Tuesday, 11 August 2026

TABUNG HAJI

 ASSALAMUALAIKUM



TABUNG HAJI

.
Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji ditubuhkan pada November 1962 dan mula beroperasi pada 30 September 1963. Penubuhannya berkait rapat dengan penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Diraja Ungku Aziz yang bertajuk Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-Bakal Haji pada tahun 1959.
Aku pula mula menyimpan wang dalam Tabung Haji atau Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) pada tahun 1990-an atas nasihat ibuku. Katanya, dengan menabung di Tabung Haji, urusan menunaikan ibadah haji kelak akan menjadi lebih mudah.
Pada tahun 2020, aku menerima tawaran daripada Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci. Anak-anak dan adik-adikku membawaku bertemu pegawai Tabung Haji di ibu pejabat bagi menyelesaikan beberapa urusan kerana aku bercadang membawa tiga orang adik bersamaku. Maklumlah, sebagai OKU, aku sememangnya memerlukan bantuan dan kemudahan tertentu.
Namun, walaupun segala urusan telah diselesaikan, Allah menentukan sebaliknya. Hasratku tertangguh apabila wabak COVID-19 merebak ke seluruh dunia. Wang yang dikhususkan untuk perbelanjaan haji itu masih tersimpan.
Dalam pada itu, pelbagai berita dan maklumat media massa tentang pengurusan serta pelaburan Tabung Haji mula kedengaran. Ada yang menimbulkan persoalan dan kebimbangan. Setelah sekian lama, pelbagai isu dan penglibatan pihak tertentu pula menambahkan kecoh. Aku memilih untuk bersangka baik. Hujan ribut pun ada hentinya, begitu juga setiap kemelut pasti ada jalan penyelesaiannya.
.
wang Tabung Haji -
jelang Hari Merdeka
audit luaran

18 comments:

  1. Semoga ada rezeki ke sana satu hari nanti.. Amin

    ReplyDelete
  2. Sejarah Tabung Haji ni mmg bernilai sungguh! Moga niat murni menunaikan ibadah haji dimudahkan bila tiba waktunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh syaz ya institusi kebanggaan kita insyaAllah berkat doanya

      Delete
  3. harap siasatan RCI TH dpt membongkar smpi ke akarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh anies silap sikit yg dibongkar n selerakkannya sudahnya dibiarkan tanpa tujuan selain merosakkannya

      Delete
  4. Sy mula menyimpan dlm TH pd thn 1986 ketika di tingkatan 1 di SM Sains Machang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu wah lama dah jadi penyimpan di TH

      Delete
  5. tak ingat bila mula menyimpan di TH.. apa-apa pun, semoga TH bersih dari sebarang kontroversi demi kemaslahatan ummah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh phais ya TH kebanggaan kita moga Allah pelihara kewujudannya

      Delete
  6. kita doa semoga semuanya baik2 je kan kak... cuma nak tahu jugak lak keputusan yg siasatan RCI TH tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh Dana ya RCI TH cari silap n betulkan arah urusannya

      Delete
  7. Semoga hak2 kita terbela...

    ReplyDelete
  8. Di sinipun sama kak. Tabung haji banyak masalah juga. Tak tahulah bagaimana orang2 itu mengurusnya. Saya sendiri antrian haji masih 26 THN lagi 😅😅

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”