"Berapa banyak pendapatan bulan ni Idah...?"
"Adalah sikit...kadang dua ribu kadang tiga kadang 4. Ikut jumlah tan buah sawit yang dikait dan harga semasa di pasaran."
Idah bercakap dengan arif sesuatu yang diketahuinya pasti sebagai penerokawati.
"Kau ladang serah pada felda pertanian kan? Berapa yang felda bayar?"
"Adalah seribu...dulu tu felda bayar dekat 1500...la ni felda bayar ikut banyaknya tan buah yang dikeluarkan ladang..tapi tahu sajalah kalau bukan kita sendiri yang urus, hasil yang banyak pun akan jadi sedikit sampai bila-bila. Kita nak urus sendiri kita pun tak daya...lainlah kau ada suami yang rajin uruskan ladang..."
"Cukuplah tu kau duduk saja je...tiap bulan duit masuk...lagipun nak buat apa duit banyak-banyak kan...heh..heh..."
'Duit banyak nak buat apa? Duit seribu cukup ke nak berbelanja sebulan.' Suara hatinya mengiring senyum tawar.
Friday, 21 December 2012
Sunday, 16 December 2012
SEKEPING KAD HARI LAHIR
KAU KIRIMIKU SEKEPING KAD HARI LAHIR
SEDANG PERKENALAN BERMULA SEMALAM
LEWAT MAYA LEWAT UDARA
MESKI SEBENARNYA PERTEMUAN ANTARA KITA
TELAH LAMA BERLAKU
PULUHAN TAHUN DAHULU....
AH...INDAHNYA MOMEN ITU...
TERSIMPAN KAD KIRIMANMU
DI DINDING MAYA
HANYA KERNA ITU
SATU-SATUNYA YANG KUMILIKI
DARIMU...
INGINKU BALAS
KAD KIRIMANMU SEMALAM
SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG PERSAHABATAN
NAMUN KELIRU KEMANA HENDAKKU ALAMATKAN...
AH...DI MANA SAJA KAU BERADA
AKU PASTI KAU BAHAGIA DAN GEMBIRA
APA LAGI DI SISI-NYA
SRKEPING KAD HARI LAHIR UNTUKMU
BERTINTA INDAH AYAT SUCI ALFATIHAH
DAN DOA-DOA KESEJAHTERAAN UNTUKMU
SAHABAT YANG DIKENANG...
AL- FATIHAH CIK RUSDAN TEH DAN SELAMAT HARI LAHIR..14 DIS12
SEDANG PERKENALAN BERMULA SEMALAM
LEWAT MAYA LEWAT UDARA
MESKI SEBENARNYA PERTEMUAN ANTARA KITA
TELAH LAMA BERLAKU
PULUHAN TAHUN DAHULU....
AH...INDAHNYA MOMEN ITU...
TERSIMPAN KAD KIRIMANMU
DI DINDING MAYA
HANYA KERNA ITU
SATU-SATUNYA YANG KUMILIKI
DARIMU...
INGINKU BALAS
KAD KIRIMANMU SEMALAM
SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG PERSAHABATAN
NAMUN KELIRU KEMANA HENDAKKU ALAMATKAN...
AH...DI MANA SAJA KAU BERADA
AKU PASTI KAU BAHAGIA DAN GEMBIRA
APA LAGI DI SISI-NYA
SRKEPING KAD HARI LAHIR UNTUKMU
BERTINTA INDAH AYAT SUCI ALFATIHAH
DAN DOA-DOA KESEJAHTERAAN UNTUKMU
SAHABAT YANG DIKENANG...
AL- FATIHAH CIK RUSDAN TEH DAN SELAMAT HARI LAHIR..14 DIS12
Thursday, 13 December 2012
Tuesday, 11 December 2012
Sakitnya.....aduh'
Asalamualaikum kawan kawan blog, Facebook yang sentiasa diingati. Insyaallah berkat doa kalian hamba Allah nan seorang ini kembali berblogging untuk menyukakan hatinya sambil menghambat masa agar cepat berlalu.
Jikalau waktu sihat banyak sungguh kerja yang hendak dibuat dan terasa masa yang diberi Allah selama 24 jam sehari tidak pernah cukup tapi kini setelah hanya dapat terbaring saja di katil masa begitu mewah kepada kita untuk mengisi ya namun tidak terdaya justeru yang yang dirasai semata.mata kesakitan.
Walau apapun alasannya jangan lupa solat zikir sirip tasbih sambil melafaz ayat ayat suci penenang jiwa pengubat luka. Sesungguhnya Allah yang menentu segalanya. Apa yang dikehendaki Nya itu luah yang terjadi.....
Jikalau waktu sihat banyak sungguh kerja yang hendak dibuat dan terasa masa yang diberi Allah selama 24 jam sehari tidak pernah cukup tapi kini setelah hanya dapat terbaring saja di katil masa begitu mewah kepada kita untuk mengisi ya namun tidak terdaya justeru yang yang dirasai semata.mata kesakitan.
Walau apapun alasannya jangan lupa solat zikir sirip tasbih sambil melafaz ayat ayat suci penenang jiwa pengubat luka. Sesungguhnya Allah yang menentu segalanya. Apa yang dikehendaki Nya itu luah yang terjadi.....
Tuesday, 13 November 2012
BUNGA-BUNGA SEPI.MELINGKARI HATI...
Hatinya menyendiri lagi
sepi melingkari hati
jiwanya masih sudi berkongsi fikiran
hatinya masih sudi berkongsi rindu
rindunya masih sudi berkongsi resah
puas disoalnya hati dan perasaan
penuh gambaran kenangan-kenangan silam
apakah kesudahan sang nasib diri
kalau boleh tidak mahu lagi
menjadi mangsa janji-janji manis
bagai habis madu sepah di buang
bunga-bunga sepinya
cuba merongkai untuk bangun sendiri
gelaran demi gelaran diterimanya
sangat menyakitkan hati
mujurlah perasaannya masih terkawal
sabar memagari marahnya
dia berfikir dan berdoa
akhirnya dia pasrah dengan takdir.
Muhd Adnan Bahari
Selayang Baru
8 November 2012
Monday, 12 November 2012
SELIRATAN CINTA BAB 21....
Anita dan Sarina baru saja selesai mengadapi juadah hidangan makan
malam yang disediakan Anita. Anita suka memasak dan memang hobinya memasak
seperti kebanyakan anak gadis yang lain.
Tetapi Sarina tidak begitu. Dia hanya tahu memasak mi segera dan
menggoreng telor sahaja. Sekiranya hendak menyediakan resepi yang rumit
dibiarkan saja Anita seorang yang menyingsing lengan melakukannya. Dia hanya
tahu duduk bersila dan menyuapnya ke mulut apabila segalanya sudah siap
terhidang di hadapannya..
Sudah kenyang menjamu selera Sarina berlunjur kaki di hadapan TV. Di
tangannya tergenggam alat kawalan TV yang mengandungi berbagai saluran pilihan.
Banyak program drama yang disiarkan beberapa rangkaian TV dijayakan
teman-teman dramatis yang dikenalinya tapi dia tidak berminat menontonnya
kerana tidak ada dirinya berperanan di situ. Jika ada wajahnya terpampang di
skrin TV barulah seronok dia hendak menontonnya.
Ralit pula dia menikmati siri National Geographic yang memaparkan aktiviti skuba di sebuah pulau
yang indah. Dia berharap sangat pulau yang akan dikunjunginya kerana sesi shooting drama terbaru itu secantik
pulau yang sedang ditontonnya dan ada aktiviti menyelam ke dasarnya bermain
dengan ikan-ikan di celah terumbu karang. Alangkah seronoknya dapat mencuba
pengalaman baru yang tidak pernah dirasai selama hidupnya.
Anita sedang mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan tadi.
Selesai mencuci, mengelap dan menyusunnya di atas rak pinggan, dia meninggalkan
ruang dapur sempit itu menuju ke biliknya.
Dia melihat Sarina menjawab telefon yang baru saja berdengut
beberapa saat tika melintas ruang tengah tempat Sarina sedang bersantai..
“Hei…Datuk Shaari. Apa khabar? (Terhenti) Saya sedang relek menonton TV. Tak buat
apa-apa pun. (Terhenti). Esok call time
shooting pukul 8 pagi. (Terhenti) Nanti sekejap Datuk ya, saya perlahankan
suara TV.”
Anita menghampiri Sarina dan menunjuk isyarat bahawa dia sedang
tidur. Dia dapat mengagak Datuk Shaari bertanya tentang dirinya dan ingin
bercakap dengannya. Sarina memandang teman dengan wajahnya yang penuh gaya itu.
Mouthpiece handphone ditutupnya. Dia
ingin memberi tumpuan kepada apa yang akan dituturkan Anita kepadanya.
“Kalau dia tanya aku kau. katakan aku dah tidur. Kalau tidak kau
kena penumbuk aku ni.” Anita memberi amaran keras kepada teman yang hanya
tersengih kepadanya, melihat genggaman buku limanya yang kecil itu.
‘Hai Nita, Nita ada hati nak tumbuk aku! Setakat buku lima kau yang
kecil tu aku tak hairan langsung beb…’ dia kembali leka melayani bualan
tetamunya yang menjengah suaranya di hujung talian.
