Friday, 23 May 2014

BUAH-BUAHAN TEMPATAN ENAK LAGI BERKHASIAT...



ASSALAMUALAIKUM...

SEDAPNYA KALAU DAPAT MAKAN DURIAN, RAJA SEGALA BUAH INI YER....DURIAN SUDAH BERMUSIM KAH SEKARANG? RASANYA BELUM LAGI KOT. KALAU SEDANG BERMUSIM TENTU MUDAH MENDAPATKANNYA KERANA TERJUAL DIMANA-MANA. MEMAKANNYA BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN PANAS SELURUH  BADAN. MEREKA YANG ADA GEJALA PENYAKIT TIGA SERANGKAI JUGA TIDAK DIGALAKAN MEMAKANNYA.  PENYAKIT APA TU? PENYAKIT KRONIK BIASA  IAITU, SAKIT JANTUNG, DIABETIS DAN DARAH TINGGI. PANTANG TU...MUNGKIN KERANA KANDUNGAN GULANYA YANG TINGGI AKAN MENJEJASKAN TAHAP KESIHATAN PENGIDAP PESAKIT YANG BEGITU.
pic selendang delima


PIC QASEH SHA ABDULLAH


BETIK JUGA TIDAK KURANG LAZATNYA. RASANYA YANG MANIS BERSAHAJA DAN PUNYAI BANYAK KHASIAT TERUTAMA MEMUDAHKAN PENCERNAAN. BOLEH JUGA BERULAMKAN PUCUK BETIK MUDA SEKIRANYA INGIN MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI. RASANYA AGAK PAHIT SEDIKIT. TAPI PAHIT KAN UBAT...MUJARAB LAGI. BUAHNYA YANG SEDANG-SEDANG MENGKAL TUA ENAK DIJADIKAN SAYURAN. RAMPAIKAN DENGAN UDANG, SOTONG, IKAN BILIS DLL PASTI LAZAT. 





WAH! PISANG EMAS INI MASAK MENGUNING DI POHONNYA. NAMPAK SEGAR AMAT. TAPI KALAU TERJUMPA DEK MONYET DAN BURUNG-BURUNG MEMANG TIDAK SEMPAT DIBAWA BELAYAR LAGI SEPERTI KATA PANTUN MELAYU, PISANG EMAS BAWA BELAYAR. MASAK SEBIJI DI ATAS PETI...............................
KHASIAT TENTANG PISANG TERSANGATLAH BANYAK. SEBAB ITU ORANG TUA DAHULU MEMBERI BAYI MEREKA MAKAN PISANG EMAS YANG DILENYEK. YANG INGINKU KONGSIKAN CUMA KHASIAT KULIT PISANG. TERNYATA BERGUNA UNTUK MENGHILANGKAN PARUT AKIBAT KECELAKAAN JIKA DISENTAL BERULANG KALI DENGAN BAHGIAN ISI KULIT PISANG YANG LEMBAB ITU.



YANG NI DURIAN BELANDA. RASANYA ADA YANG MASAM, ADA YANG MANIS. DAN ADA YANG PUNYAI GABUNGAN KEDUA-DUA RASA. SEDAP DIMAKAN SEGAR ATAU DIBUAT JUS. BOLEH JUGA YANG AGAK MENGKAL DIGORENG SEPERTI KELEDEK. BANYAK BETUL POHON INI TUMBUH DI DUSUN-DUSUN SEHINGGA ORANG KAMPUNG TIDAK MEMPERDULIKANNYA. MUTAKHIR INI RAMAI YANG MENGETAHUI BUAH INI BOLEH MENJADI PENAWAR KENSER. KALAU DULU TIDAK BERHARGA DAN TIDAK DIPEDULI KINI SEBALIKNYA. SENTIASA DICARI DAN HARGANYA MAHAL JUGA.


PIC QASEH SHA ABDULLAH



16 comments:

  1. 3 tandan pisang di belakang dapur saya masih belum masak..kalau masak mmg tak abis makan.insya Allah ada rezki utk jiran2 ;)

    ReplyDelete
  2. wah banyak rezeki irfa dan boleh dikongsi dengan jiran2 berhampiran....tq irfa

    ReplyDelete
  3. sedapnya durian, gaul dengan nasi pun sedàptapi suka ratah tapi tak cukup seisi keluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yala makan nasi dgn durian pun sedap...kak mmg suka...tq babYpose

      Delete
  4. As Salam Kak...betik yang kuning tu...betik apa kak...pernah tengok tapi tak tau namanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik...kak lagila xtau xpernah tengok pun...jumpa pic kat fb kot...tq Anak Kuala.

      Delete
  5. dunia terbaik.. memang sedap!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes terbaik n sedap...tq acik Aku Penghibur.

      Delete
  6. Tadi baru je makan durian.. Hmm.. kenapa pisang belanda dinamakan sebegitu rupa ea? Ada kaitan dengan Sejarah dulu-dulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan pisang belanda tapi durian belanda...agaknya orang2 belanda sukakan durian yg durinya tak tajam mcm durian biasa kot...biasala org dulu2 suka menamakan sesuatu mngikut apa yg dilihat mrk..tq Yun Sing.

      Delete
  7. suka buah-buahan tempatan.. sedap dan byak khsiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah2 tempatan ada di sekitar kita n segar lagi...tq Sobri Yaakob.

      Delete
  8. durian belanda tu buat ais krim pun sedap ...

    ReplyDelete
  9. yeke kena cuba tu...tq Qaseh Vee

    ReplyDelete
  10. kat rumah saya banyak ada tanam pokok pisang...

    ReplyDelete
  11. senang nk makan pisang n xpayah dibeli...tq Pha Is.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”