Tuesday, 16 April 2013

HAPPY BIRTHDAY AN...

AN MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRANNYA HARI INI. TELAH DEWASA ANAK NAN SEORANG INI. KINI SEORANG ARKITEK LANSKAP DI SEBUAH FIRMA ARKITEK LANSKAP DI SUBANG.

SEPANJANG MASA HIDUP KECILNYA HANYA DI SISI IBUNYA YANG LUMPUH SEPARA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA SEDANG KAKAKNYA IBU HANTAR TINGGAL DI ASRAMA, SEMENTARA ABANG DAN ADIKNYA TINGGAL BERSAMA AYAH MEREKA. IBUNYA BERUSAHA SEDAYA UPAYA MENJAGA KEMASHLAHATANNYA, MEMBERIKAN DIDIKAN YANG SEMPURNA SETAKAT MANA KEMAMPUANNYA.

SYUKUR ALHAMDULILLAH .....ALLAH TIDAK PERNAH MELANTARKAN HAMBANYA YANG TERLANTAR SAKIT DENGAN PENDERITAAN YANG BERTERUSAN. AN PULA MEMAHAMI NASIB IBUNYA DAN TIDAK PERNAH BANYAK KERENAH MENYULITKAN KEHIDUPAN MEREKA BERSAMA.

ADUHAI ANAK MASA PERIH JERIHMU TELAH BERLALU, NAMUN SESEKALI RENUNG SEMULA SILAM LALU YANG PERLAHAN-LAHAN MEMBENTUKMU MENJADI DEWASA KINI.

SELAMAT HARI LAHIR ANDRESYAH OMAR SEMOGA HIDUPMU DIBERKATI REZEKI YANG MELIMPAH, BERSYUKUR DENGAN ANUGERAHNYA, SIHAT WALAFIAT, BERBAHAGIA DAN PANJANG UMUR....AMIN...

7 comments:

  1. selamat hari lahir untuk AN
    semoga diberkati hidupnya
    amin

    ReplyDelete
  2. tq Irfa...anak teruna kak tu...

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir buat AN yer , alhamdulillah dikurniakan anak sebaik ini kak!

    ReplyDelete
  4. tq KA alhamdulillah syukur kpd Allah...

    ReplyDelete
  5. andresyah...seorng sahabat yg sgt baik dan berbudi pekerti..susah nk jmpa seorang sahabat spt dia.bertuah mcik miliki ank bujang seprtinya.

    ReplyDelete
  6. wah sangputeri kenal rapat dengan an yer...keciknya dunia maya ni. an tu gitulah putri sederhana serba-serbi n seorang anak yg baik. mcik tulis hal besday dia kat blog marah sungguh dia...tq sang puteri.

    ReplyDelete
  7. knpa plak dia nk marah..sepatutnya dia bbangga punya mak yg rajin berkongsi ilmu n hasil penulisan..jg pndai mnyusun bait2 ayat2..mmg sgt knl, hrp dpt jmpa dia lg.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”