Tuesday, 14 January 2014

Ahad yang terang...10 Jun 01

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi yang cerah. Tidak terasa kedinginannya seperti selalu. Apapun hari ini pastinya menjanjikan esok.

Anak-anak yang bercuti sekolah aktif dengan kegiatan mereka yang merunsingkan kepala. Mereka bermain lastik dan melastik apa saja. Kadang-kadang anak batu yang dijadikan peluru lastik yang dilepaskan mengenai bumbung rumahku. Berdesing nyaring bunyinya. Aku tidak pasti samaada mereka sengaja atau tidak.

Apa yang membimbangkan aku ialah batu kecil yang mengenai atap asbestos ardec itu akan menyebabkannya bocor kelak. Pabila dah bocor tentulah air hujan akan tiris membasahi lantai. Masalah le pulak.

Siapalah pulak yang akan memanjat bumbung dan menampal kebocorannya. Anak-anak ini hanya tahu keseronokan bermain semata-mata. Nama pun anak-anak. Terpaksalah redha saja akibah daripada kegembiraan mereka itu.

Berkain sendat berbaju mini
    sangkut sepatu di atas lengan
demikian adat masa kini
    baling batu sembunyi tangan

Kini anak-anak kecil yang riuh bermain lastik disekeliling rumahku semakin jauh langkahnya. Kebanyakannya menjadi siswa-siswa pusat pengajian tinggi dan ada yang telah memiliki kerjaya yang baik. Setiap kali berpapasan denganku ramah sekali mereka menegur; " Apa khabar cik Pidah..."

7 comments:

  1. kat area rumah saya xde la yg main lastik tapi main bola kat taman permainan.sgt tak sesuai..sedangkan padang bola yg disediakan tak nak main pulak..dah main tu sepak laju2 smpai masuk dalam pagar rumah..nak parking keta luar pagar pun takut pecah cermin.aduhai..nak marah kang nanti kena serang ngan mak nya.susah la

    ReplyDelete
  2. ialah Irfa anak2 ni sebelum mereka dewasa banyak betul masalah yg terpaksa kita hadapi. nk tegur xberani nk buka mulut. simpan saja di dalam hati...dan kita anggap saja anak2 jiran2 kita adalah anak2 kita juga....

    ReplyDelete
  3. hehehe jd kenangan yer akak... lgi2 bila anak2 kecil tu dah besar semuanya sekarang ni

    ReplyDelete
  4. yelah KA menyelak kembali lembar citer lama...tq Kesuma Angsana.

    ReplyDelete
  5. begitulah hidup berjiran..kalau mahu hubungan berpanjangan...hal2 yg kecil diungkit jgn..,

    ReplyDelete
  6. ya wirda hidup berjiran kena saling bertolak ansur...tq Wirda Amir.

    ReplyDelete
  7. mantap gan :D
    Andrekocak Blog-Gila Lirik Lagu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”