Anita berlalu menuju
biliknya. Telinganya dilekapkan ke dinding untuk mendengar perbualan Sarina
dengan Datuk Shaari seterusnya.
“Anita? Dia dah tidurlah
Datuk. Hai Datuk tanyakan dia seorang saja ke? Saya ni kan ada.” Anita tidak
lagi mahu mendengar ocehan Sarina bersama Datuk itu yang disertai dengan
kekehan yang mengelikik dan manja sesekali kedengarannyanya. Sangat
memualkannya sehingga membuatnya mencebik bibir.
“Hai…Sarina…Sarina…orang tua yang sebaya dengan ayah kau pun
teringin kau layan.” Getusnya perlahan.
Anita merebahkan dirinya di atas katil. Komputer di mindanya
merangka-rangka sesuatu keputusan yang akan diambilnya.
“Ini drama aku yang terakhir.
Lepas ni aku akan cari kerja lain. Lantaklah kalau kerja kilang sekalipun.”
Jika tiada sebarang gangguan dari orang-orang yang berwatak seperti Datuk
Shaari di dalam kehidupannya, dia pasti amat selesa sebagai seorang dramatis.
Tetapi gangguan yang menggoda dan menggugah keteguhan iman itu
menyusutkan keghairahannya bergelar artis. Dia ingin lari jauh dari keserabutan
yang merusuh mindanya itu. yang didambakan dalam hidupnya kini hanya rezeki
halal yang diperolehi dan memberikannya ketenangan jiwa.
Anita ingin menjadi seorang anak yang baik dan sentiasa patuh dengan
pesanan ibunya. Kata ibunya pandai-pandailah menjaga diri jikalau bertekad
hendak menjadi seorang artis kerana kehidupannya bukan seperti laut yang tenang
tidak bergelombang. Tetapi badai yang menderu tidak disangka-sangka akan
menghanyutkan diri sesaorang itu jauh dari daratan dan sasaran yang diharapkan.
Jadilah seorang anak yang berakhlak dan beriman. Tidak tercemar noda
yang mengaibkan. Hidup muda ini tidaklah terlalu panjang, Singkat amat untuk dipertahankan. Jikalau
titik noda terpalit ketika usia muda, penyesalan sepanjang hayat langsung tidak
berguna. Kerana titik noda yang mengaibkan itu akan kekal selamanya.
Pesanan ibunya laksana
hamburan mutiara-mutiara putih jernih yang terlepas dari kalungan. Sangat
berharga dan perlu dikutip dan disisip kemas di lipatan sanubari.
Anita sangat merindukan ibunya yang tinggal di sebuah rumah bertiang
tinggi terletak di tengah bendang di sebuah negeri di utara. Sekarang ini ibu
sedang buat apa agaknya? Mungkin sedang terbaring keletihan kerana siangnya
menabur baja pada anak-anak padi. Atau merumput di dalam petak.
Jikalau mengharapkan pulangan hasil yang lumayan tentulah perlu
melakukan semua kerja-kerja itu dengan rajin. Dia kasihankan ibunya kepenatan
kerana telah sekian lama melakukan rutin itu dan dia tidak dapat lagi hendak
meringankan beban kedua-dua ibu bapanya kerana tidak punya penghasilan yang
tetap.
Bapanya pula tentu sedang menyiapkan pukat yang hendak diturunkan ke
tengah laut pada awal pagi esoknya untuk menangkap ikan, udang, ketam atau
sotong. Kedua-dua ibu-bapanya saling bertolong bantu mencari rezeki mengikut
keupayaan masing-masing demi menyara dan mencukupkan keperluan empat orang lagi
adik-adik Anita yang masih bersekolah.
Sungguh berat bebanan kedua-dua ibu-bapanya itu dan dia tidak mahu
lagi menyusahkan hati ibu-bapanya dengan perbuatan yang akan memalukan
kedua-duanya.
Dia tertidur sambil membayangkan wajah ibunya dan bapanya yang
tersenyum kepadanya.
Tuesday, 6 November 2012
ORKID-ORKID YANG DITINGGALKAN...
SUDAH HAMPIR DUA MINGGU MENUMPANG TINGGAL DI RUMAH ANAK/MENANTU DI PINGGIR BANDARAYA KL DENGAN HARAPAN KESIHATAN YANG MEROSOT KEMBALI PULIH SEDIKIT. ADA JUGA PERUBAHANNYA INSYAALLAH....
DAN HATI PUN MULA TERKENANGKAN ORKID-ORKID YANG BERGANTUNGAN DI SERAMBI RUMAH...APALAH KABARNYA. TIKA DITINGGALKAN BANYAK YANG SEDANG BERKUDUP...
JIRAN BAIKKU KAK IDAH TELAH BERJANJI HENDAK MENOLONG MENYIRAMKANNYA.
KASIHAN ORKID-ORKIDKU PABILA TUANNYA SAKIT ORKID-ORKIDNYA PUN TURUT SAKIT...
DAN HATI PUN MULA TERKENANGKAN ORKID-ORKID YANG BERGANTUNGAN DI SERAMBI RUMAH...APALAH KABARNYA. TIKA DITINGGALKAN BANYAK YANG SEDANG BERKUDUP...
JIRAN BAIKKU KAK IDAH TELAH BERJANJI HENDAK MENOLONG MENYIRAMKANNYA.
KASIHAN ORKID-ORKIDKU PABILA TUANNYA SAKIT ORKID-ORKIDNYA PUN TURUT SAKIT...
Sunday, 4 November 2012
HARTA YANG HILANG....
HARTAKU TERLALU SEDIKIT BERBANDING MEREKA YANG MEWAH KAYARAYA. TAPI AKU SANGAT-SANGAT MEMERLUKAN HARTAKU YANG SEDIKIT ITU UNTUK MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUPKU SEKIRANYA ALLAH MENGATAKAN TAKDIRNYA BEGITU UNTUKKU.
HARTA YANGKU MAKSUDKAN ITU HANYALAH SISA-SISA TENAGA YANG DIKEMBALIKAN KEPADAKU SETELAH TIGA TAHUN TERLANTAR AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA.
SEKIAN LAMA AKU MENGURUSKAN HIDUPKU MEMBESARKAN ANAK-ANAK DENGAN TENAGAKU YANG SEDIKIT ITU KINIKU RASA ALLAH SEDANG MEMPERLIHATKAN TANDA-TANDA BAHAWA APA YANG DIPINJAMKAN KEPADAKU AKAN DIAMBIL KESELURUHANNYA.
HANYA BERSEDIA PASRAH DAN REDHA. INNALILLAH,,,DARIPADA ALLAH KITA DATANG KEPADA-NYA KITA KEMBALI....
DAPAT BERINTERAKSI DI LAMAN MAYA BERSAMA TEMAN-TEMAN YANG SUDI MEMBACA SETIAP CATATANKU SANGAT MENGGEMBIRAKANKU, MOHON MAAF SETIAP SEGALA KEKURANGAN YANG TERSENGAJA ATAU TIDAK.
TERIMAKASIH BANYAK KAWAN-KAWAN FB/BLOG YANG MENDOAKAN KESEMBUHANKU...INSYAALLAH DOA-DOA YANG TULUS SUCI AKAN BERKAH MENEMBUSI HIJABNYA...AMIN!
HARTA YANGKU MAKSUDKAN ITU HANYALAH SISA-SISA TENAGA YANG DIKEMBALIKAN KEPADAKU SETELAH TIGA TAHUN TERLANTAR AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA.
SEKIAN LAMA AKU MENGURUSKAN HIDUPKU MEMBESARKAN ANAK-ANAK DENGAN TENAGAKU YANG SEDIKIT ITU KINIKU RASA ALLAH SEDANG MEMPERLIHATKAN TANDA-TANDA BAHAWA APA YANG DIPINJAMKAN KEPADAKU AKAN DIAMBIL KESELURUHANNYA.
HANYA BERSEDIA PASRAH DAN REDHA. INNALILLAH,,,DARIPADA ALLAH KITA DATANG KEPADA-NYA KITA KEMBALI....
DAPAT BERINTERAKSI DI LAMAN MAYA BERSAMA TEMAN-TEMAN YANG SUDI MEMBACA SETIAP CATATANKU SANGAT MENGGEMBIRAKANKU, MOHON MAAF SETIAP SEGALA KEKURANGAN YANG TERSENGAJA ATAU TIDAK.
TERIMAKASIH BANYAK KAWAN-KAWAN FB/BLOG YANG MENDOAKAN KESEMBUHANKU...INSYAALLAH DOA-DOA YANG TULUS SUCI AKAN BERKAH MENEMBUSI HIJABNYA...AMIN!
Tuesday, 30 October 2012
UJIAN ALLAH TIDAK PERNAH HABIS....
AKU PERNAH NASIHATKAN SAHABATKU LELA YANG MENGHANTAR MSG MENGATAKAN BELIAU TERJATUH TERPIJAK KULIT TEMBIKAI DI SURAU ASRAMA SEKOLAHNYA AGAR BERHATI-HATI TIKA MELANGKAH JANGAN BIARKAN DIRI TERJATUH SELALU SEBAB DI USIA YANG TELAH BANYAK INI TULANG SEMAKIN REPUT DAN MUDAH PATAH.
