ASSALAMUALAIKUM
PENYUNTING BUKU
.
Sebuah karya perlu disunting
nampak padanya begitu penting
kerjanya lambat
masa dihambat
banyak salahnya mula melenting
.
Satu persatu diksi teliti
ayat disusun bersilih ganti
tetap bersabar
meski berdebar
jantung berdegup mahu berhenti
.
Penulis mahu kongsi kisahnya
nyata menarik pengalamannya
naratif sedih
jiwanya pedih
penyunting baca gugur tangisnya
.
Suatu sisi kepala pening
suasananya walaupun hening
tatabahasa
galau terasa
mengunyah kangkung bagaikan baning
PENGULAS BUKU
.
Ketika
rajin mengulas buku
hilang segala rasa terbuku
ralit teliti
berhati-hati
sukar fahami menung di bangku
.
Berjeda
dulu fikir saksama
gelora debar melanda sukma
mula mengulas
meminggir culas
runsing mengganggu tiba menggema
.
Ulasan
akhir siaplah sudah
berpuas hati susunan madah
segera hantar
walaupun gentar
editor tolak silu menggundah
.
Masihlah
jua cekal semangat
pesanan Sifu mengimbau ingat
isi kandungan
jadi renungan
silap ditegur bisa tersengat
.
PENJERAT
UNGGAS
.
Di celah awan terbanglah unggas
melayang-layang
lagaknya langgas
penjerat
pandang
sedia
sundang
hendak
menjerat diserang agas
.
Masihlah cuba pelbagai cara
hadap
risiko tanpa mengira
asalkan
dapat
dipanah
tepat
menyisi
pula terkena kera
.
Terasa amat terlalu kesal
memasang
umpan pucuknya sisal
menanti-nanti
berhati-hati
ular
menyelit mencari fasal
.
Tegar usaha daya menjerat
walau
dibelit pantas dikerat
disengat
kala
bisa
menggila
mengerang
sakit dibingkas jerat
Menarik rangkaian puisi ini, terutama kisah penyunting dan pengulas buku yang menuntut kesabaran serta ketelitian. 🌿 Bahagian penjerat unggas pula penuh cabaran dan kejutan. Terserlah bahawa setiap usaha ada dugaan tersendiri, bukan semudah yang disangka.
ReplyDeletetksh syaz ulasan puisi menarik n bertepatan
Deletesatu kerjaya yg memerlukan ketelitian ialah penyunting buku. Sy pula sbg guru Bahasa Inggeris kena membaca n menyemak skrip jawapan murid2 sy... cuma skop je berbeza..
ReplyDeletetksh cikgu kerja menyunting n menyemak perlu penilitian
DeletePakar bahasa dan penulisan yang sesuai menyunting buku
ReplyDeletenak jd penyunting buku ni bukan senang
ReplyDeletesabar kena banyakkkkkkkkkk