Tok Perak added a
photo from March 30, 2013 to his timeline.
Kekadang kita lupa SIAPA SEBENARNYA KITA…kita marah ,geram tapi tak pernah merasa bersalah atau ingin berubah….. kalau dah begitu “ Janganlah kita mengharapkan bayang bayang akan menjadi lurus andainya kayu itu sendiri telah sedia bengkok…. Mustahil bayang itu akan menjadi lurus….
PERNAHKAH KITA TERDETAK DI HATI BAHAWA KITA INI SANGAT CANTIK KERANA MILIKI KECANTIKAN YANG MEMBANGGAKAN KITA. DAN KITA MEMANDANG SINIS KEPADA MEREKA YANG BERPERAWAKAN SEDERHANA.
KADANGKALA KITA MERASA KITALAH YANG TERSANGAT PANDAI LANTARAN BIJAKSANA CEMERLANG DI DALAM PEPERIKSAAN SEDANGKAN YANG LAIN BODOH-BODOH KESEMUANYA KERANA GAGAL.
MEMANG MUNGKIN KITA MENAKRIFKAN DIRI KITA TERLALU BAIK BERBANDING YANG LAIN YANG BURUK PERKERTINYA BERBANDING KITA DAN KITA MENOLAK UNTUK BERGANDING DENGAN MEREKA INI.
PENDEK KATA APA SAJA BERKENAAN DIRI KITA SERBA SEMPURNA. DAN KITA MERENDAHKAN ORANG LAIN PALING BAWAH WALAU KITA TIDAK TAHU KEISTIMEWAAN MEREKA YANG KITA ANGGAP BIASA-BIASA SAJA INI.
NAMUN JANGAN KITA LUPA YANG MAHA TINGGI DI ATAS ITU SENTIASA MEMPERHATIKAN SETIAP PERILAKU HAMBANYA. DAN KITA YANG BERASA DIRINYA TERSANGAT CANTIK, TERSANGAT PANDAI, TERSANGAT BAIK, TERSANGAT SEMPURNA HARUS BERSEDIA PULA DENGAN UJIAN-UJIAN-NYA YANG BAKAL DIHADAPI....
UJIAN-UJIAN YANG BAKAL MENDATANGI TENTULAH YANG SEBALIKNYA DAN LANGSUNG TAK TERFIKIRKAN DEK KITA.
yup betul tu kak, setuju sgt !
ReplyDeletetq KA setuju dgn kak
ReplyDelete