Friday, 30 September 2011

6787 HIKAYAT LEMBAH SUNYI - SAMBUNGAN - bab 4


Tika sedang menjalani masa berpantang dia menerima tawaran Operasi isi penuh yang dilancarkan kerajaan untuk mengisi jawatan Pembantu Perancang Bandar di Kuala Terengganu. Bukan main suka hatinya. Impiannya untuk menjadi staff kerajaan pasti akan tercapai.

Kesukaan hatinya bukanlah tiket untuk melaksanakan apa saja keinginannya. Izin daripada suaminya tentu saja diperlukan. Itupun kalau suaminya mengizinkan. Bagaimana pula dengan sikecil yang sentiasa tidak lepas dari sisinya?

Tegakah dia meninggalkannya? Mana mungkin kot. Kebahagian dianugerah Allah gelaran ibu amat bermakna sekali baginya. Bukan mudah memperolehinya. Merenung wajah bayinya yang polos bersih selalu tidak pernah merasa jemu.

Ditambah dengan kebahagiaan yang dirasakan kerana suaminya mengasehinya berlebih-lebihan. Keutamaan yang ada di hatinya kini cuma dua; anaknya dan suaminya.

Nampaknya akan berkuburlah angan-angannya untuk menjadi wanita berkerjaya melainkan hanya menjadi suri sepenuh masa rumahtangga melayani suami dan anaknya yang tercinta.

2 comments:

  1. LAMA X BUKA iNTERNET. SERONOK MENERUSKAN MEMBACA hIKAYAT LEMBAH SUNYI. X SABAR MENUNGGU CORETAN IDA HINGGA KE PENGHUJUNGNYA...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak2 lela kerna mengikuti novel ini. Saya ada masalah keyboard laptop jadi tak dapat menulis dengan cepat. Saya menulis inipun berpandukan screen keyboard. Pabila masalah ni dah selesai saya akan sambung tulis novel tu...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”