete
  4. salam jumaat kak.. aiza peminat kucing.. bagus artikel mengenai kucing ini kak, bersama kita mencontohi rasulullah saw dan abu hurairah.. :D

    Entri Terkini: Sukar Memaafkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat aiza...kucing2 ni pembawa rezeki juga...nanti kak baca entri terkini aiza...tq Mizz Aiza.

      Delete
  5. yeke..ramai juga yg alah dgn bulu kucing yg boleh sebabkan asma, xmengapa asal jgn mengabai n menganiayainya....tq Liza Licha.

    ReplyDelete
  6. wah peminat kucing ni...teringat entry annies si chomel...mmg comel...tq Khairin annies.

    ReplyDelete
  7. suka tengok kucing oren yang bertenggek atas palang kayu tu. Nampak malas tapi comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing2 comel xpuas dipandang...tq Seri Selaseh sudi singgah blog kak.

      Delete
  8. Kucingnya lucu-lucu ya, ternyata kesayangan Nabi ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya nabi SAW sangat sayangkan kucing....tq Semuainfo.

      Delete
  9. Walau kucing binatang yg jinak, lembut dan comel tapi kakak ni takut kucing. Tapi org tak tahu sebab kakak selalu bagi kucing makan di belakang rumah kakak ( tapi tak masuk rumah), jadi ada org suka buang kucing belakang rumah kakak - risau juga. Tak tahulah sampai bila kakak boleh buang rasa geli/takut ni... Kalau tengok gambar comel macam ni kakak suka.

    Rasulullah sendiri sanggup menggunting sebahagian dari pakaian yg ditiduri kucing menunjukkan kasihnya baginda pada kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ada juga kucing yg garang n xmahu didekati...kak juga macam kakzakie kalau makan teringatkan kucing di belakang rumah n sentiasa diberikan makanan. hendak membelanya elok2 dh xlarat nk mengurusnya. dibiarkan saja mrk bebas secara alami. kasih sayang nabi saw terhadap kucing ternyata amat besar n sepatutnya dicontohi...sunnah yg berpahala.

      Delete
  10. comelnya.. kucing adalah binatang kesayangan nabi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..mrk yg membelanya in sya Allah akan dilimpahkan rezeki berganda...tq acik Aku Penghibur.

      Delete
  11. Comel2 dan manja2 kucing2 tu... hehe... idah tak berapa suka kucing kak... even binatang lain pun hehe... tak suka idah tu bukan bermakna bila dia datang kita pukul2 dia... tak.. cuma nak pegang sikit2 ok laa.. nak peluk2 sangat tu idak... lain dengan anak2 idah & babah dorang... suka betul binatangg...

    ReplyDelete
  12. yeke...maknanya sukalah juga cuma xterlalu merapati mcm yg berminat sangat n anak2 idah/babahnya suka n kasihkan kucing oklah tu...tq acik idah

    ReplyDelete
  13. sangat comel sis..kucing binatang kesayangan nabi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sangat comel kucing2 ni...kucing binatang perhiasan rumah...tq Ahmad Sobri.

      Delete
  14. saya pun suka kucing.. ada banyak sebenarnya kaitan antara kucing dalam islam.. untuk maklumat lanjut, boleh tengok sini :
    kucing dalam islam

    ReplyDelete
  15. saya tidak terlalu suka dengan kucing, saya suka bersin kalau didekat kucing

    ReplyDelete
  16. alahan dengan bulu kucing ni...tq Abdul Kholiq Hasan.

    ReplyDelete
  17. Waah lucu2 kucingnya kak...pada kucing ini memang terdapat banyak kelebihan ya...sayapun di rumah pelihara kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke bagus tu, murah rezeki in sya Allah..tq wewengkong sumedang.

      Delete
  18. Saya juga pecinta kucing. karena lucu, menggemaskan dan tidak haram untuk memeliharanya. kalau pelihara Dog haram air liur nya..

    ReplyDelete
  19. yeke.. bagus tu...kucing tu perhiasan rumah yg hidup..tidak menjijikan...dog
    ? Islam tidak menganiaya dog tapi tidak dibela berkeliaran dalam rumah...mungkin boleh sebagai penjaga rumah n tempatnya diluar rumah....tq Achmad Fazri...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”