Buah Mengkudu yang juga disebut sebagai buah noni oleh masyarakat barat atau nama saintifiknya “Morinda Citrifolia” diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar ratu tumbuhan.
Kajian saintifik mengenai buah mengkudu atau buah noni telah dilakukan sejak 45 tahun lalu. Saintis
pertama yang mengkaji tentang buah Noni ialah seorang ahli biokimia yang terkenal, Dr. Ralph Heinicke. Semasa Dr. Heinicke membuat kajian mengenai bromelain nanas di Hawaii, Beliau mendapati nanas mengandungi proxeronine. Pada masayang sama beliau turut mendapati kandungan proxeronine dan proxeronase dalam buah noni lebih tinggi daripada nanas. Maka, Dr. Heinicke telah merumuskan bahawa buah noni adalah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.
mmg byk khasiatnyer, itu pun masih ramai yang tak tau kan !
ReplyDeleteKALAU XTAU KENALAH AMBIL TAU KAN KA...TQ
ReplyDelete