SEKALI LELA TAK APA-APA AKU PULA YANG DITIMPA UJIAN-NYA. ITULAH PANDAI-PANDAI SANGAT NAK MENASIHAT ORANG SIHAT SEDANG AWAK TU OKU SAJA DAH TERIMA PADAHNYA.
SELEPAS SOLAT SUBUH AKU BERMSG DULU DENGAN LELA MEMBERITAHUNYA HENDAK KE DAPUR BERSARAPAN SEBELUM MEMULAKAN RUTINKU MENGEMAS RUMAH DAN LAIN-LAIN MAKLUM ESOKNYA DAH NAK RAYA HAJI.
KATA LELA BELIAU BELUM BERSARAPAN DAN TERINGAT PULA HARI NI HARI TASYRIK DAN SUNAT BERPUASA. MSG LELA MASUK SELEPAS AKU DAH TERSUNGKUR TEPI LEMARI DAPUR DENGAN DAHI PECAH BERDARAH DAN KAKI KIRI TERUS TEGANG DAN SAKIT SANGAT. TAK TERBANGUN SENDIRI DAH... MACAM SELALU TU. MEMANG AKU KERAP JATUH TAPI BIASANYA AKU BOLEH BERUSAHA BANGUN.
ANAK YANG SEDANG TIDUR LAMBAT PULA BANGUNNYA WALAU DIJERIT BERKALI-KALI DENGAN SUARAKU YANG HALUS TIDAK MAMPU MEMBERI RIAK APA-APA. JADI TERSADAILAH AKU DI SITU SEBELUM PERTOLONGAN TIBA MENAHAN KESAKITAN TERAMAT.
ADIKKU DAN ANAKNYA SONI TIBA SETELAH DIBERITAHU DAN SONI MENGCEMPONGKU KE KERATA AYIE ANAK JIRAN SEBELAH MENGHANTARKU KE HOSPITAL JENGKA. SETELAH DI XRAY KATANYA DISLOCATE. AMBULAN SEGERA PULA MENGHANTARKU KE HOSPITAL TEMERLOH.
XRAY LAGI. DOKTOR KAT SINI KATA TULANG KIRI PATAH. DAH TAK BOLEH NAK DITOLONG LAGI KENA TUNGGU SEMBUH SENDIRI. DAN SELAMA TIGA HARI AKU BERAYA DI SINI BERSAMA RAMAI DOKTOR-DOKTOR DAN MISI-MISI YANG MELAYANIKU SANGAT RAMAH DAN BAIK.
SETELAH PULANG ADIK DAN ANAK MENANTU MEMBAWA PULA BERTEMU BOMOH PATAH DI GELANGGI. KATA BOMOH NI SENDI TERKELUAR. BERDERAK BUNYI SENDI YANG DIMASUKAN KE TEMPAT ASALNYA...AKUPUN MENGADOI KESAKITAN...
TERIMA KASIH BANYAK KEPADA ADIK-KU TMH, ILAH, TAN ANAK SAUDARAKU SONI, JIRAN-JIRANKU PETUGAS HOSPITAL JENGKA DAN TEMERLOH YANG BERUSAHA MEMBANTUKU DI SAAT KRITIKALKU...JUGA JEE YANG PRIHATIN MENGINFORM KAWAN-KAWAN FB/BLOG TENTANG TAHAP KESIHATANKU. DOA KALIAN SEMUA BERMAKNA SEKALI DAN SANGAT-SANGAT DIHARGAI....
SEKALI LELA TAK APA-APA AKU PULA YANG DITIMPA UJIAN-NYA. ITULAH PANDAI-PANDAI SANGAT NAK MENASIHAT ORANG SIHAT SEDANG AWAK TU OKU SAJA DAH TERIMA PADAHNYA.
SELEPAS SOLAT SUBUH AKU BERMSG DULU DENGAN LELA MEMBERITAHUNYA HENDAK KE DAPUR BERSARAPAN SEBELUM MEMULAKAN RUTINKU MENGEMAS RUMAH DAN LAIN-LAIN MAKLUM ESOKNYA DAH NAK RAYA HAJI.
KATA LELA BELIAU BELUM BERSARAPAN DAN TERINGAT PULA HARI NI HARI TASYRIK DAN SUNAT BERPUASA. MSG LELA MASUK SELEPAS AKU DAH TERSUNGKUR TEPI LEMARI DAPUR DENGAN DAHI PECAH BERDARAH DAN KAKI KIRI TERUS TEGANG DAN SAKIT SANGAT. TAK TERBANGUN SENDIRI DAH... MACAM SELALU TU. MEMANG AKU KERAP JATUH TAPI BIASANYA AKU BOLEH BERUSAHA BANGUN.
ANAK YANG SEDANG TIDUR LAMBAT PULA BANGUNNYA WALAU DIJERIT BERKALI-KALI DENGAN SUARAKU YANG HALUS TIDAK MAMPU MEMBERI RIAK APA-APA. JADI TERSADAILAH AKU DI SITU SEBELUM PERTOLONGAN TIBA MENAHAN KESAKITAN TERAMAT.
ADIKKU DAN ANAKNYA SONI TIBA SETELAH DIBERITAHU DAN SONI MENGCEMPONGKU KE KERATA AYIE ANAK JIRAN SEBELAH MENGHANTARKU KE HOSPITAL JENGKA. SETELAH DI XRAY KATANYA DISLOCATE. AMBULAN SEGERA PULA MENGHANTARKU KE HOSPITAL TEMERLOH.
XRAY LAGI. DOKTOR KAT SINI KATA TULANG KIRI PATAH. DAH TAK BOLEH NAK DITOLONG LAGI KENA TUNGGU SEMBUH SENDIRI. DAN SELAMA TIGA HARI AKU BERAYA DI SINI BERSAMA RAMAI DOKTOR-DOKTOR DAN MISI-MISI YANG MELAYANIKU SANGAT RAMAH DAN BAIK.
SETELAH PULANG ADIK DAN ANAK MENANTU MEMBAWA PULA BERTEMU BOMOH PATAH DI GELANGGI. KATA BOMOH NI SENDI TERKELUAR. BERDERAK BUNYI SENDI YANG DIMASUKAN KE TEMPAT ASALNYA...AKUPUN MENGADOI KESAKITAN...
TERIMA KASIH BANYAK KEPADA ADIK-KU TMH, ILAH, TAN ANAK SAUDARAKU SONI, JIRAN-JIRANKU PETUGAS HOSPITAL JENGKA DAN TEMERLOH YANG BERUSAHA MEMBANTUKU DI SAAT KRITIKALKU...JUGA JEE YANG PRIHATIN MENGINFORM KAWAN-KAWAN FB/BLOG TENTANG TAHAP KESIHATANKU. DOA KALIAN SEMUA BERMAKNA SEKALI DAN SANGAT-SANGAT DIHARGAI....
Monday, 22 October 2012
SALAM IDUL ADHA YANG BAROKAH MULIA...
IDUL ADHA/HARI RAYA KORBAN BAKAL DIRAIKAN SELAZIMNYA DENGAN SANGAT ISTIMEWA SETELAH SEMPURNA IBADAH HAJI DILAKSANAKAN DI TANAH SUCI MEKAH UMAT ISLAM YANG TERPILIH MENYAHUT SERUAN-NYA. SELAMAT MENYAMBUT IDUL ADHA BUAT SEMUA RAKAN BLOG/FB, PELAYAR-PELAYAR YANG SINGGAH SEKEJAP JUGA MUSLIMIN MUSLIMAT . HIDUP INI MEMANG PERLU BERSEDIA DENGAN PENGORBANAN YANG TIDAK SEDIKIT...
RELASI DENGAN CERITA MUSIM HAJI SEKARANG KUCATATKAN IMBAUAN LALU KENANGAN MENGENAINYA.
SEDIKIT CERITA TOKWAN
Kami anak-beranak suku-sakat dan kaum kerabat tokwan berbondond-bondong ke pelabuhan Pulau Pinang untuk menyambut kepulangan tokwan dari tanah suci Mekah. Tidak sabar hendak melihat dan bertemu tokwan. Aku nampak tokwan turun dari kapal dan menuju kepada paklang memeluknya dan datang pula memelukku. Berbangga sungguh hatiku dipeluk tokwanku yangku sayangi itu. tokwanku ini sifatnya yang unik. pendiam. cakapnya boleh dikira. Langsung tidak pernah marah kepadaku atau sesiapa saja. semua anak cucu menyayanginya.
Namun pasti bertanya sayangkah tokwan kepada kami anak cucunya dengan sikapnya yang selamba tidak kisah itu. Melihat cara tokwan terkini aku yakin tokwan sayangkan kami anakcucunya. Lebih-lebih lagi aku cucunya yang sulung ini. cucunya yang pernah dibawanya menaiki basikal ke bandar Yan untuk mendapatkan kad pengenalan. Bayangkan betapa penatnya tokwan mengayuh basikal sejauh 20km membawa beban berat di pelantarnya pergi dan balik.
Memori yang tak mungkin kulupa. Tokwan yangku sayangi itu membawa beberapa hadiah yang dibelinya di Mekah dan memberinya kepadaku. bertambah-tambah kasihku kepada tokwanku itu.
