Thursday, 17 January 2013

MENGADAP PENGURUS RANCANGAN...



mengadap pengurus rancangan.

by Paridah Ishak on Saturday, March 26, 2011 at 8:22am ·
Aku baru berangan-angan hendak menulis tentang satu kes kepincangan keluarga yang berlaku di sini melibatkan seorang yang kukenal baik. Kisah seorang isteri yang diabaikan suaminya lantaran suaminya berkahwin lagi dan isteri tuanya terpaksa meninggalkan rumah yang pernah dikongsi bersama kerana tidak mahu dimadu.

Isterinya mengemukakan beberapa tuntutan hak harta sepencarian namun tiada penyelesaian yang memihak kepada isteri malang, malang kah? pasti. Malang kerana dimadu. malang pula kerana tersisih dari cara kehidupan yang menjadi haknya.

Entah dimana silapnya dan entah dari mana  puncanya  tuan pengurus dapat mengetahui hasratku itu. Dah terpaksa pula mengadap En.Yaakob Othman suami kepada kak saadah itu. Inilah pengalaman pertamaku berdepan dengan risiko sebgai penulis kecil. tidak semua akan menyukai apa yang aku tulis dengan alasan-alasan mereka tersendiri. 

En.Yaakob menerangkan kepadaku duduk perkara sebenarnya tentang kes itu. Tentulah aku tidak akanku dedahkannya di sini. Akupun lemah semangat hendak membentangkan kisah itu dalam penulisanku. Belum ditulis pun aku terpaksa berdepan dengan pengurus. apalagi setelah ditulis dan ada rezeki disiarkan pula entah dengan pihak mana pula aku kena berdepan. tak mahulah aku...

4 comments:

  1. kadang2 niat kita nak berkongsi tp di salah erti
    kesian sungguh pd isteri yg teraniaya itu

    ReplyDelete
  2. yelh irfa naik baik kita kadangkala disalahertikan...

    ReplyDelete
  3. kalau niat kita ikhlas apa salahnyer kak! lam x menulis, moga akak sihat ye

    ReplyDelete
  4. Kalau dah sihat kemabli menulis ye kak!

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”