Sunday, 17 August 2014

Ogos

ASSALAMUALAIKUM...

Bulan merdeka yang bakal dirai dipenghujungnya
menuruti tapak yangku atur satu persatu
dan meninggalkannya
dan menganggapnya kenangan silam

Kenangan silam yang bersejarah
semua itu tertulis
dari pengalaman warga terdahulu
kisah-kisah
kesusahannya
kesulitannya
kesukarannya

Catatan panjang itu
dibaca berulangkali
dengan hati

Kini semakin dewasa
se tahap usia kemerdekaan
semakin terasa pula
kesakitan - yang menyakitkan hati
kesusahan - yang menyusahkan perasaan
kesukaran - yang menyukarkan minda menimbang pertimbangan
tentang pengisian kemerdekaan

Kerana
kemerdekaan tanah air
yang diperoleh dengan bijaksana
nenda-nenda kita
semakin ternoda keluhurannya

Dan api permusuhan sedang dinyala
asapnya telah dihembus
keserata ceruk kota dan desa

Moga angkara perosak pendurjana
dibenteras segera
justeru Ogos akan terus dirai
sebagai jati diri anak-anak bangsa
yang cintakan pertiwi

Oleh..
Paridah Ishak...

10 comments:

  1. Assalamualaikum warahmatullah,
    tahniah kak, torehan minda yang puitis tetapi bersemangat hasil daripada sejarah kemerdekaan. Ogos akan sentiasa diingati dan dirai...kerana di situ bermula sebuah negara yang bebas dan merdeka. sedang lama kita terlena di bawah pijakan penjajah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..kita mesti merai tarikh kemerdekaan negara yg kita sayangi kerna kita bertuah miliki tanahair kita sendiri hasil usha pemimpin2 bijaksana dahulu...cuba bayangkan andai kita xbernegara hidup terlonta-lonta sbg pelarian...tq dik abuikhwan...

      Delete
  2. Disini lahirnya sebuah cinta :)
    Indah puisinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar di sini lahirnya sebuah cinta...bersemi abadi...tq budak.

      Delete
  3. Ogos itu artinya lebih kurang apa ya kak :)

    ReplyDelete
  4. ogos itu bulan kemerdekaan yg dirai...sama spt Indonesia yg menyambut ulang tahun kemerdekaannya esok ya..tq dik Purnomo.

    ReplyDelete
  5. salam merdeka dari Indonesia :-)

    ReplyDelete
  6. TERIMA KASIH..SALAM MERDEKA UNTUK INDONESIA JUGA...TQ Joe Ismail.

    ReplyDelete
  7. idah memang salute kak paridah nie... pandai melahirkan kata2 puitis... yang disusun cantik menjadi sebuah puisi... :) ekhhh macam idah plak nak bermadah pujangga... :D

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”