Kesihatan tokwan agak merosot setelah pulang dari menunaikan ibadat haji. dan jatuh sakit pula. Sedih melihatkan keadaan diri tokwan yang kurus kering dengan perutnya bengkak.
Sakit apakah itu? Entahlah. Aku hanya mendoakan Allah memulihkan kesihatan dan memberikan kesejahteraan kepadanya. Doa anak cucu dimakbulkan Allah. tokwan sihat semula dan merancang menziarahi keluargaku di Pahang. Bapa pulang menaiki keretanya untuk mengambl tokwan dan tok. Hajat bapa untuk membawa tokwan pulang ke Pahang tidak kesampaian. Tokwan terlebih dulu dibawa pulang ke rahmatullah...innalillah. kesedihan kerana kehilangannya dirasakan hingga kini.
RELASI DENGAN CERITA MUSIM HAJI SEKARANG KUCATATKAN IMBAUAN LALU KENANGAN MENGENAINYA.
SEDIKIT CERITA TOKWAN
Kami anak-beranak suku-sakat dan kaum kerabat tokwan berbondond-bondong ke pelabuhan Pulau Pinang untuk menyambut kepulangan tokwan dari tanah suci Mekah. Tidak sabar hendak melihat dan bertemu tokwan. Aku nampak tokwan turun dari kapal dan menuju kepada paklang memeluknya dan datang pula memelukku. Berbangga sungguh hatiku dipeluk tokwanku yangku sayangi itu. tokwanku ini sifatnya yang unik. pendiam. cakapnya boleh dikira. Langsung tidak pernah marah kepadaku atau sesiapa saja. semua anak cucu menyayanginya.
Namun pasti bertanya sayangkah tokwan kepada kami anak cucunya dengan sikapnya yang selamba tidak kisah itu. Melihat cara tokwan terkini aku yakin tokwan sayangkan kami anakcucunya. Lebih-lebih lagi aku cucunya yang sulung ini. cucunya yang pernah dibawanya menaiki basikal ke bandar Yan untuk mendapatkan kad pengenalan. Bayangkan betapa penatnya tokwan mengayuh basikal sejauh 20km membawa beban berat di pelantarnya pergi dan balik.
Memori yang tak mungkin kulupa. Tokwan yangku sayangi itu membawa beberapa hadiah yang dibelinya di Mekah dan memberinya kepadaku. bertambah-tambah kasihku kepada tokwanku itu.
Kesihatan tokwan agak merosot setelah pulang dari menunaikan ibadat haji. dan jatuh sakit pula. Sedih melihatkan keadaan diri tokwan yang kurus kering dengan perutnya bengkak.
Sakit apakah itu? Entahlah. Aku hanya mendoakan Allah memulihkan kesihatan dan memberikan kesejahteraan kepadanya. Doa anak cucu dimakbulkan Allah. tokwan sihat semula dan merancang menziarahi keluargaku di Pahang. Bapa pulang menaiki keretanya untuk mengambl tokwan dan tok. Hajat bapa untuk membawa tokwan pulang ke Pahang tidak kesampaian. Tokwan terlebih dulu dibawa pulang ke rahmatullah...innalillah. kesedihan kerana kehilangannya dirasakan hingga kini.
Sunday, 21 October 2012
SELIRATAN CINTA BAB 20
Majmin meneruskan kebiasaannya setiap hari. Selesai solat isyak dia
akan berbaring di depan TV. Sambil menonton sempat juga membaca majalah apabila siaran iklan memenuhi slot. Sering
juga menulis diari yang dicatat tentang beberapa peristiwa besar yang berlaku
di dalam mahupun di luar negara. Dan yang menyangkut kehidupannya seharian.
17 Jun 01, Ahad.
Pramoudiya Anantatoer,
penulis yang dianggap setanding dengan penulis terkemuka dunia memberi komen
yang positif tentang ekonomi, sosial dan sikap mandiri rakyat Malaysia di bawah
pucuk pimpinan PMnya berjaya menangani tangan-tangan asing yang amat berminat
hendak mencampuri urusan negara dan membentuknya mengikut acuan ciptaan mereka.
Beliau membandingkan nasib sebaliknya yang
menggeluti Indonesia sendiri yang di
sifatkan sudah hilang kewibawaan dan keterlaluan lemah jati diri dari segenap
aspek. Penulis Pro Sukarno dan aktif era Sukarno ini membandingkan tindakan Dr.
M menyamai tindak-tanduk Sukarno yang telah berjaya memerdekakan Indonesia dari
penjajahan Belanda dengan pelbagai cara. Dan memakmurkan negara itu setelahnya.
Semua akhbar arus perdana
hari ini memetik pandangannya hasil temuramah RTM (Radio Televisyen Malaysia)
di Bogor. Novelnya Keluarga Gerilya memang ketara nilai sasteranya. Namun aku
tidak berminat untuk menghabiskan pembacaannya. Lebih selesa pula membaca novel
hasil novelis tempatan seperti Abdullah Hussain atau Azizi Hj. Abdullah.
17 Dis 02, Selasa;
Berita TV menyatakan
keputusan penghakiman di The Hague. Belanda berkenaan kedudukan Pulau Ligitan
dan Sipadan yang direbutkan Malaysia dan Indonesia, rupanya memihak kepada
Malaysia. Agaknya lega sungguh hati Dr. M kerana sebelum persaraannya dari
jawatan PM dia telah mengembalikan banyak harta Malaysia yang telah diambil dan
hendak diambil orang. Itulah kebijaksanaannya dengan izinNya jua.
Tetapi dia tidak rajin
menulis setiap hari. Diarinya juga sarat dengan pantun pantun karyanya. Baginya
seni pantun Melayu sangat indah dan halus.
Kelapa sebatang tepi perigi
Kudup mengkudu di hujung
dahan
Kenapa datang kenapa pergi
Menyimpul rindu tak
berkesudahan.
Riang ria ke sana sini
Patah rusuk apa jadinya.
Riang ria hari ini
Entah esok apa jadinya.
Hendak dilurut duri selasih
Dulang jati di atas alang
Hendakku turut hati sedih
Walang hati bukan kepalang.
Shaari berada di sisinya dan
menghenyakan ponggongnya di atas sofa. Majmin terkejut melihat suaminya hanya
berbaju Melayu Telok Belanga dan berkain pelikat tenun tangan yang dibelinya
dari pusat Karyaneka.
Kata gadis yang menjualnya kain pelikat itu hasil tenunan tangan
perusahaan orang-orang kampung di Pulau Keladi, Pekan Pahang.
‘Orang tua ni sudah buang tabiat ke?’ getus hatinya. Pena
ditangannya diletakan di dalam diari yang berkulit tebal itu.
“Abang tidak keluar ke malam ni?”
“Tak. Saya tunggu Rizal balik.” Ujarnya bersahaja.
“Tunggu Rizal? Oh ya…baru saja dia telefon beritahu saya tadi,
sekarang ni dia berada di resort RSJ.” Wajah Shaari segera terpanggung.
Terkejut sungguh. Mencerlang sinar matanya menerjah wajah lembut isterinya.
Majmin sudah bersedia hendak menerima sergahan yang menyakitkan
telinganya. Sekaligus menjentik tangkai hatinya. Tapi dia hanya akan bersabar
menjadi seorang isteri yang disenangi suami. Isteri mithali.
“Hah! Dia buat apa di sana?” Tanya Shaari dengan tona yang keras.
“Kata Rizal dia hendak uruskan resort tu sebab Azmi pun sudah
berhenti.” Dia membalasnya dengan lirih lunak kerana tidak mahu mewujudkan
suasana yang tegang dan tidak terkawal.
Shaari tenggelam dalam
kekalutannya. Dia memegang dahinya. Memicit-micitnya. Tentulah tidak wajar
sekiranya dia memarahi isterinya kerana perilaku anaknya yang seorang itu.
Dia juga ingin menjadi seorang suami yang sentiasa dianggap baik
oleh isterinya. Sentiasa bersopan santun dan menjaga adab sebagai lelaki
budiman di dalam keadaan apapun.
“Berapa lama tu?” suaranya lirih lunak perlahan tapi kehampaan.
“Entahlah bang. Kenapa bang? Bukankah elok dia di situ. Senanglah
saya kalau hendak bercuti ke sana. Abang pun sentiasa sibuk. Sehari dua lagi
kabarnya abang hendak ke Tokyo selama beberapa minggu menguruskan kontrak
pengangkutan cip komputer dengan kapal-kapal syarikat kita. Kalau saya rasa
bosan di rumah bolehlah saya ke sana.” Tukas isterinya lirih dan jughus. Di
benaknya tidak ada maksud yang bersimpang perenang. Lurus dan tulus. Jujur dan
ikhlas.
“Kenapalah dia ke sana pula!” dia mendesis perlahan.
“Apa dia bang? Min tak dengar.” Serba salah Shaari menatap wajah
polos isterinya dengan anak mata yang bening merenungnya.
“Hah? Oh aku kata kenapalah dia degil sangat hendak pergi berkerja
ke pulau terpencil tempat jin bertendang tu. Di sini pun apa kurangnya.” Shaari
mengatur rekayasanya dengan teliti dan meyakinkan.
