Thursday, 10 July 2014

JOM SHOPPING...


ASSALAMUALAIKUM...
Republish..

Ramadan sudah 10 hari berlalu. Syawal yang dinanti pasti akan menjelang tidak lama lagi. Tentunya kita sibuk pula menyediakan persiapan untuk menyambutnya. Bermulalah aktiviti membeli-belah/shopping yang menyeronokan untuk memenuhi kemahuan dan keperluan kita di segenap segi.

Sepatutnya kesukaan-kesukaan itu telah kita lakukan sebelum tibanya Ramadan lagi. Cuma perlukan sedikit kewangan yang diperuntukan sempena sambutan Syawal buat membeli pakaian baru dan perhiasan rumah.

Sibuk membelinya pada saat akhir susah juga kerna terpaksa berasak-asak dengan ramai yang lain. Sudahlah begitu pilihannya tidak banyak dan harganya naik mendadak. Ditambah pula sentiasa ada pengumuman pelbagai sumbangan kewangan daripada kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya untuk meringankan bebanan kewangan di musim perayaan.

Memanglah ok pun kan. Wang yang banyak akan memasuki pasaran untuk merangsangkan perkembangan ekonomi negara.

Takpayahlah bercerita bab ekonomi kot...kita cerita tentang hobi membeli-belah di saat-saat akhir. Aku pun sama juga...tapi tidaklah shopping kain baju/langsir/perabut. Aku ni suka sangat membeli orkid untuk menambah koleksi orkid-orkid sedia ada. Orkid yang dibeli tu mestilah yang sedang lebat berbunga untuk menghias rumah di idilfitri.

Seperti bahan-bahan lain yang dibeli ketika kita sangat memerlukannya harga yang biasa murah akan menjadi luarbiasa mahalnya...

Hmm..takkan nak beli bunga segar orkid berbulan-bulan sebelum ramadan...layulah bunganya nanti kan..tak sempat nak sambut raya...

PIC SALLOMA NUSSERY...


31 comments:

  1. KA biasanyer buat persiapan awal dn beli ikut budget !

    ReplyDelete
  2. tq KA...samalah dgn kak kalau nk membeli mesti siapkan budgetnya dulu...

    ReplyDelete
  3. saya kadang2 pon selalu jugak shopiing raya last minute...mmg kelam kabut jadinya.
    cantik orkid2 tu...saya tak pandai menjaga nya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. shopping last minit sibuk sgt kan....sesekali tatapi keindahan orlkid2...tq Khairul Bariah.

      Delete
  4. Dlm pada membaca N3 mata kakak tak sudah-sudah menatap orkid. Rasa tak puas ulang lagi tengok hihi... macam nak keluarkan dari monitor pc ambil tanam kat rumah sendiri aje rasa haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...peminat orkid mmg ralit memandang keindahan orkid takpuas kan kakzakie...rasa dekat sgt n hendak menyentuhnya...tq

      Delete
  5. Cantiknya bunga2 orkid akak nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orkid akak sikit jer fiza yg banyak meriah berbunga tu kat nursery heh..heh..tq Fiza Rahman.

      Delete
  6. Tak sangka pula saya ada juga yang shopping bunga orkid utk sambut hari raya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada BM...biasala org perempuan ni mcm2 mahunya...kalau xcaya cuba gi mana2 nursery...sibuk xbole nk celah kaki...tq dik.

      Delete
  7. Mak saya suke orkid..legend gitu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu...geng mak2 saja yg sukakan orkid ni kan...tq Haura Marissa.

      Delete
  8. mmg cantik klu nak buat hiasan kat ruang tamu masa raya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes jadi hiasan dimana saja cantik...tq Qaseh Vee.

      Delete
  9. hehe akak nie... teringat idah masa kecik2 dulu... bila nak raya jer mak akan beli bunga hidup untuk diletakkan di atas meja makan... tapi orang sekarang pakai bunga pelastik jer... :D lagi tahan lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yala idah kegemaran org dulu2 sukakan bunga2 yg asli tampak segar berseri...bunga pelastik ni cantik tp cpt berhabuk...tq idah.

      Delete
    2. Raya nie rasa macam nak hidupkan semula laa trend dulu2 tu kan kan... :D beli bunga hidup... mak dulu dia suka kekwa... :D

      Delete
    3. elok tu idah..kelak berseri rumah di hariraya...

      Delete
  10. Cantiknya orkid.. Saya jadi gila melihatnya

    ReplyDelete
  11. wah sudah ada minat dgn orkid ni...kalau dh mula jadi pengumpulnya mmg menyukakan hati...tq Muhammad Khairuddin Lim.

    ReplyDelete
  12. Sis shopping bunga untuk hias rumah di hari raya yer... idea menarik nie :)

    ReplyDelete
  13. tak lengkap kalo tak ada bunga di hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bunga2 cantik menyeri hariraya mulia...tq Purnomo Jr.

      Delete
  14. Kakak datang tengok bunga orkid lagi jadilah nak tanam memang tak dapat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat orkid ni...kak suka beli orkid di nursery sg.buluh sbb banyak pilihan...di nursery orkid kuantan pun ok juga n harganya murah juga...tq Kakzakie.

      Delete
  15. Wah, jarang saya tengok orang membuat persiapan beli bunga orkid menjelang raya. :)

    ReplyDelete
  16. macam xcaya yer tapi itu kebenarannya...kesukaan kita kan berbeza-beza..tq M Faridzuan Majid sudi singgah karyaku...

    ReplyDelete
  17. kt sg buloh, time2 gini mmg bz org beli bunga hiasan termsk lah orkid

    ReplyDelete
  18. yala anies time gini mmg sibuk situ...tq anies.

    ReplyDelete
  19. Waa.. mesti rumah ceria dengan bunga-bunga ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”