Thursday, 1 October 2026

PENGULAS BUKU

 

Assalamualaikum

 


PENGULAS BUKU

.

Ketika  rajin mengulas buku

hilang segala rasa terbuku

ralit teliti

sehingga pasti

sukar fahami menung di bangku

.

Berjeda  dulu fikir saksama

gelora debar melanda sukma

mula mengulas

meminggir culas

runsing mengganggu tiba menggema

.

Ulasan  akhir siaplah sudah

berpuas hati susunan madah

segera hantar

walaupun gentar

editor tolak silu menggundah

.

Masihlah  jua cekal semangat

pesanan Sifu mengimbau ingat

isi kandungan

jadi renungan

silap ditegur bisa tersengat

.

PENJERAT UNGGAS

.

Di  celah awan terbanglah unggas

melayang-layang lagaknya langgas

penjerat pandang

sedia sundang

hendak menjerat diserang agas

.

Masihlah  cuba pelbagai cara

hadap risiko tanpa mengira

asalkan dapat

dipanah tepat

menyisi pula terkena kera

.

Terasa  amat terlalu kesal

memasang umpan pucuknya sisal

menanti-nanti

berhati-hati

ular menyelit mencari fasal

.

Tegar  usaha daya menjerat

walau dibelit pantas dikerat

disengat kala

bisa menggila

mengerang sakit dibingkas jerat

6 comments:

  1. Tugas reviewer buku tak mudah memang ya kak. Apalagi jika tak sesuai dengan yang editor minta 😄.

    Kalau puisi jerat di bawahnya, saya langsung teringat pernah kejadian anak gajah yang kena jerat kakinya 😭😭. Sedih sangat. Nyaris putus. Pernah ada juga belalainya yang kena. Untung akhirnya selamat. Tapi kalau ingat lagi, langsung nyeseeeek sekali hati 😢. Tak pahamlah kenapa mereka tega

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh fanny ya susah juga tls ulasan buku lmbt nk teliti fkta...jerat bingkas mengena andai lalai

      Delete
  2. Editor kah dgn lebih tepat.. apa pun pengulas buku mmg terjerat sehingga habis dibaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu ya editor penentu karya sama ada disiarkan atau ditolak

      Delete
  3. terima kasih kerana kak PI rajin mengulas buku jadi ini memberikan panduan kami sebelum membeli n membaca buku berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu alhamdulillah ada juga sedikit manfaatnya kak tls ulasan buku

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”