“Dia sudah bosan dengan hiruk-pikuk New York agaknya. Pulang ke sini
hendak mencari ketenangan jiwa. Sebab tulah dia ke RSJ.” Majmin menguap
beberapa kali. Barangkali seluruh tubuhnya mulai diresapi keletihan kerana
petang tadi dia dan Datin Maimon juga beberapa rakannya yang lain berlenggeng
tangan bermandi peluh di gelanggang tennis.
Usianya yang hampir menjejaki
50-an itu barangkali tidak melayakannya untuk beraktiviti lasak seperti bermain
tennis. Walaupun itulah sukan kegemaranya suatu ketika dulu. Sukan itu pernah
menjulang namanya sebagai pemain terbaik kolejnya. Dan sentiasa mewakili kolej
hingga ke peringkat kejohanan tennis antara kolej ternama se Asia. Cerita yang
telah berkubur puluhan tahun dahulu.
“Min dah mengantuk ni…Min masuk tidur dulu bang.”
Datuk Shaari tercongok sendirian di ruang yang kelam dan hanya
disinari pantulan cahaya TV. Menjadi pengganti Majmin pula melayani kerusuhan
hatinya. Dia berteleku memandang skrin TV yang memaparkan berita pergolakan
dunia semasa.
Berita tentang kemusnahan dunia angkara kekejaman manusia Israel di
Pelastin dan Lebanon hanya berlalu ditatapan matanya. Tidak mencuit jiwa
kemanusiaannya. Dia leka memikirkan hatinya yang ralat kerana Rizal.
“Hai…rosak program aku! Dua hari lagi Anita ke sana. Sebulan pulak
tu. Aku di sini melopong gigit jarilah nampaknya.” Kesal sungguh hatinya kerana
rancangan yang diaturnya untuk menemani Anita membuat penggambaran di Pulau
Sioman tergendala.
Dia sibuk memerah mindanya supaya diberi ilham untuk merencana
sesuatu yang akan memuaskan hatinya. Nampaknya sia-sia. Tidak ada lorong yang
terang dilihat boleh dilaluinya. Tidak ada cahaya di hujung terowong. Dia buntu
dan bungkam. Menahan geram.
Friday, 19 October 2012
WAYANG
KILAU KEMILAU EMAS PERAK
TERPANA TANPA SUARA MENATANGNYA KAGUM
TAMBAH DIBUAI INDAH BAHASA LUNAK BERSAJAK.
LENA PUN MENCUMBUI
MENGAJAK BERADU DAN ALPA PADA SEKITARNYA
PADA REALITINYA.
SAYANGNYA TIDAK KEMANA SUDAHNYA
AKHIRNYA TAMATLAH SEMUA BICARA
SALAM PERPISAHAN YANG DIUCAPKAN
TIDAK RELA MASIH ENGGAN.
MELAMBAI PULA JENGAH PERTEMUAN BARU
MENGHULUR JANJI MANIS KALA KALI PERTAMA BERSUA
MEMETERAI SESUNGGUH HATI
TANPA RAGU TANPA SANGSI
SAYANG TERAMAT WALANG
KEMILAU EMAS PERAK YANG MEMUKAU HANYA PESONA
LEMBUT LIDAH BERBAHASA MENGUKIR KATA JUGA PESONA
HANYA LAKONAN
HANYA WAYANG....
TERPANA TANPA SUARA MENATANGNYA KAGUM
TAMBAH DIBUAI INDAH BAHASA LUNAK BERSAJAK.
LENA PUN MENCUMBUI
MENGAJAK BERADU DAN ALPA PADA SEKITARNYA
PADA REALITINYA.
SAYANGNYA TIDAK KEMANA SUDAHNYA
AKHIRNYA TAMATLAH SEMUA BICARA
SALAM PERPISAHAN YANG DIUCAPKAN
TIDAK RELA MASIH ENGGAN.
MELAMBAI PULA JENGAH PERTEMUAN BARU
MENGHULUR JANJI MANIS KALA KALI PERTAMA BERSUA
MEMETERAI SESUNGGUH HATI
TANPA RAGU TANPA SANGSI
SAYANG TERAMAT WALANG
KEMILAU EMAS PERAK YANG MEMUKAU HANYA PESONA
LEMBUT LIDAH BERBAHASA MENGUKIR KATA JUGA PESONA
HANYA LAKONAN
HANYA WAYANG....
Thursday, 18 October 2012
HYBRID DENDROBIUM LAGI...
Orkid-orkid ni baru saja mengorak kelopaknya. Memang cantik dipandang mata. Masih banyak orkid-orkid jenis ini. vanda, cataleya, butterfly yang sedang berkudup. Pabila dah kembang nanti akan upload lagi.
Tuesday, 16 October 2012
Monday, 15 October 2012
SEDIKIT CITRA KEHIDUPAN
Setelah beberapa lama di rumah atok, abahnya membawanya dan orang sakit itu pulang ke rumah mereka pula. Sesampai di rumah barulah dia menyedari bahawa orang yang dimarahi kerana sering menyebut namanya itu adalah ibunya. Ibunya yang terlantar tidak berdaya akibat kecederaan teruk kemalangan jalanraya. Dia, kakaknya, abangnya dan adiknya yang baru berusia 50 hari turut terlibat sama.
Alhamdulillah kesemua mereka selamat dan cuma mengalami kecederaan kecil. Sebab atok terpaksa merawat ibunya yang sakit, abahnya terpaksa menyerahkan adiknya kepada makngahnya yang tinggal di KL untuk diasuh.
Kini hanya dia peneman ibunya kala atoknya dan abahnya berkerja. Dia akan berusaha menyuapkan nasi ke mulut ibunya dan memberinya minuman. Lebih banyak makanan yang tumpah daripada yang masuk ke mulut ibunya.
Sikap anak kecil yang baru berusia tiga tahun berusaha menolong ibunya yang sakit berat itu mengait rasa hiba setiap yang memandangnya.
Anak itu sentiasa di sisi ibunya hingga setelah ibunya bermaya sedikit dan mengurusinya pula masa demi masa.
"Kalau saya masuk universiti nanti sapalah nak teman mak ya..."
"Mak duk soranglah..."
"Tak takut?"
"Mati pun sorang jugak..."
Ibunya tersengih kegembiraan kerana anaknya yang baru bersekolah tahun tiga sudah bercita-cita memasuki menara gading.
Dan anak ibu yang seorang itu berjaya merealitikan impiannya sebagai graduan. Ibunya pula yang kesunyian kerana kehilangan peneman setianya kala meniti dukanya yang panjang. Dia tidak mengharapkan apa-apa lagi kecuali kebahagian anak-anak permata jiwanya. Kesendirian dan kesepian membuatnya mangli.
Saturday, 13 October 2012
SELIRATAN CINTA BAB 19
Sebaik turun dari bas ekspsres Purnama, Rizal dan Fareez berehat
sejenak di atas bangku panjang yang tersedia di stesyen bas. Kedua-duanya
melepaskan kelelahan yang dirasakan merangkum seluruh tubuh. Perjalanan yang
lama dari KL hingga ke sini memang sangat-sangat meletihkan kedua-duanya.
Sudahlah keletihannya terlalu ditambah pula dengan rasa mengantuk yang memberat
kelopak mata. Amat menyiksakan sekali.
Dari stesyen bas Kuantan ini kedua-duanya menaiki teksi pula untuk
ke jeti yang menempatkan feri, pengangkutan yang akan membawanya ke pulau yang
menjadi destinasi.
Sesampai saja di jeti, Rizal begitu hampa. Feri yang diharapkan
masih berada di pengkalannya telah membongkar sauh berlayar menuju pulau nun di
sana. Tidak kelihatan pun di muka laut.
Fareez ternampak sebuah bot bersama pengemudinya. Dia pergi
mendapatkan lelaki yang sedang mengemaskan keadaan botnya itu bertanyakan
samada dia sanggup menghantarnya dan Rizal ke pulau itu.
Lelaki itu bersetuju dan memberikan harga tambang yang tidak
munasabah pada perhitungan Fareez. Tersangat tinggi. Dia tidak terfikir Rizal
mampu membayarnya. Dan mahu membayarnya.
“Gila...pakcik tu...dia minta 250.00RM. Selalunya 15.00 RM je
seorang. Kau tengok senarai harga yang tertulis untuk pengangkutan feri dan bot
yang diletakan di papan kenyataan tu. Kan jauh sangat beza larinya. Hai
mencekik darah betul. Nampaknya kita bermalam sajalah di sini Rizal.” Ujar
Fareez lemah diikuti dengan saranannya.
Walau hatinya tidak mengharapkan berlaku begitu tetapi di dalam
keadaan begini nampaknya terpaksa juga diharungi. Menyesal dengan tindakannya
mengikuti seorang teman yang baru dikenalinya sehingga menyusahkannya terpaksa
melalui situasi sebegini tidak perlu lagi. Redha dan pasrah semata.
“Tak apa…aku bayar!” Fareez menentang bebola mata Rizal. Dia
kehairanan amat.
“Hei…kau ni biar betul Rizal. Bayar tambang dah begitu mahal, kita
hendak makan apa nanti. Jangan bazirkan duit Rizal. Simpan sikit untuk
keperluan mendesak.” Rizal tidak memperdulikan temannya yang menceceh itu.
