ASSALAMUALAIKUM
Buana alam
semesta
erbahasa
dalam isyarat
baca
iktibar nyata
mega mendung
merundung
bayu
bergolak ribut
lintasan
kilat berserak
gema
dentuman guruh
sela
ruang gerhana
antara
derai hujan
.
Arus
sungai mengalir
limpah
tebing darat
ampuh
tanah hanyut
.
sebalik
wujud petanda.
Bisik
nyata suara
bertukar
ketika semi
.
rahmat
Pencipta sempurna.
cari
pedoman selirat
maksud
hakiki firasat.
DEWAN PEPERIKSAAN
.
Helai kertas soalan
atas meja kecil
calon memegang kalam
.
Merenung tanda tanya
jawapan telah sedia
susun aksara senarai
.
Berlari dengan masa
mencari makna tepat
persembah pada Pemeriksa
.
Capai bayang gentayang
keliru hujung pangkal
mana satu pilihan
.
Dering loceng penggera
tamat waktu gelisah
ujian universiti kehidupan
.
Sunyi dewan luas
dalam teka teki
keputusan-Nya hakiki nanti
TIARA ILMU
Junjung
ilmu akhirat
tiara mutiara gilang
sinar cahaya spora
.
Rias
wajah insan
soleh putih murni
jitu padu satu
.
Rahmat-Nya lindung seluruh
naung rimbun musim
selari jalan suratan
.
Kusyuk
amal ibadah
dunia datang bersujud
rela berserah diri
.
Santun
imbang setara
beriring menuju jannah
pulang pada azali
.
Berkhalwat
dalam sunyi
lingkar ruang semesta
pesona fana tinggalkan
ANGGERIK DESA
.
Kuntuman anggerik menyerlah
rona pesona puspa
rias lanskap sunyi
.
Gemalai lembut berayun
sepoi bayu petang
sentuhan sebar harum
.
Di pohon nyiur tinggi
akar rerambut lekap
menumpang nikmat hidup
.
Gadis sunti desa
sunting orak senyum
uja selit di rambut
.
Ranggi kecil putih
aura wajah ceria
sinar cahaya seri
.
Flora alam indah
semula jadi sempurna
anugerah Maha Esa

Indah susunan baitnya, alam digambarkan seolah-olah sedang berbicara melalui mendung, kilat, guruh, hujan dan aliran sungai.
ReplyDeleteTksh syaz ya suara alam bawa insyarat tertentu
Deleteanggerik desa.. teringat arwah mak pernah tanam anggerik dalam sabut kelapa dan digantung pada cucur atap..tiap kali berbunga harum semerbak rumah kampung..
ReplyDeletetksh ustaz nggerik desa cantik n harum
DeleteBahasa Alam.... teringat antologi puisi yang pernah kami kaji waktu belajar dahulu.
ReplyDelete