Friday, 12 April 2013

PILIHAN SARAPAN PAGI....SEDAPNYER....

SARAPAN PAGI MEMANG SANGAT PENTING DAN PERLU DIAMBIL PADA AWAL PAGI. GUNA UNTUK MENJANA TENAGA AGAR LEBIH CERGAS MENGURUSKAN SETIAP PERANCANGAN YANG DIRENCANAKAN. PERLAKSANAANNYA HARUS MANTAP DENGAN DIBANTU DIRI YANG KUAT SIHAT.

SARAPAN PERLU DIAMBIL MENGIKUT KEPERLUAN BADAN SESEORANG YANG AKAN MEMBERI TENAGA KEPADANYA UNTUK MENGERJAKAN SESUATU PERKERJAAN SAMAADA BERAT ATAU RINGAN.

DULU-DULU TIKA TINGGAL BERSAMA TOK/TOKWAN DI KAMPUNG, SARAPAN KAMI SETIAP PAGI ADALAH NASI LEMAK, NASI UBI, PULUT TANAK BERSERTA KELAPA KUKUR DAN LAUKNYA IKAN KERING, LEMPENG KELAPA JUGA KUIH-KUIH YANG MUDAH..KESEMUANYA DIMASAK SENDIRI. KEBANYAKANYA JENIS SARAPAN YANG BERAT DAN TINGGI KABOHIDRAT YANG MEMBEKALKAN TENAGA.

TENAGA YANG BANYAK PERLU DISIMPAN UNTUK BERKERJA DI TENGAH SAWAH SEPANJANG HARI MENANAM PADI ATAU BERADA DI TENGAH LAUT MEMUKAT IKAN SEBAGAI NELAYAN SEHINGGA REMBANG.

KINI SARAPAN CARA BEGITU TIDAK DIGEMARI LAGI KERANA TIDAK RAMAI LAGI YANG PERLU BERKERJA KERAS SEPERTI ORANG DULU-DULU KERANA SETIAP PERKERJAAN LEBIH MUDAH DILAKUKAN DENGAN BANTUAN ALATAN-ALATAN CANGGIH.

ORANG SEKARANG WORK SMART NOT WORK HARD....

LAGIPUN SEKARANG INI SENANG UNTUK MENDAPATKAN MAKANAN UNTUK BERSARAPAN DAN BERJENIS-JENIS PULA TANPA PERLU MENYUSAHKAN DIRI MEMASAKNYA DENGAN MEMBELI DARIPADA PEDAGANG-PEDAGANGNYA...


PIC RAZALELA ABD.RAHMAN

PIC NAZIMA SHIMA

PIC KAK CHAQ

PIC NAZIMA SHIMA


4 comments:

  1. kalau kat negeri saya nun di pantai timur,sarapan adalah berat.nasi berlauk,nasi kerabu..memula kawen suami sukar terima sebab dia biasa makan roti canai utk sarapan..hehe

    umur dah meningkat ni sarapan pun sekadar alas perut.kalau nasi lemak hari2 makin naik la badan saya

    ReplyDelete
  2. salam irfa...tak kiralah apapun jenis makanannya asalkan mesti bersarapan kan irfa. kak ni xboleh xbersarapan sbb dh terbiasa sejak kecil...tksh irfa

    ReplyDelete
  3. KA sarapan mesti,... tpi kurang minat yg manis2 ..

    ReplyDelete
  4. tq KA manis2 tu eloklh dikurangkan

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”