Dia mengeluarkan dompetnya dan menarik keluar not 50RM 5 helai dengan nilai wang 250RM. Fareez
memerhati dengan takjub kerana dia tidak menyangka kawannya itu sanggup
berhabis duit yang banyak kerana itu.
“Kau berikan wang ni kepada orang bot tu. Aku hendak ke sana malam
ini juga.” Fareez tersentak. Terkedu seketika. Tidak tahu lagi apa yang hendak
dikatakannya. Rupanya temannya itu bukan seperti yang disangkanya. Tidak
sesengkek dirinya.
Dia tidak membuang masa lagi terus saja menghampiri lelaki pengemudi
bot itu dan duit yang dipegangnya telah beralih tangan. Malam semakin dingin.
Embunnya mulai menitis satu satu.
* * *
Majmin membelek-belek novel ‘Anugerah’ hasil karya penulis tanah air
yang terkenal. Novel yang sangat tebal isi kandungannya. Tentunya penulisnya
Zaharah Nawawi terpaksa membuat kajian yang begitu lama untuk menghasilkan
sebuah karya yang sangat bernilai tinggi.
Bukan senang hendak menulis novel setebal ini jika tidak ada minat,
kesungguhan dan kegigihan tegar untuk melakukannya. Sebuah karya yang
menyebabkan penulisnya menerima S.E.A Write Award 1996 dari kerajaan Thailand.
Membaca karya-karya sastera sering juga dilakukan selain menelaah
kitab-kitab agama. Karya-karya kreatif adalah dihasilkan penulis-penulis yang
ligat berfikir. Buah pemikiran itu dicernakan di dalam tulisan pelbagai media.
Perlu diteliti corak pemikiran ini kerana kadangkala ia sangat
membantu sesaorang mencari sesuatu solusi yang diingini.
Dia pernah berkenalan dengan seorang penulis yang gemar bergendang
menyanyikan lagi Walinong Sari sebuah lagu rakyat Pahang yang indah dan unik.
Ketika itu dia masih gadis kolej. Kadang-kadang mengikuti juga teman-temannya
yang mengambil jurusan ijazah pengajian sastera bertemu penulis-penulis
terkemuka tanah air.
Dia amat mengkagumi tulisan
cerpen yang dihasilkannya. Dan pernah bertanya penulis itu bagaimana dia
mempunyai idea menulis cerpen dengan begitu baik. Jawabnya, “bila semakin
berusia, kita akan semakin matang. Kematangan hidup akan memudahkan kita
menggarap idea yang tercerna.” Tetapi dia tidak berminat menulis cerpen. Dan
tidak pernah menulisnya.
Dia gemar sekali menulis pantun dan puisi. Puisi dan pantun yang
ditulis buat tatapannya sendiri. Mengisi hari sunyi dan lapang bila sendirian.
Kini dia tidak pernah lagi menemui penulis Aripin Said dan jarang
sekali menemui cerpennya yang tersiar di media arus perdana. Kemanakah dia
agaknya? Pertanyaan yang mengganggu mindanya tidak ada jawapannya.
Dia terhenti dari menyelak lembarnya yang pertama nostalgia awal
80-an itu apabila tiba-tiba saja sesaorang terdiri di sisinya. Novel Anugerah
yang ada di tangannya tidak jadi hendak dibuka. Sekeping kertas terjatuh dari
bawah novel yang sedang diletak di atas sebuah meja kecil. Dia menunduk.
Mengutipnya dan mendongak mengadap wajah dan tubuh yang terpacak di sisinya.
“Mana Rizal? Belum balik lagi ke?” terpacul suara menerjah deria
dengarnya.
“Belum lagi. Abang dah makan?” Tanya seorang isteri yang sangat
perihatin terhadap kesejahteraan suami yang dikasihinya. Apapun perlakuan
lelaki itu yang mendera jiwanya dia tetap mengatakan bahawa suaminya masih amat
menyayanginya.
Persis pantun yang ditulisnya;
Baju Kedah pakai ke Kota
Bunga melati oles ke pipi.
Tidak semudah bagai dikata
Kerana realiti bukan mimpi.
Buat rimpi padi muda
Bakar setanggi harum baunya.
Biar mimpi menjadi nyata
Biar pelangi warna-warninya.
“Mak Kiah tak masak malam ni. Min ingat abang lambat balik macam
selalu jadi Min suruh Mak Kiah panaskan saja lauk yang ada. Kami dah makan
tadi. Biarlah Min tengok apa yang ada untuk dimasak kalau abang hendak makan.”
Majmin berusaha bangun dari duduknya.
“Saya tu tak kisah. Saya masih kenyang lagi. Tadi dah makan di
restoran dekat opis tu. Hah! kalau Rizal balik nanti macam mana. Kesian dia
tidak ada apa yang hendak dimakan.” Majmin termangu. Tidak jadi hendak
melangkah ke dapur. Ingatannya melayang-layang mencari anaknya yang entah
berada di sudut mana.
. “Rizal…dia tu bukan suka sangat makan malam.
Hendak diet jaga badan katanya.” Majmin mereka-cipta alasan yang kukuh. Sukar
hendak dipersoalkan lagi.
“Saya hendak naik ke atas mandi. Kalau Rizal balik beritahu dia saya
hendak berjumpa dengannya.” Dia sudah melangkah menaiki tangga satu-persatu
membawa tubuhnya yang tegap tinggi itu.
“Apa hal penting sangat ni?” Tanya Majmin lunak.
“Eh tak boleh ke saya hendak berbual-bual dengan anak saya sendiri?” Dia bertanya balas membuatkan Majmin memandangnya terkulat-kulat.
“Malam tadi bukan ke abang sudah ajak dia keluar bersama-sama, tidak
puas lagi berbual, bercerita?” pertanyaan yang tidak disambut dengan jawapan
sebaliknya dengan sebuah arahan.
“Ingat tu. Saya hendak bercakap dengan dia. Jangan biar dia terus
masuk tidur.” Arahan dan pesanan Shaari membuat Majmin mengulum senyum
sendirian. Shaari terus melangkah memasuki bilik tanpa menyedari sesuatu yang
diinginkannya tidak mungkin terjadi.
Majmin melihat sehelai kertas di bawah novel itu. Dia membaca
tulisan cantik yang dinukil di atasnya. Tulisan tangannya sendiri.
Sekuntum momen
Sekuntum momen
persis mimpi gelisah di hujung ranting malam.
Gerimis luruh di kelopak misteri.
Berlabuh di pengkalan tandatanya yang mengelirukan.
Siapakah itu yang mengisi sepi seorang Sita.
Yang berladung titis sedihnya sepanjang usia.
Hanya momen nostalgia yang membeku sebagai tugu.
12 Dis 03
* * *
Malam yang sangat tenang. Bintang-bintang bergemerlapan di dada
langit. Keadaan laut tidak terlalu bergelombang. Angin sentiasa berpuput
nyaman. Belum lagi membawa monsun Timur Laut yang akan menggelorakan Laut China
Selatan ini dan merumitkan penghidupan di persisir perairannya dengan musim
tengkujuh.
Ketika ini nelayan-nelayan pantai yang menaiki bot kecil dan
peralatan penangkapan ikan yang minima tidak berani turun ke laut untuk mengait
sedikit rezeki.
Kini masih di bulan Ogos. Cuacanya masih berseri dan metah sesuai
berwisata di tempat peranginan di tepi laut. Dan aktiviti nelayan-nelayan
berterusan sebagaimana biasa. Di kejauhan kelihatan cahaya bergerak di tengah
samudera. Ada kapal yang sedang belayar merentas lautan.
Rizal berdiri di tepi bot memerhati alam sekeliling yang sunyi.
Yang kedengaran hanya lagu ombak yang
berdebur menampar bot dan suara enjin bot yang tidak putus. Dia menilai situasi
laut yang melengkonginya. Berdasarkan dari sedikit pengetahuan yang diperolehi
tentang kejuruteraan laut yang di pejajarinya dari universiti di Amerika.
Pelayarannya bersama bot yang dinaiki ini pasti sangat lancar ke
destinasinya kerana tiupan angin yang lembut tidak akan menyebabkan tekanan
ombak yang menggelora.
Ketenangan suasananya melekakannya menikmati keindahan laut Cina
Selatan yang terbentang dan tidak tercapai hujung pandangannya.
Bot sudah tiba di jeti. Rizal masih alpa, termenung seketika. Dia
tidak melangkah turun dari bot lagi. Fareez segera mencapai begnya dan beg
temannya itu untuk dibawa bersamanya. Rizal tersedar dari lamunannya yang
melayang jauh. Dicapainya begnya daripada genggaman Fareez. Langkah Fareez
dituruti.
Di hadapannya terpampang papan tanda Resort Sri Jelapang. Fareez
kagum sekali melihat persekitaran resort yang cantik dengan rekaan chalet yang
unik bentuknya walaupun hanya kelihatan samar diterangi lampu jalan.
Fareez terus melangkah mendekati kaunter pertanyaan resort yang
masih terang benderang. Ada sesaorang yang kelihatan mundar-mandir di dalamnya.
Seakan sedang menanti kehadiran sesaorang.
