Monday, 5 October 2026

ANGGERIK DESA

 ASSALAMUALAIKUM



BAHASA ALAM



Buana alam semesta

erbahasa dalam isyarat

baca iktibar nyata

 

mega mendung merundung

bayu bergolak ribut

lintasan kilat berserak

 

gema dentuman guruh

sela ruang gerhana

antara derai hujan

.

Arus sungai mengalir

limpah tebing darat

ampuh tanah hanyut

.

sebalik wujud  petanda.

Bisik nyata suara

bertukar ketika semi

.

rahmat Pencipta sempurna.

cari pedoman selirat

maksud hakiki firasat.

 

 

 

DEWAN PEPERIKSAAN

.

Helai  kertas soalan

atas meja kecil

calon memegang kalam

.

Merenung  tanda tanya

jawapan telah sedia

susun aksara senarai

.

Berlari  dengan masa

mencari makna tepat

persembah pada Pemeriksa

.

Capai  bayang gentayang

keliru hujung pangkal

mana satu pilihan

.

Dering  loceng penggera

tamat waktu gelisah

ujian universiti kehidupan

.

Sunyi dewan luas

dalam teka teki

keputusan-Nya hakiki nanti

 

 

 

TIARA ILMU

 

Junjung  ilmu akhirat

tiara mutiara gilang

sinar cahaya spora

.

Rias  wajah insan

soleh putih murni

jitu padu satu

.

Rahmat-Nya lindung seluruh

naung rimbun musim

selari jalan suratan

.

Kusyuk  amal ibadah

dunia datang bersujud

rela berserah diri

.

Santun  imbang setara

beriring menuju  jannah

pulang pada azali

.

Berkhalwat  dalam sunyi

lingkar ruang semesta

pesona fana tinggalkan

 

ANGGERIK DESA

.

Kuntuman anggerik menyerlah

rona  pesona puspa

rias lanskap sunyi

.

Gemalai  lembut berayun

sepoi bayu petang

sentuhan sebar harum

.

Di pohon nyiur tinggi

akar rerambut lekap

menumpang nikmat hidup

.

Gadis sunti desa

sunting orak senyum

uja selit di rambut

.

Ranggi kecil putih

aura wajah ceria

sinar cahaya seri

.

Flora alam indah

semula jadi sempurna

anugerah Maha Esa


5 comments:

  1. Indah susunan baitnya, alam digambarkan seolah-olah sedang berbicara melalui mendung, kilat, guruh, hujan dan aliran sungai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tksh syaz ya suara alam bawa insyarat tertentu

      Delete
  2. anggerik desa.. teringat arwah mak pernah tanam anggerik dalam sabut kelapa dan digantung pada cucur atap..tiap kali berbunga harum semerbak rumah kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh ustaz nggerik desa cantik n harum

      Delete
  3. Bahasa Alam.... teringat antologi puisi yang pernah kami kaji waktu belajar dahulu.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”