ASSALAMUALAIKUM...
Pelayaran Tun Perak dari Melaka
hajat hendak singgah di Kelang
hatinya dirundung walang bukan kepalang
Ah! Alangkah sibuknya pelabuhan
dengan pendatang dari seberang
sekaliannya sudah bersiaga
merantau ke tengah kota ke ceruk desa
dengan tekad waja
sebagai perkerja.
Sedang anak negeri
leka demonstrasi
mahu beroformasi
bijaknya berperi-peri
Beliau mencabut destar
mindanya ligat berputar
mengimbau dengan wajar
Bukankah ada seorang pateh
yang banyak onarnya
mencipta aneka petaka
memberi celaka seorang hamba
yang dikasihi Raja
sehingga berbunuhan sesama saudara
Apakah tidak berubah
nasib Tuah ditimpa olah
angkara warga mencipta sengketa membawa padah
Beliau menggaru kepala
lantaran pening pula
risaukan ramainya penghijrah
yang mengaut emas ke dalam kantung
jumlahnya tak terhitung
Koleknya disongsong angin
firasatnya menghilir
diburu deru angin semilir
Sudah jauh kolek dikayuh
ingin pula berlabuh
di pengkalan Pangkor
Beliau melihat sebuah bahtera
di tengah segara
dan seorang cucunya sedang berurus niaga
menukar emas perak dengan tiara negara
dengan sekeping wadah janji
tidak mungkin terpenuhi
bakal dimungkiri
Ah! Mengapalah cucu itu
tidak membalik hikayat silam
tentang kesultanan Melaka yang tenggelam
kerana ada gunting dalam lipatan
kerana telunjuk lurus kelingking berkait
kerana adat tempua tidak bersarang rendah
Kenapa masih hendak mencari budi
berkeliling pelosok negeri
mengenal pasti sasaran
memusnah semua harapan
yang direncana warga sebaiknya
Mengapa tidak mahu menjadi warga yang pasrah
redha pada kalah
usah menuding penentu salah
justeru segalanya telah terserlah
Tun Perak sudah penat memikir
ingin pula beradu di taman inderaloka
biarlah pelayaran ini segera berhenti
angin pun tidak bertiup lagi
sudah mati
Kita ingin segera ke Langkawi
menulis puisi tentang cinta pada pertiwi
tentang sebuah jati diri....
nukilan
Paridah Ishak...
pic kawan-kawan fb
teringat Etuza dengan subjek sejarah ..sesungguhnya pemimpin masa lalu amat berjasa kepada genarasi kini. Namun nafsu manusia ada berbagai ragam...kepercayaan sebenarnya perlu dipertahankan..
ReplyDeleteTUN PERAK ANTARA BENDAHARA MELAKA YG SGT BERJASA N BERKARISMA KEPIMPINANNYA DLM SEJARAH YG DICATAT...
DeleteTQ CIKGU ETUZA.
Ada banyak khazanah sejarah bangsa kita.
ReplyDeleteJangan sampai hilang lenyap.
YA LIPATAN SEJARAH HARUS DIBUKA DIBACA DIPELAJARI....TQ FIDAH.
ReplyDeleteramai golongan muda pada masa kini kurang ilmu mengenai sejarah..
ReplyDeletesejarah tanah melayu sejarah kita n perlu kita mengetahuinya...tq aiza.
DeleteBangsa kita kaya dgn ilmu, adab budaya dan ketamadunannya. Perjuangan kita belum selesai...
ReplyDeletebenar tu khir khalid ketamadunan kita n adab budaya kita terlalu bernilai tinggi utk dikesampingkan...thamsil n ibarat srpd sejarah harus difikirkan..tq KK.
ReplyDelete