ASSALAMUALAIKUM
LORONG TAKDIR
Takdir
janji Allah
yakin reda pasrah
tawakal amal ibadah
iman
.
Denai
simpang-siur
lorong hidup lalu
cuaca berubah musim
gusar
.
Leka
sukacita
tangis sedih pedih
rawat pulih muram durja
rasa
.
Rahmat
nikmat hikmat
rahsia sembunyi
diam dalam bijaksana
fikir
LUPA
.
Detak
saat lalu
kau telah lupakan
egala tentang diriku
pilu
.
Biar
deru rindu
serbu ulik buram
hadirmu kunanti tiba
tabah
.
Waktu
gulir hari
minggu ganti bulan
tahun jelma dasawarsa
rindu
,
Reda
lupa cekam
hilang sudah ingat
bahawa daku sisimu
sinis

Belajar untuk redo tu susah juga rupanya ya.
ReplyDeletetksh Dana walau sush wajib juga reda segalanya
Deletepuisi yang sarat rasa. “Lorong Takdir” mengajak hati reda, manakala “Lupa” terasa lebih pilu tentang penantian dan kehilangan. Ringkas baitnya, tapi dalam maknanya.
ReplyDeletetksh syaz prosa puisi menepati maksud
Deletedalam sungguh maksud tersirat di dalam puisi ini...syabas kak PI...
ReplyDelete