Langkahnya terhenti bila terasa tangan Rizal menyentuhi bahunya. Dia
segera berpaling. Dia menanti buah bicara temannya itu. Hatinya merasa gusar,
tidak enak.
“Fareez..”
“Kenapa Rizal? Kan aku dah kata kita datang esok saja. Tidaklah kena
bayar tambang bot mahal-mahal. Sekarang kau takut nak masuk ke situ sebab sudah
tidak ada duit?” Tanya Fareez yang terpinga-pinga dengan gelagat temannya itu.
Di hatinya timbul dugaan yang tidak disenanginya.
“Bukan begitu…” pendek saja ayatnya.
“Habis tu…jomlah. kau kata kau ada kawan yang berkerja di sini.
Lambat-lambat sangat nanti bila dia sudah tidur, kita pula yang susah.” Tangan
Rizal di tariknya. Rizal terpana kebingungan. Tetapi langkah Fareez dituruti
juga. Tidak teragak-agak lagi.
Kedua-duanya sudah berada di lobi resort. Sesaorang datang
menyongsong dan memperkenalkan dirinya sebagai pengurus Resort Sri Jelapang.
Yakin sekali bahawa orang-orang ini memang yang dinantikannya berjam-jam lalu.
“Saya Azmi. Datin Majmin ada telefon saya siang tadi. Katanya
anaknya Encik Rizal hendak datang...maafkan saya…yang mana satu Encik Rizal.
Maklumlah saya tidak kenal Encik Rizal sebab dia tidak pernah datang ke sini.”
“Saya Fareez. Ini Rizal anak Datuk Shaari.” Rizal memintas pantas.
Membiarkan Fareez diserbu kebingungan yang mengelirukan. Renungan mata berbaur
pertanyaan menujah anak mata Rizal. Dia terkapa-kapa dibungkus tandatanya.
Rizal menarik Fareez berpaling menghadapnya. Membelakangi Azmi. Dua
jarinya di letakan di bibir. Matanya disaluti renungan bermakna.
“Kenapa ada yang tidak kena ke?” Tanya Azmi yang mulai berprasangka
kerana telatah kedua-dua pemuda itu. Dia perlu berwaspada juga kerana ramai
yang menyamar seperti umang-umang yang suka membawa sarang siput yang cantik
sebagai pelindung dirinya.
Dia sangat berharap keputusannya terhadap kedua-dua pemuda ini tidak
silap. Risiko kerana kesilapan menentukan Rizal anak Datuk Shaari yang sebenar
amat berat. Tidak terdaya hendak dipikulnya kelak.
“Tidak...tak.” Azmi merasa yakin dengan instink dalamannya dan tidak
ragu-ragu dia menyalami Fareez selayaknya di antara seorang perkerja dengan
majikannya. Sangat menunjukan rasa hormatnya. Fareez merasa amat kekok
diperlakukan sebegitu.
Dia melihat Rizal tersenyum membalas pandangannya yang mengandung
pelbagai persoalan yang tidak terjangkau jawapannya. Untuk mengelakan sebarang
persoalan yang bakal menambah kerumitannya, dia hanya menurut arusnya.
‘Apalah yang tidak kenanya dengan Rizal ni. Rupanya dia anak Datuk
Shaari saudagar besar yang kaya raya tu. Sudah jadi anak Datuk tak nak mengaku
pulak. Seperti cerita Mark Twain, Anak Raja dengan Anak Papa le pulak kisahnya.
Tapi aku ni bukannya papa kedanapun. Susah benar nak faham keletah orang-orang
kaya ni.’ Fareez diselubungi pelbagai persoalan yang membingungkan.
“Eloklah Encik Rizal datang di ketika ni. Sebab esok saya akan pergi
dari sini.”
“Kenapa?” Tanya Fareez. Seolahnya dia sudah mengikut rentak Rizal
yang mahukannya menjadi Rizal anak Datuk Shaari. Rizal tersenyum di sisinya.
“Saya akan berkerja di Mauritius. Saya sudah beri notis berhenti
kerja sebulan lalu. Hari ni sebenarnya hari terakhir saya di sini. Tetapi saya
masih boleh lanjutkan sehari lagi kerana hendak kenalkan Encik Rizal dengan
pengurusan di sini. Tentu Encik Rizal tidak kenal perkerja yang sentiasa
bertukar ganti sepanjang Encik Rizal berada di US.” Wajah Rizal yang tersenyum
dengan mata kuyunya ditatapnya sambil mengulum bibirnya.
‘Wah lulusan luar negara rupanya ‘mamat’ ni. Bijak sungguh kau
menyamar ya Rizal.’ Fareez menggeleng-gelengkan kepala melirik arah Rizal yang
tersenyum lebar.
“Mulai esok kaulah bos di sini.” Tukas Rizal. Fareez semakin
menggelabah. Mahu saja dilukunya kepala teman itu yang tersengih sentiasa
kepadanya. Tiba-tiba saja dia terpaksa menjadi pengurus sebuah resort terkenal
tanpa mengetahui suatu apapun yang berkaitan dengannya.
‘Agaknya boleh ke aku jadi pengurus ni?’ Fareez termangu. Dahinya
dipicitnya buat melegakan kebengangannya. Rasa pening berputar-putar di
kepalanya.
‘Apalah motif sebenar kau Rizal? Kalau aku rasa kau hanya hendak
mengenakan aku, esok aku cabut. Jika tidak ada bot atau feri, berenang pun aku
sanggup. Tapi tidak mungkin Rizal yang baik budi bahasanya sanggup hendak
menganiaya aku kot.’ Fareez berusaha menenangkan perasaan haru birunya yang
berkecamuk tidak menentu. ‘Bagaimana pun aku nak tengok dulu rentaknya. Aku pun
bukan mudah hendak dikelentong, lulusan U lagi.Walau U tempatan tidak kalah
juga dengan U luar negara.’
“Tentu tidak jadi masalahkan.
Lagi pun ramai yang akan membantu. Datuk Shaari pun selalu datang ke sini.”
Rizal tersentak. Fareez melihat gaya temannya yang kalut dan gawat itu.
Wajahnya kelat.
“Oh ya ke. Datang dengan Datin Majmin ke?” Rizal bersuara. Azmi agak
kehairanan kerana Fareez yang bertanya, bukan Rizal seperti yang sepatutnya
tetapi dia menjawabnya juga sebagai menghormati kawan kepada Rizal anak kepada
bosnya.
“Tidak. Selalunya dengan klien perniagaannya.”
“Kami dah penat ni, di mana
kami hendak tidur malam ni?” Fareez mencelah,
setelah melihat Rizal dengan gaya bahasa isyarat menurut
pemahamannya tidak mahu lagi berpanjang lebar bercerita.
“Oh itu sudah saya uruskan awal-awal sebaik saja Datin telefon. Tapi
Datin tidak sebut pula hendak datang berdua.” Pandangannya terlontar ke wajah
kedua-duanya.
“Tulah kau…aku dah kata dah, mama kau mesti marah kalau aku ikut
sama.” Sela Rizal sambil mengerut-ngerutkan dahinya. Fareez mulai berfikir
untuk ikut bertandak selari dengan gaya nada temannya itu. Beriya-iya menyusun
skrip yang spontan.
“Apa pula dia hendak marah, kalau aku bawa perempuan lainlah.”
Fareez bertukar senyum dengan Rizal. Tersengih sedikit kemudiannya. Saling
faham memahami. Rizal mengangkat jari telunjuknya dengan maksud lakonan Fareez
memang bagus.
“Marilah...saya tunjukan chalet Encik Rizal dan Encik Fareez.”
Ketiga-tiganya sedang mengatur langkah kearah sebuah bangunan yang lebih besar
untuk kediaman seorang majikan berbanding dengan chalet untuk kediaman pekerja.
Terletak di bahagian sipi pejabat pengurusan.
“Lupa pula saya hendak beritahu, tempat ni memang popular di
kalangan artis. Setiap bulan pasti ada yang datang shooting di sini. Kadang tu untuk produksi filem. Kadang pula untuk
drama.” Azmi menerangkan serba sedikit tentang keistimewaan resort itu.
“Wow hebat, hebat.” Balas
Fareez teruja.
“Buat masa ini tidak ada shooting, tetapi dua hari lagi akan datang
satu grup buat shooting selama sebulan.” Rizal tidak gembira mendengar
penerangan Azmi itu. Wajahnya selamba polos..
Dibiarkan saja Azmi dan Fareez bercerita tentang pelbagai info
mengenai resort itu di sepanjang perjalanan yang singkat menghala ke chalet
tanpa mencelah sedikitpun.
