Usia Aqil Harris baru empat tahun. Namun jadual hariannya padat sekali. Seawal enam pagi sudah bangun bersiap bersama mamanya yang akan ke sekolah dan papanya yang ke pejabat di tengah bandaraya KL.
Aqil tentulah tidak akan mengikut mama atau papanya tetapi ada halanya sendiri, Papanya akan menghantarnya ke sebuah TADIKA di tengah bandar Selayang. Aqil belajar menulis, membaca, melukis, menyanyi dan pelbagai aktiviti yg telah terjadual.
Hingga jam 12 tengahari Aqil akan berada di tadika itu sebelum dijemput mamanya atau rakan mamanya kerana anak rakan mamanya juga belajar bersama dengannya.
Setelah pulang Aqil menghadiri kelas bahasa Inggeris pula selama dua jam. Belajar lagi. Tamat kelas bahasa
Inggeris terus saja ke rumah rakan mamanya untuk belajar mengaji pula. Uhh,,padat sekali jadual Aqil seharian. Moga pengisian ilmu yang begitu padat tika usia muda akan melekat di minda.
Aku terkenangkan anak-anak sebaya Aqil di desaku. Mereka juga mendapat pendidikan awal seusia 5 tahun.
Ketinggalan sedikit. Dan tidak ada galakan untuk belajar menguasai bahasa Inggeris sejak muda. Berbeza sungguh dengan cara orang-orang di bandar yang sangat mementingkan kemahiran berbahasa itu. Sudahnya anak-anak di desa akan sentiasa ketinggalan. Idea Dr.M tentang PPSMI dikesampingkan pula...
tak lama lagi adiknya Areef akan mengikut langkah abangnya. mudah2an menjadi anak2 yang soleh! Ameen.
ReplyDeleteInsyaAllah jee. Mudah-mudahan begitulah. Moga kedua-duanya akan tumbuh membesar menjadi anak2 yg soleh n berilmu duniawi ukhrawi...
ReplyDelete