ASSALAMUALIKUM
TETAMU
Kusambut
hadirmu
sebagai tamu
kerana kau
tetamu
.
Hulur salam
mesra
hidang penganan
amat lazat
sekali
.
Kuperhati wajahmu
nampak selesa
bersamaku
di sini
.
Pesan dalam
diam
pandailah jaga
adab adat
bertamu
.
INTAI BAHAGIA
.
Kau merantau
jauh
rentas lautan
bawa lara
merata
Singgah sudut sunyi
perhati ruang
bahagia
rasai
.
Jumlah tambah ramai
gangguan tindak
warga nusa
gelisah
.
Undang-undang longgar
kawal pendatang
ketegasan
menipis

Waalaikumussalam.
ReplyDeleteRisau dengan tetamu yang semakin membiak.
Dah semakin berat isu ni.. mcm xda penyelesaian.
ReplyDeletetetamu datang rumah bawa berkat...
ReplyDeleteterkadang tetamu yg datang ke rumah tu membawa rezeki kpd tuan rumah...
ReplyDelete