Thursday, 11 October 2012
SKETSA SENJA
SKETSA SENJA
SENJA DI KALI
AIR MENGALIR LESU
KIAMBANG BERTAUT KEMBALI
SENJA DI TASEK
TERATAI LAYU
SEPI MERINDU
SENJA DI SUNGAI
RAJA UDANG TERBANG PULANG
REZEKI ESOK CARINYA ESOK
SENJA DI LAUT
BURUNG CAMAR PATAH SAYAP
MELAYAH DI BAWAH AWAN JINGGA
SENJA DI KOTA
MERDUNYA AZAN
ORANG ORANG BERJALAN DI JALAN
TIDAK KETAHUAN TUJUAN
SENJA DI KAKI GUNUNG
CEMARA DISAPA BAYU
ANGGERIK PUDAR WARNA
SENJA DI DESA
TIADA LAGI BICARA
SENJA DI KUBUR
KEMBOJA PUTIH GUGUR SENDIRI
WANGINYA NGERI
SENJA DATANG DAN MENGHILANG
26 SEPT.89
SENJA DI KALI
AIR MENGALIR LESU
KIAMBANG BERTAUT KEMBALI
SENJA DI TASEK
TERATAI LAYU
SEPI MERINDU
SENJA DI SUNGAI
RAJA UDANG TERBANG PULANG
REZEKI ESOK CARINYA ESOK
SENJA DI LAUT
BURUNG CAMAR PATAH SAYAP
MELAYAH DI BAWAH AWAN JINGGA
SENJA DI KOTA
MERDUNYA AZAN
ORANG ORANG BERJALAN DI JALAN
TIDAK KETAHUAN TUJUAN
SENJA DI KAKI GUNUNG
CEMARA DISAPA BAYU
ANGGERIK PUDAR WARNA
SENJA DI DESA
TIADA LAGI BICARA
SENJA DI KUBUR
KEMBOJA PUTIH GUGUR SENDIRI
WANGINYA NGERI
SENJA DATANG DAN MENGHILANG
26 SEPT.89
Tuesday, 9 October 2012
HYBRID DENDROBIUM YANG PELBAGAI WARNA
Kebanyakan orkid yangku miliki adalah jenis hybrid dendrobium yang rajin berbunga. Sesetengahnya sangat harum dan mengundang serangga perosak mendekatinya. Puas pula nak menyembur racun perosak orkid. Selalunya yang gemar sangat memakan kelopaknya adalah ulat-ulat lembik yang putih. Mesti diawasi selalu takut habis togel bunga dan daun dikerjakannya. Jikalau orkidku terkena serangan ulat-ulat ini aku akan memotong bahgian itu dan memusnahkannya. Tak berani nak sembur racun sembarangan takut orkid pula yang mapus keras
Monday, 8 October 2012
INGIN JADI PENULIS TERKENAL...BUAT DUIT DENGAN MENULIS...
Kalau sudah jadi penulis terkenal tentulah senang hendak buat duit dengan menulis. Sebelum terkenal dan ada nama susahlah sikit. Sebab itulah kita mendapati setiap tahun nama-nama penulis yang sama menaiki podium menerima anugerah penulisan.
Tentu tidak wajar mempertikaikan kemenangan penulis-penulis ini dalam genre yang mereka sertai samaada sajak, cerpen atau novel kerana mereka tentunya mempraktikan ajaran sifu penulisan masing-masing iaitu:
1. Menulis setiap hari...bukan tulis nota pendek tapi tulislah berkajang-kajang.
2. Setelah siap edit semua jangan ada sedikit kesalahan ejaan dan tata bahasa.
3. Hantar kepada mana-mana penerbitan yang dipilih. Jikalau tidak disiar hantar lagi dan lagi jangan jemu.
4. Apabila karya pertama disiar teruslah berkarya dengan rajin dan menghantarnya kepada penerbit kerana editor yang sudah biasa dengan karya kita tidak susah nak mengedit semula kerana percaya dengan kebolehan kita.
Ilmu yang sedikit ini diberi sifu penulisan sdra Zaharah Nawawi tika aku mengikuti kursus penulisan DBP beberapa tahun lalu. Tapi kursus penulisan ini tidak menjadikan aku penulis terkenal pun. Sebab aku bukannya rajin menulis walau sepanjang hidupku ini banyak kali juga menghadiri kursus-kursus penulisan.
Tentu tidak wajar mempertikaikan kemenangan penulis-penulis ini dalam genre yang mereka sertai samaada sajak, cerpen atau novel kerana mereka tentunya mempraktikan ajaran sifu penulisan masing-masing iaitu:
1. Menulis setiap hari...bukan tulis nota pendek tapi tulislah berkajang-kajang.
2. Setelah siap edit semua jangan ada sedikit kesalahan ejaan dan tata bahasa.
3. Hantar kepada mana-mana penerbitan yang dipilih. Jikalau tidak disiar hantar lagi dan lagi jangan jemu.
4. Apabila karya pertama disiar teruslah berkarya dengan rajin dan menghantarnya kepada penerbit kerana editor yang sudah biasa dengan karya kita tidak susah nak mengedit semula kerana percaya dengan kebolehan kita.
Ilmu yang sedikit ini diberi sifu penulisan sdra Zaharah Nawawi tika aku mengikuti kursus penulisan DBP beberapa tahun lalu. Tapi kursus penulisan ini tidak menjadikan aku penulis terkenal pun. Sebab aku bukannya rajin menulis walau sepanjang hidupku ini banyak kali juga menghadiri kursus-kursus penulisan.
Sunday, 7 October 2012
SELIRATAN CINTA BAB 18/3
Mahu saja ditutupnya mulut Sarina dengan kedua-dua telapak
tangannya. ‘Kau ni menyusahkan aku je Sarina. Becok sangat mulutnya.’ Amin
merenung Sarina yang terkapa-kapa tidak faham dengan bahasa matanya.
“Oh jadi awak telefon Amin beritahu dia balik sudah boleh datang pulak ya.
Hmp..begitu ya Amin.” Ucap Datuk Shaari sinis. ‘Berani kau temberang aku ya
Amin. Nanti kau.’ Wajah pucat Amin yang gelabah ditenungnya tidak berkedip.
Amin mengesat peluh dingin yang bermanik di dahinya.
Anita pula semakin resah. Dia tidak menduga sama-sekali Sarina
bertekad jua membawanya bertemu dengan Datuk Shaari. Walaupun pelbagai alasan
yang diberikan untuk menolaknya. Sarina merayu-rayu agar permintaannya untuk
menemankannya bertemu Datuk Shaari dipenuhi. “Hanya untuk kali ini saja.” Kata
Sarina.
Demi menjaga hati seorang kawan sekampung, dituruti juga kehendak
Sarina walaupun hatinya berat hendak melakukannya. Mungkin sebagai tanda terima
kasihnya kerana Sarina yang mencari peluang perkerjaan kepadanya di bidang ini.
Tanpa Sarina mungkin dia bukan siapa-siapa. Dia mesti tahu mengenang budi
kawan.
“Berapa hari lagi shooting
ni?” Tanya Datuk Shaari.
“Tinggal dua hari lagi di KL. Lepas tu kami berpindah sambung shooting di sebuah resort.”
“Resort, dimana tu?” Tanya Shaari tertarik. Sarina menoleh kepada Anita. Bertanyakan tentangnya. Anita
hanya angkat bahu. Dia langsung tidak kisah dengan bualan itu.
Dan dia tidak mahu terlibat sedikitpun. Dia hanya berharap peristiwa
yang sedang dilaluinya ini akan cepat selesai.
“Datuk tak nak ikut kami ke sana
ke. Sambil bercuti boleh tengok kami
shooting.”
“Datuk ni sibuk memanjang Sarina. Maklumlah seorang ahli korporat.
Banyak perkara penting yang perlu diuruskannya.” Tingkah Amin.
“Eh. Apa pulak sibuknya. Pandai-pandai saja kau ni Amin. Pasal
Sarina dan Anita saya sanggup ketepikan kerja. Cakap saja resort di mana.
Banyak lagi resort yang cantik di Malaysia ni, saya belum jejakan
kaki.” Tukas Shaari sambil membeliakan matanya memandang Amin.
Amin kehairanan. Selalunya begitulah alasan penolakan pelawaan
sesiapa saja yang dirasakannya hendak meningkatkan hubungan yang lebih jauh.
Datuk Shaari sentiasa menyetujuinya. Kali ini lain pula jadinya.
Sarina teringat sesuatu. Cepat-cepat begnya dicapai dan dibuka.
Isinya diselongkar. Dia mencari-cari di sebalik lambakan isi beg yang
tercurah di atas meja itu.
“Saya ada tulis dalam organizer saya ni. Hah..resort Sri Jelapang!”
Mencerlang anak matanya menerima kabar itu. Dia langsung tidak menduga. Hatinya
bernyanyi riang.
“Hmm…Sri Jelapang di Pulau Sioman kan. Eloklah tu… Cantik...” Datuk
Shaari tersenyum dan mengenyit matanya pada Amin Amin terbangun dari
kemuramannya kerana sindiran tuannya yang memedihkan hatinya itu.
Dia turut tumpang merasai kegembiraan Datuk Shaari. Terasa pula
kepercayaan tuannya yang sirna kembali sediakala. Lega sungguh perasaannya.
Anita menjeling Sarina. Dia tidak berkenan langsung perbuatan Sarina
mempelawa Datuk itu untuk turut bersama ke pulau peranginan itu. Memanglah dia
tidak patut menegah kemahuan sesaorang untuk membelanjakan wangnya di mana saja
tetapi untuk sewaktu dengannya di lokasi yang sama ia sangat menjelekan.
Sungguh menjengkelkan penerimaannya.
‘Pergilah ke tempat lain kalau terasa hendak bercuti sangat. Kenapa
di situ pula?’