Tuesday, 25 August 2026

SALAM MAULIDUR RASUL

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM MAULIDUR RASUL

 


RASULLULLAH JUNJUNGAN MULIA

(Ikatan berima)

.

Maulidur  Rasul hari sejarah

lahir Muhammad penentu arah

utusan Allah bawa pedoman

al-Aqib Nabi di akhir zaman

.

Seluruh  jagat limpah cahaya

sifat al-Amin jujur mulia

al-Mustafa pilihan sebenar

indah segala menyerlah sinar

.

 

Selawat salam Rasul junjungan

kekal abadi mercu sanjungan

bergema syahdu melafaz doa

kasih nirmala rindu bersua

.

Bermohon Allah kurnia rahmat

pada semua umat Muhammad

beriman soleh takwa bersujud

sebagai hamba dicipta wujud

.

Beramal sunah warisan Rasul

langkah baginda iltizam susul

dunia fana tuju akhirat

damba beroleh berkat syafaat

 

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

25/8/026


6 comments:

  1. Masya-Allah, indahnya ikatan berima sempena Maulidur Rasul ni. Cukup tersentuh hati bila baca bab rindu nak bersua baginda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh syaz insyaAllah rindu tiasa pada rasullullah sbg umatnya

      Delete
  2. Semoga kita selalu menjadi umat nabi Muhammad yg menjalankan perintah Allah dan menjalankan segala sunnah ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin tksh fannya moga kita umat yg mndapat syafaatnya di padang mahsyar kelak

      Delete
  3. selamat menyambut maulidur rasul kak paridah...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”