Saturday, 17 May 2014

Bomoh oh bomoh!

ASSALAMUALAIKUM....
Republish.




1.  "Menantu awak ni sudah dijampikan besan awak supaya sentiasa teringat hendak pulang ke rumahnya di kampungnya di hulu sana. Jadi awak kenalah bagi pengerasnya banyak sikit supaya tok boleh tawarkan jampi besan awak tu..."
      'Tak guna punya besan...aku ingat aku yang nak jampikan menantu aku supaya lekat di rumah dan langsung tak ingat nak balik rumah makbapanya...rupanya mak dia lebih cekap dari aku...' Dia pun membayar wang pengeras yang diminta tok bomoh dengan penuh percaya terhadap tilikan tokbomoh yang menimbulkan prasangka benci teramat sangat terhadap besannya.

2.  "Aku ni teringin sangat nak pergi melawat menantu yang baru saja melahirkan cucu aku tu...tapi apakan daya..."
    "Kenapa pula? Bukankah kau selalu ke sana melawat anak menantu dan cucu..."
    "Itu dulu...masa tu orang baru dapat anak kita tentulah mereka hormatkan kita dan meraikan kita...sekarang ni dah lain cerita...timbul benci pula memandang kita..."
   "Mana kau tahu...semua tu...masakan besanmu yang tinggal bersama anakmu sanggup membencimu..."
   "Patutkah dia katakan aku bomohkan anak aku...hilang akal apa...aku ni sebagai ibu hanya doakan kebahagian anakmenantu dan cucu-cucu aku siang dan malam. Anak aku tak mahu balik jenguk aku lantak dialah...aku tak susahpun. Asal dia hidup senang aman bahagia dah syukur...." Ibu itu mulai mengalirkan air matanya lantaran rindu terhadap anak kesayangan cucu-cucu dan menantunya amat menekan perasaan.
   Temannya turut berkongsi kesedihannya. Masing-masing terkedu digugat sayu.
'Agaknya mengapa manusia ini ada sikap ingin menguasai dan memiliki....tidak bolehkah saling berkongsi kasih sayang anak-anak dan tidak membolot kesemuanya. Sedangkan hidup inipun sebentar saja.
'

18 comments:

  1. YaAllah..
    lindungi lah kami dari orang2 yg berniat jahat.

    takut memikirkan org2 yng syirik dan tak takut mati ni

    ReplyDelete
  2. Ye Irfa minta apa saja drpd Allah...jgn sesekali tergolong dalam kalangan yg sesat lg menyesatkan...

    ReplyDelete
  3. Salam Sis... sedihkan bila macam tu. Kenapa mesti rasa hendak memiliki padahal kita ni semua milik ALLah, kan bagus kalau kita share bersama dengan orang tersayang aman dunia rasanya malahan susah senang bersama-sama dengan orang tersayang malahan ikatan ukhwah yang kuat saling melitari kehidupan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam notie..benar sekali tu..tapi sikap manusia yg ingin menguasai yg lain mmg kebiasaan n menyusahkan yg lain...tq notie.

      Delete
  4. pernah terbaca doa nak elakkan dari terkena sihir atau buatan orang.
    doa pendinding sihir, baca surah an-nisa ayat 84, surah yusuf ayat 64

    doa penunduk sihir, surah al-a'raf ayat118-122, surah toha ayat 69

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih perkongsian doa2nya ya...elok diamalkan utk mendinding diri...benda nak terjadi kita xtahu...tq Nick Nashram.

      Delete
  5. zaman2 moden macam ni ada juga yng masih percaya bab2 berbomoh2 ni kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepercayaan begini merentasi zaman...tq Kesuma Angsana.

      Delete
  6. wah saya kurang ngerti kalau yang seperti ini Mbak, saya ijin nyimak aja ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang fhm xmengapa..terima kasih Yobert Parai sudi juga membaca...

      Delete
  7. Kasih ibu sepanjang hayat...hidup akan jadi lebih berkat jika menghormati, mengasihi ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu ..ibu adalah segalanya yg mengundang rahmat Allah dgn hidup yg berkat...tq nohas.

      Delete
  8. kerana bomoh, 2 keluarga berpeceh..

    ReplyDelete
  9. kalau suka cari masalah dpt masalah juga kan...bomoh tu asbab saja....tq Pha Is.

    ReplyDelete
  10. Sedihnya... tapi org kata kalau suka berbomoh akhirnya akan makan diri sendiri
    Lagi parah percaya bomoh menjadi syirik - nauzubillah...

    ReplyDelete
  11. benar tu...kalau dh spt cerita yg ditulis ni mmg dh jatuh syirik tu...astaghfirullah...tq Kakzakie.

    ReplyDelete
  12. Kita hanya diperbolehkan meminta dan mohon perlindungan kepada ALLAH SWT..

    Salam ziarah,,

    ReplyDelete
  13. benar tu..tq Boku no Blog sudi ziarah.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”